BAB 23

Romance Completed 25451

Sudah hampir seminggu Rayyan berkerja di syarikat papa nya. dia sudah mula berasa selesa berkerja di syarikat ini.

Tok! Tok! Tok! ketuk seseorang. rayyan masih menunduk kan kepalanya.

"ye nak apa wina?". tanya rayyan tanpa mengangkat muka nya.

"wina? who is wina?". tanya perempuan tersebut. pantas rayyan mengangkat muka nya. what? sofia??

"sofia? u buat apa kat sini?". tanya rayyan acuh tak acuh. malas dia hendak melayan sofia. jujur dia katakan dia pernah mengunakan Sofia sebagai pemuas nafsu nya. tapi itu dulu! sekarang sudah tidak! bukan sahaja dengan sofia. malah dia tidak keluar dengan mana mana perempuan semenjak dia berkahwin dengan melia.

"apa u nie? i datang sini pun salah ke? since when u kerja dekat sini? bukan nya u pilot ke? hm ouh btw i dengar u dah nikah? siapa perempuan malang yang kawin dengan u tu? i tak sangka u dah kawin. mana janji u yang akan kawin dengan i?". kata sofia sinis. rayyan mengetap bibir tanda geram. apa dia cakap? wanita malang?

"u jangan nak cakap dia perempuan malang. tu isteri i.". marah rayyan. sofia tersenyum sinis. mengaku isteri? huhhh! sofia berjalan mendekati rayyan lalu tangan nya memaut leher rayyan. rayyan terkejut lantas berdiri. keadaan mereka seperti sedang berpelukan.

Klik!!

terkejut rayyan apabila melihat melia yang berdiri di hadapan pintu. pantas sahaja rayyan melepaskan tangan sofia yang melingkar di lehernya.

"maaf ganggu. saya cuma nak hantar fail nie. tak apa boss boleh sambung, saya keluar dulu". kata melia lalu keluar ke bilik dan berlalu ke pejabat nya. Rayyan yang melihat melia berlalu pantas sahaja mengejar melia. sofia yang melihat adengan tersebut sedikit terkejut. tetapi dia berfikir sesuatu. rayyan? kejar perempuan tu? hm isteri rayyan ke??

**************

"melia. dengar dulu penjelasan aku". kata rayyan perlahan apabila masuk ke dalam pejabat milik melia. melia hanya diam membisu. malas hendak menjawab.

"tak ada apa yang perlu dijelaskan. lagipun siapa lah saya nie kan nak masuk campur hal awak? saya tak kisah pun. awak boleh sambung kisah cinta awak dengan perempuan tadi tu". kata melia mendatar membelakangi rayyan.

"aku tahu kau jealouse. but please dengar penjelasan aku. aku tak ada apa apa dengan dia. apa yang kau nampak tu tak sengaja. dia yang tiba tiba datang peluk leher aku. aku baru nak rungkai kan but kau masuk bilik dan tengok adengan tu". kata rayyan memberi penjelasan. melia hanya diam. sama ada mahu percaya atau tidak.

"please percaya aku". tambah rayyan lagi. melia masih diam.rayyan berjalan mendekati melia yang membelakangi rayyan. Rayyan melingkarkan tangan nya di pinggang melia. melia kaget tetapi dia hanya membiarkan nya sahaja. terasa bahagia.

"saya percaya awak. but please jangan hilangkan kepercayaan saya". kata melia perlahan. tidak berani dia hendak menatap mata rayyan. rayyan memegang dagu melia lalu mengangkat dagu tersebut. kini rayyan dan melia saling berpandangan. Melia kaget apabila rayyan mendekatkan muka nya dengan dirinya. tetapi dia beriak selamba. semakin lama wajah rayyan semakin dekat sehingga melia dapat merasakan hembusan nafas rayyan.

Cupp!! terasa panas bibir melia apabila dikucup oleh rayyan. buat pertama kalinya rayyan mengucup bibirnya. rayyan melepaskan ciuman tersebut lalu memandang melia. melia menunduk. merah muka nya menahan malu.

"Kau boleh percaya aku. aku janji aku akan jaga kau dan tak kan hilangkan kepercayaan kau". kata rayyan sambil tersenyum manis. melia menunduk malu. rayyan tersenyum gembira. tidak sangka yang dia akan menciumi melia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience