Sudah masuk 2 bulan pernikahan antara melia dan Rayyan. Rayyan juga sudah mula menunjukkan perangai sebenarnya. sudah mula keluar taring kata orang.
"woi melia. mana Sarapan aku ha?". tanya rayyan. ternaik bahu melia apabila disergah oleh rayyan
"awak boleh sabar tak? kan saya tengah masak nie". marah melia. rayyan hanya mencebik lalu duduk di ruang tamu.
"kau nie lembab lah! cepat sikit woi. aku dah lambat nie. aku nak kerja". jerit rayyan. melia mengetap bibir. tak reti nak bersabar langsung!
"dah siap dah. meh sini makan jom". ajak melia. rayyan tidak menjawab sebaliknya dia terus mengambil kunci kerets nya dan terus berlalu. sempat dia berkata kepada melia.
"kau lambat. dah aku tak nak makan. aku gerak dulu". kata rayyan dan terus berlalu ke kereta nya. melia membulat kan matanya. punya lah penat dia masak? tapi rayyan blah macam tu je? ish nak kena dia nie. tak apa kau jangan terkejut bila kau nampak muka aku nie dekat airport.
***********
Melia bersiap untuk ke airport. almaklum lah, rayyan sedikit pun tidak menjamah makanan yang dimasak oleh melia. memang cari nahas betul. nasib baik lah hari nie hari Ahad. so cuti lah katakan. Melia turun ke bawah lalu mengambil kunci kereta. oups lupa pulak nak beritahu. Si rayyan ada beli kereta baru untuk melia. BMW gitu. seronok juga lah. Melia melangkah keluar daripada kereta. sudah tiba di airport lah katakan. melia melihat sesusuk tubuh yang amat dia kenali. rayyan! melia melangkah mendekati rayyan yang membelek telefon bimbitnya. Melia mencuit bahu rayyan.
"hai awak". tegur melia sambil tersenyum sinis. membulat mata rayyan melihat melia berada di depan matanya.
"kau?? apa kau buat kat sini??". tanya rayyan cuak. pantas sahaja tangan nya menarik tangan melia ke sebuah cafe. melia tersenyum sinis. padan muka!
"apa?? saya datang nak hantar awak nie". kata melia sambil meletakkan nasi Goreng yang dimasak nya di atas meja.
"kau?? kau nie kan! suka sangat cari pasal en? yang kau bawak nasi goreng nie pergi KLIA buat apa?". marah rayyan. suara nya mula meninggi. melia memerhati keadaan sekeliling. rayyan yang perasan banyak mata tengah memandang ke arah mereka mula menundukkan kepalanya.
"apa? saya bawak untuk awak lah. siapa suruh awak tak makan tadi? penat saya masak. tapi awak blah macam tu je. awak tahu tak penat saya masak untuk awak". kata melia memandang tajam ke arah rayyan. rayyan menelan air liur nya. sanggup minah nie? fuh.
"kau nie kan. haih. yeye aku makan nanti. puas?? dah kau pergi lah balik. aku ada flight nie". kata rayyan lalu mula berlalu. melia mengikuti langkah rayyan.
"awak". panggil melia. rayyan memandang melia.
"kenapa". tanya rayyan. melia berjalan mendekati rayyan lalu menarik tangan rayyan
"saya nak salam". kata melia lalu menciumi tangan rayyan. rayyan kaget tetapi hanya beriak selamba
"ok. btw aku balik malam nie sebab flight aku ke johor je pun" kata rayyan dan terus berlalu pergi.
Share this novel