BAB 19

Romance Completed 25451

Melia hanya membaca novel di dalam bilik nya. tiba tiba telefon bimbit nya berdering.

"assalammualaikum". kata melia memberi salam. orang yang berada di dalam talian hanya diam. melia mula pelik. dah kenapa tak nak bersuara?

"assalammualaikum, siapa nie??". sapa melia sekali lagi. tetapi orang tersebut masih lagi diam. melia mendengus perlahan.

'"haish. jangan buang masa saya boleh tak? awak nie siapa ha? kenapa call saya? then lagi satu mana dapat nombor saya? and then saya nak tanya awak nie bisu ke? kenapa tak jawab salam saya? berdosa tahu tak". sembur melia tanpa memikir hati si pemanggil. akhirnya melia mematikan telefon bimbitnya.

"hish! kacau aku betul! dah bisu ke apa". bebel melia sambil mula membuka novel nya semula. Ting! telefon bimbit melia berbunyi menandakan ada yang menghantar sms kepadanya. melia membaca sms tersebut. cyikin rupanya.

CYIKIN : beb, kau kat mana? keluar nak? aku bosan lah.

MELIA : yaw..salam mana? hish, aku kat rumah je. tak gi mana pun. keluar? hm boleh. tiada masalah

CYIKIN : cun!! aku ambil kau kat rumah kau eh?? ke kau nak ambil aku? almaklum lah kereta baru en? hehe btw suami kau tiada kat rumah ke?

MELIA : haha well well well. biar aku ambil kau ok. hm suami aku tiada kat rumah. dia ade flight ke johor. malam nie balik.

CYIKIN : Ouh okay!! okay ah weh aku nak siap dulu. jangan lupa ambil aku eh. bye

MELIA : okayyy!!

Melia menyimpan novel nya di atas meja lalu mula menyalin pakaian nya. dia hanya memakai pakaian simple sahaja. bukan dia lah kalau hendak berstyle bagai.

Pon!! Pon!!! Melia menekan hon nya berkali kali. melia ketawa apabila melihat Cyikin yang terkocoh kocoh keluar daripada rumah nya.

"hish kau nie kan! tak reti nak sabar ke Ha?". marah cyikin apabila masuk ke dalam kereta melia. melia tersengih.

"hehe saje je tu. lawak lah kau lari macam tu. macam apa je aku tengok. tu tudung kau tengok tu. hodoh gila". kutuk melia lalu ketawa. cyikin mengetap bibir. tak guna punya kawan!

"amboi kau mengutuk aku bukan main eh? aku sepak kau kang. dah jalan cepat". kata cyikin mengarah. melia hanya ketawa lalu memulakan perjalanan mereka.

"hm nie nak kemana nie?". tanya melia. cyikin mengetuk ngetuk dagunya

"hmm haaa kita tengok wayang nak? dah lama tak tengok wayang. lagi2 spent time dengan kau nie. kita pergi mid valley je lah". kata cyikin. melia hanya mengangguk.

"beb, kau dah bagi tahu ke tak suami kau nie yang kau keluar dengan aku?". tanya cyikin. melia mengeleng

"belum. lagipun kalau aku bagi tahu dia pun kau rasa boleh ke dia baca? dia dalam kapal terbang macam tu. mana boleh dia baca chat aku". kata melia. cyikin hanya sekadar mengangguk.

"weh, kau bahagia tak dengan rayyan?". tanya cyikin. melia hanya diam menyepi. tak kan nak bagi tahu kut? hal rumah tangga tu weh.

"errr happy je. kenapa?". jawab melia berbohong.

"hmm baguslah. aku doakan kau bahagia". kata cyikin. melia hanya mengaminkan dalam hati. harap nya begitulah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience