BAB 8

Drama Series 5827

Dia kelihatan lemah. Kepalanya berbalut,tangannya berbalut.
Kaki kirinya turut berbalut.
Tidak cergas seperti selalu, air mataku bertakung. 'Adaaamm....! ' mahu sahaja aku menangis di sebelahnya.

Aku menarik kerusi dan duduk di sebelahnya. matanya buka perlahan-lahan.

"sorry,,saya ganggu awak tidur ka?" soalku perlahan memecah kesunyian bilik itu.
dia hanya menggeleng. Tangan ku cepat-cepat mengelap sisa air mata.

"kenapa awak menangis? " soal Adam perlahan namun jelas kedengaran ditelingaku.

"tak de apa-apa" aku hanya memandangnya sayu.

"mesti awak gembirakan..selepas ini saya dah tak boleh kacau awak lagi dah.." ujarnya sambil tersenyum lemah.

pecah tangis ku..
"Adam saya minta maaf saya berkasar dengan awak sebelum ni"

"saya sayangkan awak Iman."

aku memejam mata rapat..sambil teresak-esak menangis. Dia membiarkan aku menangis puas -puas di sisinya.

"dah okay?" ujarnya perlahan..apabila melihatku sudah berhenti menangis..

aku mengangguk sambil tersenyum. mataku sedikit merah.

"awak sayang saya tak" soalnya just straight foward. Tak de kias langsung.

Aku menggeleng.

Dia berkira mahu memusingkan badan membelakangi aku..cepat-cepat aku menahannya.. boleh pulak dia pusing badannya sedangkan tengkuknya berbalut..
"saya sayang awak dunia akhirat Adam Fauzi."

dia hanya tersenyum.

"awak sedih tak tengok keadaan saya macam ni"
soalnya. Namun tak nampak selemah tadi.

"tak de sapa pon yang gembira tengok keadaan awak macam ni..saya nak awak cepat sembuh je"
ujarku serius.

"betul awak nak saya sembuh"
soal Adam sambil tersenyum manis.

"soalan apa ni" aku sedikit hairan.

"tapi awak marah..nak sakit balik la kalau macam tu" dia berkata dengan nada merajuk.

"eh,,eh tak tak saya tak marah,,mana ada saya marah..betul saya tak marah,,saya doakan semoga awak cepat sembuh.."

dia hanya ketawa.."betul ni" ujarnya lagi mencari kepastian.. "janji eh" sambil mengenyitkan matanya.

TADAAAA!
Terkejut aku apabila Adam boleh duduk seperti biasa.. korset dilehernya dibuka sendiri begitu juga dengan pembalut kepala..

"Adam awak jahat....!" aku berkira untuk melangkah keluar dari situ..namun tanganku direntap "Iman please" aku geram lalu aku menampar dadanya bertalu talu,,tanpa ku sedar terkena tangan kananya lalu dia mengaduh dengan muka berkerut..

"Iman,...tangan saya yang ni betul-betul sakit"
ujarnya sambil mengaduh sakit.. sukar untukku percaya kata-katanya lagi.. Aku mahu menampar lagi tangan kananya tetapi aku terhenti seketika apabila ternampak bandage putih itu ada kesan tompok darah..
"Adam darah " kecut perut aku apabila melihat tangannya yang kusangkakan hanya menipu.
"sorry " ujarku sambil menggosok perlahan untuk menghapuskan rasa sakit..

"sorry,,saya tak da niat nak tipu awak..saya terpaksa buat macam ni..untuk lembutkan hati awak..sekali gus saya nak tahu kasih sayang awak..pada saya.." ujarnya sambil tersenyum hambar.
Aku cuma mengangguk..aku tak salahkannya..betul juga tindakan Adam...kalau tak sampai kesudah aku hanya memendam rasa.

"Iman,,kita kawen jom."
terjegil mataku bila dia mengutarakan hasratnya..

"awak ni,,tak romantik langsung..dalam ward ni juga awak porpose saya" sedaya upaya aku cuba menutup malu.

dia hanya ketawa.."saya tak pandai nak romantik-romantik..saya tak tahu nak berpuitis..saya cuma cakap apa yang saya rasa..so will you"
soalnya dengan penuh yakin.

"ermmnn..saya ada parents lagi tau..abang saya pon ada lagi..so jumpa diorang..ask them..diorang setuju..saya setuju.." aku menjongketkan alis kepadanya.. tak sangka hari ini dia melamarku menjadi suri hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience