Melia membuka pintu rumah perlahan lahan. Sempat dia mengerling jam di tangan nya. Jam 12 malam. Ha amik kau tak pernah pernah dia balik ke rumah jam 12 malam. Baru sahaja melia ingin melangkah ke tangga rumah dia ditegur oleh rayyan.
"Baru balik?". Tegur rayyan mengejut ternaik bahu melia mendapat sergahan itu.
"Bukan urusan awak". Balas melia selamba. Sakit hatinya apabila rayyan meninggal kan nya di restoran tadi petang. Rayyan mencebik bibir. marah lah tu! pikir aku nak pujuk?
"aku tanya kan? tak boleh ke nak jawab elok2?". marah rayyan. melia menjuling kan matanya tanda dia tidak kesah.
"suka hati saya lah". marah melia semula. malas hendak melayan rayyan.
"ouh suka hati kau? mesti kau pergi keluar dengan jantan lain kan?". tuduh rayyan. bulat mata melia mendapat tuduhan daripada rayyan. ewah nie dah melebih dah nie.
"suka hati awak aje kan nak tuduh2 saya? helo Mr.Rayyan. jangan ikut suka hati awak aje nak tuduh saya ye". marah melia. suara nya sudah mulai tinggi. rayyan tersenyum sinis.
"dah tu? kau pergi mana? dengan jam 12 malam baru balik. kau keluar dengan jantan mana satu nie ha?". balas rayyan sinis. ada senyuman sinis di bibir nya.
"baik awak jaga mulut awak tu! saya bukan perempuan murahan yang akan keluar dengan lelaki lain". marah melia. sakit hatinya dituduh oleh rayyan.
"halah! mengaku je lah! kau tu dekat rumah, dekat depan mummy daddy and dengan keluarga kau, kau berlakon je kan? tapi bila belakang diorang semua kau jadi Pelacur! bukak tudung sana sini, dedah sana sini. kan?". tuduh rayyan. melia memandang tajam ke arah rayyan. Sungguh! dah melebih dah nie!
"hoi! kan saya dah cakap? saya bukan perempuan macam tu! saya tak akan tergamak menconteng arang dekat muka ibu bapa saya". marah Melia. Dia sudah mulai hilang sabar apabila dituduh oleh rayyan.
"yang kau nak marah2 nie kenapa? kalau betul kau tak keluar dengan jantan lain takde nya kau nak marah bagai". marah rayyan semula. suara nya sudah mulai meninggi. ternaik bahu melia apabila suara rayyan sudah mulai meninggi
"awak yang tuduh saya bukan2. saya marah lah". kata melia. suara nya sudah mulai menurun.
"ahhh sudahlah. aku tak puas hati dengan kau! kenapa kau cakap balqis tu perempuan murahan ha?". kata rayyan. melia mengetap bibir.
"err yang tu, saya tak sengaja. lagipun siapa suruh dia menggedik sangat". kata melia membela diri. betul what? kira perempuan murahan lah tu kalau dah cium lelaki bukan suami dia.
"menggedik apanya? sebab kau aku gaduh dengan dia tahu tak". marah rayyan. melia menunduk. malas hendak menjawab.
"ke kau marah sebab Dia cium aku ha?". tambah rayyan lagi. pantas sahaja melia memandang rayyan.
"err...ma..mana ada. dah lah saya nak masuk bilik. kata kat si balqis awak tu saya mintak maaf". kata melia dan terus sahaja berlalu. kalau lagi lama dia bersama rayyan pasti rayyan akan tahu yang dia cemburu! oh no tidak mungkin!
Share this novel