Melia memandu Kereta milik Rayyan dengan penuh berhati hati. Rayyan yang berada disebelahnya dijeling sekilas. Focus sangat dengan telefon dia tu.
"err awak". tegur melia. Rayyan memandang sekilas ke arah melia.
"apa". balas rayyan ringkas dan matanya masih focus kepada telefon nya. Melia mengetap bibir.
"err awak nie nak pergi KLIA1 atau KLIA2?". tanya melia meminta kepastian. Almaklum lah, KLIA sekarang kan dah ade 2.
"KLIA2". balas rayyan ringkas sambil matanya masih kepada telefon bimbitnya.
"okay. btw kan awak, betul ke KLIA 2 tu dah boleh dikata kan macam Tempat shopping complex?". tanya melia hanya sekadar memecahkan kesunyian antara dia dan rayyan.
"boleh lah". balas rayyan ringkas sambil matanya masih kepada telefon bimbitnya. melia mengetap bibir. orang punya lah baik hati nak borak dengan dia. ish!
Perjalan ke KLIA2 bersama Rayyan hanya ditemani dengan Celoteh daripada Radio. bosan sungguh! hampir setengah jam perjalanan baru lah Melia dan rayyan sampai di KLIA 2.
"awak, saya nak singgah dekat sini boleh tak? saya nak round2 kejap pusing2 KLIA2 nie. lagipun saya dah bagitahu dekat daddy awak yang saya masuk lambat kerja hari nie. so saya nak lah pusing2 KLIA nie kejap". kata melia sambil matanya focus kepada Rayyan. Rayyan hanya sekadar memandang sekilas ke arah melia dan terus sahaja berlalu. Melia mengetap bibir memandang rayyan yang berlalu meninggal kan nya.
******
Melia berjalan di sekitar KLIA2. sungguh! besar dah hampir sama dengan shopping complex. melia memerhati sekujur tubuh lelaki yang sangat dia kenali bersama seorang wanita yang sangat anggun. Laju sahaja Kaki melia mengikuti langkah lelaki tersebut. Itu rayyan!
"ouh berani kau jalan sama perempuan lain? cis tak guna punya suami. aku punya lah nak jalan2 dengan dia pusing2 KLIA nie. tapi dia boleh tinggalkan aku. dasar playboy! kau tunggu aku kenakan kau". bebel melia sendirian. Belum sempat melia melangkah ke arah rayyan tanpa dia sedar dia langgar seseorang.
"err cik, awak okay??". tanya seseorang. melia masih menunduk. malu dan takut! apa lagi suara tersebut merupakan suara lelaki
"err saya okay. awak okah tak? maaf kan saya, saya tak sengaja". kata melia sambil memandang ke atas. terkejut melia melihat wajah tersebut. Tampan!
"eh tak, saya okay je". kata lelaki tersebut sambil tersenyum. melia hanya sekadar tersenyum.
"err btw my name is tengku Hadi and you?". tanya Hadi. melia sekadar tersenyum. Tengku? like seriously? tak kan lah si Hadi nie ade kena mengena dengan si rayyan kut??
"hye hadi. er just call me Melia. nice to know you". kata melia seraya memperkenalkan dirinya. melia memerhati pakaian yang dipakai oleh Hadi. uniform pilot!. Hadi dan melia berbalas senyuman tanda perkenalan.
"err if you dont mine, lets take a cup of coffee maybe?". ajak hadi. Melia mengerling jam di pergelangan tangan nya. dah lambat!
"err saya nak sangat! but i m so sorry, i have to go now. sebab saya ada kerja". kata melia menolak ajakan Hadi. bukan tidak mahu! tetapi dia ada perjumpaan dengan Akauntan syarikat.
"ouh its sokay, er can i get your phone number?". kata Hadi. laju sahaja melia mengeluarkan pen dan kertas daripada beg tangan nya dan diberikan kepada Hadi. Hadi tersenyum kegembiraan.
"okay, i have to go now. bye". pamit melia dan terus sahaja berlalu. Hadi hanya sekadar mengangguk. kertas yang melia berikan tadi di simpan di dalam poket nya. tanpa mereka berdua sedar, ada sepasang mata yang melihat Melia dan Hadi yang berbalas senyuman.
"cis! tak guna kau hadi. berani kau nak ambil isteri aku! aku tak kan benarkan kau ambil isteri aku lah playboy tak laku!". marah Rayyan dalam Hati. sakit sungguh hatinya melihat melia dan Hadi yang berbalas senyuman.
Share this novel