BAB20

Drama Series 5827

Aku memakirkan kereta di tempat biasa..berjalan menuju ke lift dan memboloskan diri kedalam perut lif . 'Kenapa aku rasa ada orang ikut aku..' setelah pintu lif terbuka aku melajukan langkah,,cepat-cepat aku membuka pintu dan memboloskan diri ke dalam kondo. Namun saat aku mahu menutup pintu, aku terkejut kerana pintu ku ditahan dengan tangan..aku terkesima...jantungku berdegup laju.. ada orang nak rompak aku lagi ka.. Dengan tenaga yang ada aku menolak pintu,,

"Imannn..aduhhh sakit,, abang nii"
aku terkejut terdengar suara itu..takkan Abang Ijat..
"abang ijat ka" soalku kepada empunya tangan itu dengan pintu yang masih lagi ku tolak..

"bukan laaa" ujarnya dengan suara tenggelam timbul..menahan sakit.

"habis tu abang mana" soalku dengan suara sedikit tinggi..geram..!

"ramai sangat ke abang yang kau ada"
terdengar panggilan itu mengingatkan aku kepada seseorang..terus tanganku menjadi lemah.. pintu terus ditolak olehnya dan dia membolos masuk.
"kuat betul awak tolak pintu" ujarnya sambil membelek tangannya..

'Adam...! '
"awak nak apa datang sini..mana awak tahu saya tinggal sini.." Aku cuba untuk kuatkan diri bila bertembung dengan lelaki ini..adakah ingatannya sudah kembali dan dia datang untuk memujukku..atau dia datang untuk proses cerai..
aku redha jika itu adalah takdir hidupku.

"saya kesan melaui phone awak..dan saya datang nak jumpa awak.."

"saya busy..kejap lagi saya masuk kerja"
ujarku cuba mengelak..

"ouh..kalau macam tu saya hantarkan awak.." dia menjongket keningnya.

" no need saya boleh drive sendiri"

"then saya akan paksa awak naik dengan saya.. atau saya akan dukung awak jika perlu.."
aku memandangnya geram yang helok tersenyum menayang gigi.

Aku menapak ke dalam mengambil kotak yang penuh barang butik.. Aku mengangkat kotak tersebut di atas meja sebelah pintu,, dia hanya memerhati tindak tandukku. Aku mencapai kunci dan beg tangan,,berkira mahu mengambil kotak itu namun ditegah olehnya.. berkeras mahu mengangkat kotak tersebut. Aku hanya membiarkan.. 'aku tak tahu apa muslihatnya'
Apa-apapun aku reda dengan sebarang kemungkinan sekalipun.

sampai di butik.. Bagus juga dia tolong angkatkan..dalam keadaan berbadan dua aku mudah letih bila mengangkat barang berat. Tambahan pula butik si fairuz berada di tingkat atas..jadi aku perlu memanjat tangga.

Adam melabuhkan punggungnya pada kerusi,, tiada tanda dia akan berambus.
"Kak Iman,,tolong pasangkan sampin kat abang ni boleh..Laila tak pandai.." salah satu pelajar praktikal memanggilku.

Aku menghampiri lelaki yang lengkap berpakaian mandrin kot..aku menyuruhnya menyarungkan kain sampin itu..lalu aku merapatkan diriku agar mudah untuk aku membalut sampin pada tubuhnya..selesai memasang sampin aku meletakkan butang berbentuk bulan dan bintang diatas bahu kiri dan kanannya.. siap
"akad nikah di mana" ujarku perlahan sambil menyuakan keris hiasan kepadanya..
"masjid Hidayah depan gerai nasi ayam" ujarnya. Aku cuma mengangguk.. aku mencapai tengkolok pula yang berada diatas meja.
" Tengkolok ni pulak..bahagian pin ni abang kena letak betul-betul hidung.."
"macam ni eh" ujarnya
"eh tak..pin yang depan ni haa.." ujarku sambil sedikit menjengket memandangkan dia tinggi macam galah amat sukar untuk aku membetulkan tengkoloknya.
lelaki itu tersenyum "thanks"

Aku sekadar berbalas senyuman.

"berapaa bulan dah " soalnya..lelaki ini sedikit peramah..
"5 bulan" dia mengangguk..

"boy ke girl" soalnya lagi..
"boy"

"good boy..! jadi baby yang sihat tau" ujarnya sambil mengangkat 'thums up'

"ok thanks for this" ujarnya lagi sambil berlalu keluar..

"selamat pengantin baru" ujarku sambil tersenyum.
aku menapa ke kotak yang berada disebelah Adam.

Aku membuka kotak itu dan mengira stok tengkolok dan sampin yang baru sampai. Setelah cukup seperti didalam senarai..aku meminta mereka untuk menyusun di rak belakang.. settle tugasku dan meminta diri untuk pulang.

Di dalam kereta ,,suasana dingin ja..radio pon tak dibuka.. elok aku mahu melelapkan mata..telefon ku berbunyi minta untuk diangkat.
IKRAM tertera nama di skrin telefon.
Aku tersenyum dan angkat call..

"yes.. You already miss me is it? "
soalku kepadanya.. aku tahu dia takkan ambil serius dengan gurauan ku.

" aku otw balik,,penat laa"
adu ku kepadanya lagi..aku diam seketika menanti Ikram manghabiskan kata-katanya..

"tak pe nanti kau bagitahu dia..try slowtalk dengan dia.." ujarku lagi..tanpa ku sedar orang sebelah menjeling dari tadi.

"orait..ok kay..waalaikumsalam"
setelah berbalas salam aku mematikan panggilan dan memejam mata.

Aku membuka mata apabila terasa bahuku disentuh oleh tangan sasa milik Adam.
"Kenapa kita kat sini" ujarku apabila aku memerhati sekeliling. 'ini bilik Adam' getusku..Aku ada di rumah banglow milik adam yang telah sebulan lebih aku tinggalkan rumah ini..
"pergi mandi dan solat dulu.."
ujarnya lembut sambil memandangku.
Dia memangku belakangku apabila melihat aku yang sedikit susah untuk bangun dari pembaringan memandangkan aku mengandung.
Aku membuka almari pakaian yang menempatkan pakaian aku dahulu. Hanya ada beberapa helai sahaja baju di dalam almari tersebut.
Mataku meliar,,mencari baju..tiada baju yang sesuai untukku pakai. Perut ni makin membesar!
Aku memalingkan wajah kepadanya dengan muka yang cemberut..dia hanya ketawa..dia menapak ke almari yang menempatkan pakaian...lalu dia mengambil sehelai tshirt lengan pendek miliknya dengan sehelai seluar pendek yang longgar..dia menghulurkan kepadaku.

'haishhh..nasib baik baju dia besar..ada ke patut bagi aku seluar pendek' aku mengeluh didalam bilik mandi.
Setelah itu dia mengajakku berjemaah bersamanya. Aku hanya mengikut rentaknya,,sudah pasti ada benda yang mahu dibincangkan. Setelah selesai berdoa dia memusingkan badannya dan mendekatiku lalu menghulurkan tangannya. Aku menyambut huluran tangannya dan menunduk sedikit untuk mencium tangannya.
Setelah itu dia mencium dahiku..aku terkesima!
Air mataku bertakung..
"abang minta maaf,,abang selalu buat Iman menangis"..ujarnya sambil menatap kedalam mataku.
"abang dah ingat Iman..abang dah pulih?" soalku sedikit ceria..
dia menggeleng sambil tersenyum nipis..wajahku kembali keruh..

"lepas sayang tinggalkan abang..abang pergi ke tempat yang ada dalam gambar perkahwinan kita..tempat percutian kita..abang cuba untuk ingat semua tempat tu tapi hampa..abang tak ingat apa-apa..
tiap-tiap malam abang doa yang terbaik untuk perkahwinan kita.." dia menyeka air mataku.

"abang selalu mimpi Iman menangis..abang rindukan Iman..rindu sangat..abang minta maaf sebab ambik masa yang lama untuk ada perasaan rindu ni..maafkan abang" kata-katanya begitu menusuk kedalam hatiku..

"bagi abang peluang" dia meletakkan dahinya di atas bahuku. tangannya meggenggam tanganku erat. Aku mengusap badan belakangnya.. dia mengangkat mukanya dan melagakan hidungnya dengan hidung ku.. tabiat tu aku selalu buat dengannya dulu.. "masa abang tidur..sayang selalu buat macam ni kan" ujarnya sambil tersenyum..aku ketawa...kantoi rupanya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience