BAB18

Drama Series 5827

Aku sampai dirumah mama,, kereta Adam dan Abang Asy ada di garaj. Elok aku mahu melangkah masuk tiba-tiba aku terdengar suara kak Aina..
"kau dah gila ke Adam..dia tu Isteri kamu..apa yang berdosanya..dia tu halal untuk kau"
bergema suara kak Aina didalam rumah banglow itu.

"Ya Adam tahu..tapi diri Adam ni.. setiap kali berdua duaan dengan dia..Adam rasa Adam macam tengah berzina...sebab tu Adam cuba jauhkan diri Adam dari dia..Adam cuba balik lewat...Adam cuba cari alasan untuk jauhkan diri dari dia..sebab Adam betul-betul tak ada apa-apa perasaan terhadap dia..cukuplah Adam seksa perasaan Iman..Adam dah tekat untuk lepaskan Iman.."
lemah lututku mendengar setiap kata-katanya..biarpun dia hanya bernada biasa..namun hatiku bagai ditoreh toreh oleh Adam..

"astaghfirullah hal azimmm..Adam bawak mengucapp..kamu sedar tak apa yang kamu cakapkan ni" Kedengaran suara papa cuba menenangkan Adam..

"kau tak boleh ceraikan dia..otak kau letak kat mana sekarang ni haaa..aku tahu kau sakit..hilang ingatan..tapi kau dah melampau..dia dah korban macam-macam untuk kau..sekarang ni kau nak lepaskan dia...kau sanggup tengok anak kau tak de bapak..eh Iman tu mengandung anak kau tahu tak.." Adam terkedu..
Aku menyeka air mata..aku menapak masuk ke dalam rumah..cuba untuk menguatkan diri..

"saya minta maaf kalau selama ini awak rasa asing dengan kehadiran saya..saya tak sepatutnya paksa diri awak..saya terlalu mengharapkan cinta dari seorang suami yang tidak kenal siapa isterinya....mulai hari ini saya takkan paksa awak untuk terima saya dan anak saya..saya minta maaf...halalkan makan minum saya.." aku menyalami Adam..

"Iman..jangan cakap macam tu..." mama cuba memujuk.. aku memeluk mama..
"Iman penat kejar orang yang tak sudi maa.."
aku mendekati kak Aina dan memeluknya lama..
setelah menyalami papa aku terus keluar..

Aku balik ke rumah kami untuk ambil pakaian dan bergegas keluar dari situ..aku tiada arah tuju..aku telefon fairuz dan meminta bantuannya..Mujur kawanku yang satu itu memahami keadaan ku..
aku cuba untuk mulakan hidup baru..tapi mampukah aku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience