BAB 11

Drama Series 5827

"assalamualaikum abang..iman datang ni,, Iman rindukan abang,,abang kena bangun,,abang kena kuat,,abang..Iman mengandung,,Iman tengah mengandungkan anak kita" suaraku tenggelam timbul. Aku memegang tanganya,,membelek jari jemarinya..dan mencium lembut tanganya.. Air hangat jatuh ke pipi,, "Iman tak sanggup kehilangan abang". Aku mencium dahinya dan melagakan hidung dengannya. Aku merebahkan kepala disisi katil,,sambil mengelus tangannya dan terlelap.
...

"Adik..." tidurku terjaga apabila ada nurse yang mengejutku..
"saya dah sediakan pakaian untuk ditukar,,kalau adik ada perlukan apa-apa bagi tahu ya" ujarnya lagi. Wanita sebaya dengan ibuku melangkah keluar. Aku ke tandas dan segarkan muka, aku membasahkan tuala kecil dan mengelap badan Adam. Tangan dan kakinya ku sapu losyen untuk mengelak menjadi kering.

Memandangkan kak Aina datang, dia menyuruhku pulang berehat. Abang Asyraf menemani Adam di ward, kak Aina menghantarku pulang. "Iman rest dulu eh,,akak jaga Adam,,abang Asy pon ada..akak tengok Iman pucat sangat ni..kalau ada apa-apa akak call Iman.." ujar Kak Aina lembut..aku hanya senyum nipis kepadanya. "Iman ok tak?" soalnya lagi. Dia kelihatan risau. "Iman mengandung kak" aku memegang tangannya, air mata jernih jatuh kepipi. Kak Aina memelukku erat, "Iman kena kuat" aku cuma mengangguk sambil mengelap air mata.
Dia mahu menghantarku ke rumah mama tapi aku menolak.
Aku mahu masak untuk Adam, bila dia sedar nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience