Rayyan memasuki rumah dengan Hati yang geram. sakit hatinya apabila mengetahui Melia bersama Hadi meskipun Cyikin kawan baik melia juga turut sama ada. Cis tak guna punya Hadi!
"assalammualaikum. awak dah balik". sapa melia sambil tersenyum manis. Melia melangkah mendekati suaminya lalu tangan rayyan disalam.
"hm". balas rayyan ringkas lalu meninggalkan melia sendirian. Rayyan masuk ke dalam bilik nya untuk mandi. fikiran nya berserabut! selesai mandi Melia mengetok bilik rayyan.
"awak! saya dah masak dah. awak nak makan tak?". laung melia dari luar. Rayyan tidak menjawab malahan tidak membuka pintu sekali pun.
"awak. awak nak makan tak? saya dah masak kan sedap sedap untuk awak nie". pujuk melia. dia tahu yang suami nya itu marah terhadap nya. Melia memberani kan dirinya untuk masuk ke dalam bilik rayyan. dipandang nya sekujur tubuh yang berbaring di katil. aik??
"err awak. awak nak makan tak? saya dah masak kan untuk awak dah". kata melia perlahan berdiri di sebelah rayyan. terkejut rayyan apabila melihat melia berdiri di sebelah rayyan. sejak bila pulak minah nie masuk sini??
"apa kau buat dalam bilik aku?? sejak bila kau masuk nie? siapa bagi kebenaran kau masuk ha?". marah rayyan. melia sedikit terkejut tetapi senyuman masih dibibirnya.
"errr sorry. saya dah ketuk banyak kali, tapi awak tak jawab apa apa. jadi saya masuk lah". kata melia sambil mula duduk di birai katil. rayyan kaget.
"kau makan lah. aku dah makan. aku kenyang". kata rayyan berbohong. walhal dia lapar sangat.
"alaaa awak. please makan eh?? penat saya masak untuk awak". kata melia memujuk. penat penat dia memasak tetapi rayyan tidak mahu makan? amboi memang cari pasal!
"hm nanti nanti lah aku makan". balas rayyan acuh tak acuh. sumpah mood nya tak ada!
"awak, saya tahu awak marah saya sebab saya keluar dengan hadi kan? but awak, trust me, saya hanya sempat makan dengan dia aje. lagipun Cyikin pun ada. kalau awak tak percaya awak boleh tanya Cyikin". kata melia memperjelaskan hal yang sebenar. tidak dia mahu Rayyan salah sangka.
"aku tetap tak suka. even ada Cyikin. kau tahu tak mamat tu musuh aku dari aku tingkatan 4. aku tak suka dia. dia selalu rampas kebahagiaan aku". kata rayyan. teringat dia kepada seseorang yang amat dia cintai.
"tapi awak....". belum sempat melia berkata sesuatu, rayyan sudah memotong.
"aku nak kau janji dengan aku jangan keluar dengan mamat tu dah? janji dengan aku jangan layan dia". kata rayyan. sakit hati nya apabila terkenang kisah silam.
"ye saya janji dengan awak". kata melia sambil tersenyum. baru melia teringat sesuatu
"btw awak, esok awak tak ada flight kan? awak jangan nak cakap ada flight pulak. saya tahu awak tak ada flight esok. hm esok mama suruh dinner dekat rumah. mama kata ada hal nak dibincang kan". kata melia. rayyan baru teringat kan sesuatu. perjanjian yang pernah dia lakukan bersama mama nya! rayyan meraup rambut nya! i m not ready yet!
"err awak okay?". tanya melia prihatin. rayyan hanya sekadar mengangguk lalu keluar daripada bilik. melia yang melihat perlakuan rayyan hanya mendiam kan diri.
Share this novel