BAB 3

Drama Series 5827

Seperti yang dijanjikan dengan Kak Aina. Aku perlu menjadi pengapitnya, kain pasang yang dijanjikannya telah selamat menjadi baju mini kurung untuk aku pakai majlis kak Aina nanti. Pasangan pengapit telah ditetapkan oleh kak Aina sendiri berwarna biru masam manakala kak Aina akan mengenakan gaun berwarna blueblack.
Pagi itu aku perlu temankan kak Aina bersiap di butik yang telah dijanjikan. Kak Aina kelihatan cantik sekali, dan Abang Ashraf kelihatan begitu segak dengan mandrin kot yang sama warna dengan pengantin permpuan, sama cantik sama padan.

"you, mana pengapit lelaki.." soal abang Asyraf kepada kak Aina.

"tak datang lagi ka?" soalan dibalas dengan soalan. Abang Asyraf hanya mengangkat kedua-dua bahunya. Kak Aina mengambil telefon bimbit didalam tas tangan miliknya.

" Adam..! where are you.!

sudah ku agak! Tapi kenapa kak Aina perlu mengambil aku sebagai pengapit perempuan. Ambil sahaja buah hati si Adam tu.. aku mencebik dalam diam.

"Assalamualaikum,,sorry lambat ." abang Asyraf kelihatan lega bila terdengar suara Adam. Sumpah aku rasa macam nak cabut lari keluar dari butik sekarang jugak.!

"kau pergi mana bro,,kalah pengantin" ujar Asyraf sambil bersalaman dengan Adam.

"pergi cuci kereta dekat seberang jalan tu..kang kereta comot pengantin tak nak naik pulak."
ujarnya sambil mengalihkan pandangannya kepadaku. Aku melarikan pandangan sambil buat-buat sibuk membelek telefon.

Sumpah aku tak selesa ditenung begitu.Hish kalau buakn sebab kak Aina dah lama aku blah.

"Iman kasut akak dalam kereta tadi ambil tak? "
suara kak Aina memecah kesunyian butik.

"Iman tak ambil la pulak tadi,,tak pe lah Iman pergi ambil sekejap ye"
akhirnya boleh aku larikan diri sekejap. Sedikit pun aku tak menoleh ke arahnya yang sedari merenungku dari tadi.

Sampai di kereta..aku tercari-cari kotak kasut milik kak Aina. Puas aku mencari,, takkan tertinggal kot. Elok mahu berpusing untuk menutup pintu aku dikejutkan dengan satu makhluk yang berdiri betul-betul dibelakangku,
Bagai mahu luruh jantungku.

"awak ni dah kenapa?"
soalku geram

"awak tu yang kenapa..!"
ujarnya dengan tenang..namun ada getar didalam tenang itu. Menahan marah barangkali.. kenapa pula mahu marah.! aku yang sepatutnya marah bukan dia. Malas melayan si Adam aku aku mahu melangkah pergi namun tanganku direntap.

"are you trying to avoid from me?"
aku menarik kasar tanganku dan berlalu pergi dengan hati yang bebal. 'dah tahu tanya lagi' gerutu ku didalam hati.

"Kak kasut tak ada pun dalam kereta..Iman dah cari tak jumpa.."

"ni haa..kasutnya,,akak lupa tadi akak letak dalam beg besar tu dengan bunga tangan sekali ada dalam beg tu" lega aku mendengarnya.

"Gelabah Iman cari kasut tak jumpa dalam kereta tadi"

kak Aina hanya ketawa sambil meminta maaf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience