Mummy dan daddy rayyan bergegas ke Masjid yang dikatakan oleh Rayyan. terkejut datin Mia apabila mendapat tahu anak nya di tangkap khalwat. Begitu juga Ibu dan ayah melia. ibu melia sungguh sedih mendengar kata2 anak nya. tetapi dia tahu anak nya tidak bersalah! anak nya tidak tergamak hendak menconteng arang ke mukanya. ibu dan ayah melia tidak dapat datang ke masjid yang di katakan oleh melia kerana kampung melia yang jauh dari kuala lumpur. Tetapi Pak cik melia yang akan datang kerana lebih dekat dengan masjid yang dikatakan oleh melia.
"pak din". kata melia apabila melihat Pak din iaitu pakcik yang paling dia rapat.
"sudah melia, jangan nangis". pujuk pak din. dia tahu anak buah kesayangan nya tidak melakukan benda terkutuk itu.
"tapi melia tak salah pak din. melia tak lakukan semua tu. rayyan yang datang ke rumah". rintih melia perlahan. Tidak sanggup dia hendak menghadap muka rayyan, meskipun dia tahu tidak lama lagi rayyan yang akan menjadi suaminya.
"sudah lah melia. jangan menangis. jom ikut pak din ke dalam". ajak pak din. melia hanya menurut. Melia melihat Rayyan yang dimarahi oleh Dato benjamin, daddy rayyan dan seorang wanita yang sangat anggun. mungkin itu adalah mummy melia.
Pak imam memanggil melia dam rayyan. Daddy dan mummy rayyan mengikuti rayyan dari belakang. Manakala pak din sudah lama menunggu di hadapan pak imam.
"maafkan saya sebelumnya. nama saya hassan. saya merupakan pak iman di kawasan ini". pak imam mula membuka bicara. melia masih menangis di sisi pak din. rayyan melihat melia yang menangis. sedikit sebanyak dia rasa bersalah.
"saya rasa ibu bapa rayyan dan Melia pasti sudah tahu kenapa saya memanggil kalian untuk datang ke sini. ini kerana kesilapan yang dilakukan oleh mereka berdua". kata pak imam. tangisan melia sudah mula reda. melia melihat rayyan yang hanya menunduk.
"jadi saya cadangkan untuk kawin kan sahaja mereka berdua. agar tiada berlaku nya lagi kesalah ini". kata pak imam lagi. rayyan pantas mengangkat muka nya. terkejut juga dia mendengar cadangan pak iman itu.
"saya setuju". kata dato benjamin. bagi dia memang patut pun jika rayyan berkahwin dengan melia.
"tetapi dato, saya tidak melakukan apa apa dengan anak dato. anak dato yang datang ke rumah saya dan terus masuk ke dalam rumah. saya sudah menghalau nya keluar tetapi anak dato degil". kata melia. dia tidak mahu berkahwin dengan mamat playboy seperti rayyan.
"melia, sudah. pak imam, saya juga setuju jika rayyan berkahwin dengan rayyan". kata pak din. Dia yakin rayyan pasti akan menjaga anak buah kesayangannya.
"jadi kalau begitu. boleh lah kita nikahkan mereka? bila tuan dan puan setuju untuk menyatukan mereka?". tanya pak imam
"malam ini juga". kata mummy rayyan yang dari tadi hanya berdiam diri. dia setuju kerana dia tahu melia orang yang baik, dari cara nya bertutur sahaja dia yakin melia sesuai untuk rayyan.
"kalau begitu boleh lah kita mulakan sekarang". kata pak imam. Dato benjamin menyuruh rayyan untuk mendekati pak imam. Mahu tidak mahu akhirnya mereka berdua terpaksa untuk bersetuju.
******
"Tengku Danish Rayyan bin tengku benjamin".
"saya".
"aku nikahkan dikau dengan nurul melia natasya binti kamarul dengan mas kahwin sebanyak seratus ringgit tunai".
"aku terima nikahnya nurul melia natasya binti kamarul dengan mas kahwin sebanyak seratus ringgit tunai".
sah
sah
sah
Maka dengan sebutan sah itu dengan sah nya melia dan rayyan telah diijab kabul. melia menangis semahu mahu nya. tidak menyangka kerana dia akan bernikah dengan rayyan mamat playboy yang terkenal.
"melia". tegur mummy rayyan. melia mengangkat muka nya. takut juga dia.
"ye datin?". balas melia sambil mengesat air matanya.
"ish apa pula panggil datin? panggil mummy ye. melia dah jadi isteri rayyan. mummy harap melia akan terima kekurangan rayyan. mummy tahu anak mummy tu banyak kekurangannya. tetapu mummy harap sangat melia terima dia dengan hati yang ikhlas". kata mummy rayyan iaitu datin Mia. Melia mengetap bibir. adakah dia sanggup terima kekurangan Rayyan? ah tiada manusia yang sempurna melia!
"saya cuba da.. eh maksud saya mummy". kata melia. pada masa yang sama melia melihat pak din nya dan dato benjamin datang ke arah nya dan datin mia.
"mia, rayyan tengah tunggu kamu di kereta". kata dato benjamin. melia jadi gugup, kemana mamat tu hendak pergi?
"kamu jangan risau. dia akan bawa kamu ke rumah dia. dan sekarang sudahpun menjadi rumah melia juga". kata datin mia apabila melihat dahi melia berkerut. Datin melia menarik tangan melia ke arah kereta rayyan. sempat juga melia bersalaman dengan pak din nya lalu mengucapkan terima kasih. setelah bersalaman dengan pak din melia menyalam pula tangan dato benjamin. Sesampai di kereta. melia terus masuk ke dalam perut kereta. Sempat dia bersalam dengan datin mia. Sepanjang perjalan ke rumah 'baru'. melia dan rayyan hanya diam.
Share this novel