BAB10

Drama Series 5827

Menjadi isteri kepada Adam membuatkan aku terasa begitu bangga. Aku bahagia menjadi yang sah buatnya. Aku cukup takut sekiranya satu hari nanti Adam akan meninggalkan aku. Sungguh aku takut.

Seminggu selepas perkahwinan kami, Adam membawaku masuk kerumah baru, rumah kami !
Dia melarangku untuk bekerja, dia mahuku menjadi isteri sepenuh masa. Aku hanya mengikut rentaknya. Hari ini merupakan hari lahirnya yang ke 24 tahun. Aku mahu membuat kejutan kepadanya, mesti dia gembira jika dia tahu bahawa dia bakal menjadi seorang ayah.
Pagi tadi aku pergi ke klinik untuk cek keadaan ku yang kurang sihat. Kerap muntah dan demam, setelah membuat pemeriksaan rupanya aku mengandung.
"tak sabar nak tunggu Abi balik kan sayang" ujarku sambil mengosok perlahan perutku yang masih kempis.

...

Aku tersedar bila terdengar telefonku berbunyi tanda ada panggilan masuk. Mataku sedikit silau,,aku meniti skren telefon ku ,, 'sudah 12 lebih..mana abang ni'aku terlelap di sofa kerana terlalu penat.

"waalaikumsalam kak Aina,,ada ap kak"
suaraku sedikit serak dek kerongkong ku yang kering.

"Iman,,akak dengan Abang Asyraf on the way ke rumah Iman ni..bersiap cepat eh..urgent." suara kak Aina kedengaran sedikit berlainan. Terus talian dimatikan, aku hanya termagu sambil melihat telefon. Tiba-tiba aku terdengar hon kereta dari luar.. aku menjenguk tingkap. Kereta abang Asyraf.! Bergegas aku menarik cardigan hitam dan melilit shawl berwarna biru gelap.

...

"kenapa kita ke hospital kak"
soalku kepada kak Aina apabila kereta abang Asyraf memasuki garage di depan-depan ruang kecemasan. Kak Aina hanya turun dari kereta sambil memegang erat tangan ku tanpa menjawab soalan ku walau sepatah..

Kami menuju ke bilik ICU..di ruangan menunggu aku melihat mama dan abah yang kelihatan sugul. Mama menerkam memelukku menangis teresak-esak sambil memanggil nama ku. Di satu sudut aku ternampak Ikram dengan bajunya yang penuh dengan tompokan darah. "Kenapa ma" aku dapat rasakan sesuatu yang buruk telah berlaku. "Adam......Adam....." ujar mama dalam tangisan.
"Adam kemalangan..." ujar Ikram sambil mendekatiku dengan wajah yang sugul.
Aku hanya tersenyum nipis
"kau cuba tipu aku eh,,"
ikram hanya menggeleng sambil menahan air mata.
"kau deal dengan dia kan..mana Adam,, Ikram bagi tahu aku mana Adam..." air mataku mula bertakung.. "abang....." aku sudah tidak dapat menahan air mata lagi..

....

Aku ke surau ditemani kak Aina dan mama.
'Ya Allah, kau ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, mertuaku,saudaraku,sahabatku..kau panjangkan lah umur kami Ya Allah, janganlah engkau ambil suamiku diasaat aku mula rasa bahagia dengannya Ya Allah..aku memohon kepadamu,,aminnn'
aku berteleku diatas tikar sejadah. Azan subuh berkumandang di telefon pintarku. Seusai solat subuh kami bertiga ke ruangan menunggu.

"Iman" suara kak Aina memanggilku perlahan. "kita balik kejap jom.." aku menggeleng.
"keadaan Adam dah stabil skarang..dia dah ad kat ward,,tengah hari ni kita datang pulak eh" pujuknya lagi.
"tak pe laa,,kak Aina balik la dulu,,Iman jaga Adam kejap,,nanti Iman balik" aku mahu berada disisi Adam. Kak Aina mengangguk,,
"Kalau ada apa-apa call akak eh" ujarnya lagi sambil menyalami aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience