BAB 13

Romance Completed 25451

Sudah hampir sebulan pernikahan Melia dengan Tengku Rayyan. Tetapi, melia dan rayyan masih seperti dahulu. pernikahan yang hanya di atas kertas sahaja. bukan dalam arti kata sebenar. Melia mengetuk pintu bilik rayyan.

Tok! Tok! Tok!. Rayyan mengeliat apabila terdengar pintu bilik nya diketuk. ish kacau orang tidur betul lah!

"awak, bangun lah. semalam awak suruh saya bangun kan awak jam 6 kan? nie dah jam 6.15 dah nie". jerit melia dari luar pintu. Rayyan membuka mata nya perlahan lahan.

"hm yeye aku bangun". jerit rayyan semula dan terus sahaja berlalu ke tandas. Melia melakukan tugas nya seperti biasa. iaitu menyiapkan sarapan untuk rayyan. sudah hampir sebulan rayyan tidak bekerja. Melia juga sudah mulai bekerja. Risau betul si cyikin apabila melihat melia tiada di rumah. akhirnya, baru dia faham kenapa melia tiada di rumah.

*****

Rayyan keluar daripada tandas dan terus sahaja menuju ke almari pakaiannya. Rayyan mengeluarkan baju uniform 'pilot' nya dan di sarungkan di badan. Selesai sahaja bersiap, rayyan keluar daripada bilik dan menuju ke dapur. Rayyan memerhati melia yang lincah menyiapkan sarapan untuknya.

"kau buat apa tu?". sergah rayyan. Ternaik bahu melia mendapat sergahan itu. Melia memandang rayyan yang memakai uniform 'pilot' nya. Handsome!

"ish awak nie, terkejut saya. nie ha saya siapkan mee goreng untuk awak". kata melia sambil tangannya masih lincah menyiapkan sarapan. Rayyan mengambil tempat duduk di meja makan. Matanya masih memerhati melia yang siap berpakaian pejabat.

"hmm nampak macam kampung. tapi pakaian macam orang bandar jugak dia nie". desis hati rayyan. Mata nya ralit memandang melia sehingga tidak sedar melia sudah duduk berhadapan dengannya. melia mulai segan apabila diperhati sebegitu.

"awak!". kejut melia. seram bebenor laki aku nie pandang macam nak telan orang aje. rayyan terus sahaja memandang tempat lain. malu ler tu kantoi! haha

"err awak. awak ade kerja eh hari nie?". tanya melia. sekali gus mengurangkan rasa malu.

"Haah. mungkin dalam seminggu kut aku tak de kat rumah. so kau jaga rumah nie elok2". balas rayyan menjawab pertanyaan melia. melia hanya sekadar mengangguk.

"ouh okay". balas melia ringkas. mereka berdua hanya diam sehingga lah rayyan mula bangun daripada kerusi.

"aku gerak dulu. kalau ade apa apa jangan lupa call aku. and kau boleh tak hantar aku pergi airport? sebab aku malas nak drive kereta aku ke airport". kata rayyan. melia memandang rayyan dengan muka terkejut. biar betul mamat nie? dia tak tahu ke aku mana ada kereta.

"tapii....". belum sempat melia menghabiskan ayat nya rayyan sudah memotong.

"kau drive kereta aku. aku benarkan kau drive kereta aku. tapi satu aku nak pesan jaga kereta aku elok elok". potong rayyan apabila melihat perubahan muka melia. dia tahu yang melia tidak mempunyai kereta.

"betul? awak benarkan saya bawak kereta awak? yeay awak jangan risau, saya akan jaga kereta awak macam saya jaga awak". kata melia teruja. mana tak teruja nya, kejap lagi dia akan bawa kereta BMW milik rayyan.

"yee. cepat sikit kemas. aku tunggu kau kat dalam kereta". kata rayyan dan terus sahaja berlalu keluar. Tangan melia laju sahaja mengemas meja makan dan terus berlalu keluar. tidak terlupa dia mengambil beg tangannya. halah Cuci pinggan tu nanti aja lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience