BAB 17

Romance Completed 25451

Melia melakukan kerja nya dengan bersemangat. eleh semangat lah sangat. tiba2 pintu bilik nya diketuk oleh seseorang.

"masuk". jerit melia. kang kalau tak jerit tak dengar pulak. ye dok..hehe

"weh, dah waktu lunch dah nie. kau tak nak makan ke?". tegur Cyikin. pantas Melia melihat jam di pergelangan tangannya.

"hmm kau makan dulu lah weh. aku banyak kerja lagi nie. kang boss marah pulak nanti". melia memberi alasan. eh bukan alasan ok! memang fakta. huhu

"alaa boss tu pun bapa mertua kau jugak en? haha jom lah wehh". ajak cyikin lagi. masih mahu mencuba nasib lah katakan.

"ish kau nie. tak boleh lah kin. aku busy. kau lunch lah dengan kak leha ke, kak timah ke. aku busy serious busy.next time lah eh?". kata melia sambil menyambung tugasnya.

"yelahh". kata cyikin mengalah. Cyikin melangkah keluar daripada bilik melia. Melia menarik nafas.

"haih banyak nya kerja. tak suka nya!! nasib kau lah lia...". desis hati melia. tiba2 pintu bilik nya diketuk. aik si cyikin nie biar betul? masih nak ajak aku lunch ke apa. belum sempat melia menjerit menyuruh masuk, pintu biliknya sudah terbuka. alangkah terkejutnya dia melihat rayyan yang melangkah masuk.

"apa awak buat kat sini?". tegur melia acuh tak acuh. Masih merajuk ok sebab dia tinggalkan semalam. huhu

"ehh suka hati aku lah". balas rayyan sambil tersenyum sinis. melia hany mencebik kan bibir tanda geram.

"saya busy nie. tolong jangan kacau saya". kata melia tanpa memandang rayyan.

"alaa kau nie, sikit2 busy. jom lah kita lunch?". ajak rayyan. melia mengangkat muka nya. lunch?

"lunch? mimpi apa awak nak ajak saya nie?". kata melia berbaur sinis.

"alaa jom lah". ajak rayyan lagi. melia mendengus

"saya busy. awak ajak lah girfriends awak. awak kan ramai girlfriends". kata melia sambil memerli. rayyan mengetap bibir.

"alaaa jom lah". ajak rayyan lagi.

"saya busy. awak tak faham bahasa ke ha? kenapa awak tak ajak je balqis awak tu?". perli melia. suara nya sudah mulai meninggi.

"kau masih marah aku ke?". tanya rayyan. melia mengetap bibir. kemarahan nya masih ada!

"saya marah ke, tak ke. awak kesah apa? ei awak balik lah. saya busy". marah melia. rayyan mendengus.

"eh kau nie kan! aku punya lah elok datang gi pejabat nie sebab nak ajak kau lunch! tapi bila aku datang sini, kau nak lancarkan perang pulak". marah rayyan. melia memandang tajam ke arah rayyan.

"suka hati saya lah! nie semua salah awak! siapa suruh awak tinggalkan saya hari tu ? padahal tu bukan salah saya! tu salah balqis. tapi awak masih nak bela si balqis tu. eh siapa sebenarnya isteri awak? saya atau si balqis tu?". marah melia panjang lebar. api kemarahan nya sudah tidak boleh ditahan.

"ouh kau marah sebab tu lah? ok fine!". jerit rayyan lantang dan terus sahaja berlalu keluar. pintu bilik melia dihempas dengan kuat. ternaik bahu melia. Melia menangis semahu mahu nya. sakit hati, kecewa, marah bercampur menjadi satu.

"maafkan saya rayyan". rintih melia perlahan sambil menangis teresak esak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience