BAB 2

Drama Series 5827

Tidurku sedikit terganggu kerana telefon ku berbunyi riang tanda ada panggilan masuk. Dengan mata terpejam aku mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat siapa si pemanggil.

"assalamualaikum iman" terdengar suara perempuan keriangan di corong telefon.

"ya, cari siapa" jawab ku masih mamai.

"cari iman laa, kenal tak ni siapa?" soalnya menduga.

"siapa ni" dengan mata separuh terbuka aku meneliti skrin telefon. 'aku tak save pon number dia ni' gerutuku seorang.

" ni akak la..kak Aina,, dah lupa ke?"
terkejut aku mendengar nama tersebut. Terus segar mataku apabila dengar nama itu.

"oh...kak Aina..erm akak sihat ?"
aku menjadi gugup.

"sihat Alhamdulillah iman sihat? lama tak jumpa dengan iman rindu betul dengan iman"

"Alhamdulillah sihat kak,,hum urm tu la..Iman pun rindu jugak dengan akak"
betul aku rindukan kak aina. Sudah lama aku tidak berjumpa dengannya.

"hujung bulan depan iman free tak"

"free rasanya sebab Iman dah habis praktikal masa tu..ada apa ya kak ? ."
soalku hairan.

"Akak nak kahwin bulan depan..nanti datang tau.."ujarnya riang

"oo iye?? wah tahniah..dah nak kahwen..dengan Abang Asyraf ke.." terkejut aku mendengar berita gembira ini. Tak sangka tidak lama lagi kak Aina akan menamatkan zaman bujangnya.

"Ha aa..ia laa..dengan abang Asyraf..yang tu ja ada pon..Iman tu jangan tak datang pula tau,,akak takkan naik pelamin selagi tak nampak muka Iman tau" gurauan kak Aina membuatkan aku kecut perut.
"Iman dengan Adam macam mana? " soalnya lagi

"erm..macam mana apa.."
"Iman ada masalah dengan Adam ke? "
kak Aina memintas kata-kataku tanpa sempat aku menghabiskannya.

"eh mana ad..biasa-biasa ja "
ujarku hambar.

"akak nak minta tolong boleh? "soalannya membuatkan aku sedikit gusar.

"Tolong apa kak?"

"nanti jadi pengapit akak tau..boleh eh.."

gulp..rasa gerap jer mata aku ni..sumpah segan

"erm..Iman tak boleh nak janji tau kak..buat la nanti tiba-tiba Iman tak dapat datang macam mana?"
soalku menduga..agar dia mengubah fikiran. Rupanya meleset sama sekali kerana dia hanya mengharapkan aku.

"nanti akak bagi kain pasang eh..buat baju..kena sedondon..tau.."
ujarnya gembira bila aku bersetuju untuk menjadi pengapitnya.

setelah menamatkan panggilan dengannya aku mengeluh.. Macam mana aku berhadapan dengan Adam nanti.

..........

1 tahun yang lalu

"Iman, Mama jemput datang ke rumah,, Mama ada masak special sikit hari ini" ujar Adam ceria.

"ouh ada apa malam ni,,ada orang merisik awak ke?"
soalku sambil menjongket kening sebelah kepadanya..

"ish dia ni,, orang betul-betul ni..dia main-main pulak." ujarnya geram. Adam ni tua 4 tahun dari ku. Tapi perangai tak macam orang 21 tahun.
"iyelaa saya tanya ja kan. Saya kena la tahu jugak,, kenapa mama awak jemput saya"

"saja la,, buat makan-makan sikit,, minggu depankan saya dah nak pergi merantau tempat orang."

hati aku menjadi sayu. Aku mendiamkan diri cuba untuk senyum. Mungkin bila dia di sana nanti dia akan lupakan aku. 'ish,, tapi dia bukannya ada apa-apa pon dengan aku. tak pernah pon dia declare aku special bagi dia. Entah-entah aku je yang terhegeh-hegeh mahukan dia.

"iman awak ok tak ni..dengar tak apa yang saya cakap." dengan nada geram Adam meninggikan sedikit suaranya.
lamunan ku tersedar. Rupanya dari tadi aku merenung kemukanya tanpa sebarang reaksi. Aku tersenyum sendiri dengan tindakan ku, merenung anak teruna orang.

"awak ni busuk la..lepas main bola berpeluh ada hati nak sembang dengan orang." ujarku berdalih untuk menutup maluku kerana merenungnya tadi.

"mana adalah, sebelum jumpa awak tadi sebotol minyak wangi saya spray tau"
pecah ketawa ku,, ada saja bahan untuknya buat lawak.

"saya ada benda nak bagi tahu awak." ujarku perlahan sambil merenung lama mata hitamnya.

"abang saya dah beli rumah"
aku menunggu reaksi darinya. Namun dia hanya senyum bersahaja. "tahniah..seronok la awak ka....."

"kami pindah lusa" terus dia senyap sambil mengangguk dan membentuk mulut huruf oo..

reaksi dia biasa. Langsung tidak terkejut,,
benarlah kata hati ku sebelum ini..dia hanya menganggap aku kawan..tidak lebih dari tu..tetapi layanannya terhadap aku bukan seperti seorang kawan. Selalu bertanya khabar aku walaupun kadang-kadang terserempak di depan taska bawah kuarters. Selalu memberi nasihat kepadaku untuk sambung belajar, selalu memberi semangat kepadaku, selalu manjadi tempat aku bercerita masalah. Sejujurnya dia adalah seorang pendengar yang baik. Layanannya membuatkan ku tersalah tafsir persahabatan ini.

Aku pernah dimasukkan ke hospital kerana Adenomyosis,rahim bengkak macam 3 bulan mengadung. Ada cyst,ia perlu dibuang, jika saluran sumbat perlu dibetulkan dengan 'tubal repair' dan jika ada adhesion perlu lakukan 'adhesionolysis' semuanya dilakukan sekali gus.

Sewaktu aku diward, Adam selalu datang menjengukku. Aku ditempatkan di ward sakit puan. Oleh kerana aku muda, pesakit yang lain memandangku aneh. Antara soalan yang aku dapat..

-adik keguguran ke,,anak yang keberapa ni?
-adik kena kuat ye,,nanti ada la rezeki
-adik kahwen muda ke?
-tiap-tiap hari mak cik nampak lelaki datang bawak makanan,,suami adik ka?

Sedaya upaya aku cuba menidakkan, tetapi si Adam tu cuma mengiakan saja bahawa dia suami ku. see macam mana aku tak salah sangka dengan kelakuannya.

Setelah kakak ipar dan abangku berpindah ke rumah baharu, kami sudah jarang jumpa. Dia pula sambung belajar di Johor. Aku hanya kerap berhubung dengan kak Aina. Namun Adam kerap bertanya khabar melalui whatsapp, kadang DM di intagram. Aku hanya ikut perkembangannya melalui intagaram dan 'story's whatsapp.

Malam itu aku terlalu rindukan suaranya. 'saya rindu awak la Adam' teringin sekali untuk aku menghantar perkataan ini kepadanya tapi malu. aku btalkan niat ku . Aku membuka akaun instagram miliknya. Scroll gambar-gambarnya, aku buka bahagian gambar yg di 'tag' oleh akaun lain. Ada gambarnya dengan seorang perempuan, dengan caption "miss yu love".Aku terkedu,,,!
aku buka diruangan komen dan aku terkejut bukan kepalang, Adam turut komen pada gambarnya..
" yes love bila boleh jumpa"
benarlah aku cuma bertepuk sebelah tangan.
Layanannya terhadap aku membuatkan aku seolah-olah orang bodoh. Terngiang-ngiang voice note yang dihantar olehnya kepada ku petang kemaren..

'hi manis,, separuh mati saya rindukan awak'
'nanti saya balik saya nak jumpa awak tau,,ada hadiah saya nak bagi'
'jaga mata awak tu, jangan pandang lelaki lain'

Kata-kata manis dia merabunkan aku, bodohnya aku. Buang masa betul aku rindukan dia. Hati aku sakit dengan permainan dia. Malam itu juga aku block akaun instagram dan whatsapp miliknya.
Buat apa aku simpan kalau itu hanya akan menyakitkan hati sahaja.

...........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience