BAB 4

Drama Series 5827

"Mari la naik sekali dengan saya, nanti lambat"
ujar Adam sambil bercekak pinggang.
'Apahal kereta ni tiba-tiba buat perangai,tadi elok ja, sekarang buat perangai! mahu sahaja aku menangis bila kereta kesayangan aku tidak boleh start.

Tanpa banyak kata aku hanya mengikut arahannya. 'Entah-entah dia yang sabotaj kereta aku,,entah-entah dia yang cabut bateri kereta aku'
bila dah meluat macam-macam benda buruk aku menuduhnya walaupun aku tak ada bukti yang kukuh.

Aku duduk di sebelah pemandu manakala pasangan pengantin duduk di belakang. Di dalam kereta hanya kedengaran pasangan pengantin belakang yang berborak sambil ketawa kecil. Aku hanya membatukan diri, sekilas aku cuba mengerling kearahnya yang fokus dengan pemanduannya. Dia kelihatan tampan dengan baju melayu berwana biru masam. Tambahan pula dia berkulit cerah, rambutnya dengan potongan sedikit nipis di sisi. Dia kelihatan tampan, dan sedikit matang dari sebelumnya.

"Adam kau bila nak tamatkan zaman bujang kau"
tiba-tiba suara Asyraf mematikan lamunanku. Berdebar-debar dada ku apabila terdengar soalan itu. Walaupun bukan ditujukan kepada ku.

Dia ketawa kecil, "tak tahu lagi la bang..kenapa kau ada calon untuk aku ke" soalnya lagi sambil menjeling kearah ku di sebelah.

" hahhaha..saja tanya..kalau tak de aku nak kenenkan kau dengan kawan-kawan aku"
Entah kenapa berbahang ja muka aku sekarang ni. Menyirap aku dengan si Adam ni..bukankah dia sudah ada 'love' dia tu. Dasar player, tukar perempuan macam tukar baju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience