BAB13

Drama Series 5827

Aku membuka mata perlahan-lahan..silauan lampu putih menyucuk mataku. Aku kembali pejam,,
"Iman dah sedar,," wajah mama kelihatan sugul.
"Iman kat mana maaa" ujarku dengan suara yang sedikit serak.
"Iman ada dekat hospital..Iman pengsan tadi,,Iman terlalu banyak berfikir,, jangan stress ya sayang..mama ada dengan Iman.. Ibu Iman on the way..kejap lagi sampai la tu.." ujarnya lagi sambil tangannya mengusap rambutku.
"Adam tak ingat Iman maaa,Adam tak kenal Iman"
ujarku lagi.
"Bagi dia masa..doktor cakap insyaAllah boleh sembuh..kita usaha sama-sama..doa banyak-banyak untuk dia..Iman jaga kesihatan tau..jangan terlalu banyak brfikir,,Iman tak boleh stress..Iman berbadan dua sekarang..mama tahu Iman kuat.."
Aku mengangguk.
"Iman makan sikit eh..bagi ada tenaga..Iman nampak lemah sangat ni.." mama membuka makanan di meja hadapan dan mendekatiku.
"mama...erm...kejap lagi Iman mahu jumpa Adam kejap boleh?"
Mama memandangku lama, mama hanya mengangguk. "Itu kan suami kamu..tak perlu minta izin pun.." ujar mama sambil tersenyum.
.....

Aku menapak perlahan ke arahnya. Dia kelihatan tenang,, aku mendekatinya dan melabuhkan punggung pada kerusi di sisi katil. Aku merenung wajahnya dalam-dalam, pandanganku beralih pada tupperware yang kubawa tadi. Kosong,,
'dia dah makan' gerutuku sambil tersenyum. Aku mengambil bekas itu dan berlalu ke tandas untuk menyuci bekas tersebut. Semasa mengelap bekas itu dengan tisu tanpa ku sedar gerak geriku diperhatikan. Aku mendekati katil dan mata kami bertembung. Aku senyum kepadanya,

"abang dah sedar...." tiada respon darinya.

"abang nak air.." soalku lagi. sambil menahan air mata.

"tolong ambilkan aku air" ujarnya perlahan.
Aku terkedu,,tiada lagi panggilan abang,, sepanjang aku kenal dia..dia belum pernah bahasakan dirinya aku..walaupun dalam keadaan marah dia akan bahasakan saya awak sahaja.
Namun perasaan ini aku hanya simpan di dalam hati,, sedaya upaya aku cuba maniskan wajah.

Setelah itu dia hanya memangku dengan pandangan yang kosong..
"abang nak apa-apa lagi?"
dia menggeleng.
"cuma nak mintak tolong sikit"

"apa dia,, " ujarku dengan penuh debar menanti permintaanya.

"aku nak tido..ermmm.. kalau boleh kau baliklah..aku tak selesa"
Tak berkedip aku memandangnya..hatiku bagai ditusuk belati tajam. Aku menyalami tangannya dan bergegas keluar. Hati aku sakit.."Ya Allah kau kuatkan lah hati ku ini.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience