BAB 7

Drama Series 5827

Aku bergegas keluar bila rakan serumah ku memberitahu bahawa ada orang sedang menungguku di luar.

Kelihatan Adam sedang bersandar pada keretanya sambil bersilang dada. Dia hanya berseluar jeans gelap dengan t-shirt putih dengan cap hitam.

"apa lagi awak nak"
soalku menjerit perlahan dari dalam pagar rumah.

"kereta awak sudah siap jom pergi ambil, cepat bersiap saya tunggu dalam kereta."

terkedu aku. Kereta aku sudah siap..apa maksud dia.

aku hanya mengenakan seluar jeans longgar dan blouse hitam dipadankan dengan shawl hitam.

Selamat aku melabuhkan punggung ke dalam keretanya, dia terus memecut kereta tanpa bicara.

...

"bila masa awak hantar kereta saya ke workshop"
soalku perlahan.

"petang kelmarin"
terus dia mengangkat punggung dan berborak dengan mekanik kedai tersebut meninggalkan aku termanggu sendiri.
'aku dah menuduhnya sabotaj kereta ku kelmaren' aku mengeluh. Kenapa setiap kali aku dengan dia aku terasa bodoh.

"Total berapa ye bang?" soalku kepada pemilik premis tersebut.

"eh, abang tu dah bayar" ujarnya sambil memandang ke arah Adam yang leka berborak dengan mekanik tersebut. Aku hanya memerhati dari jauh. Adam kenapa awak buat saya macam ni..bagai mahu menjerit aku sekuat hati. Seketika pandangan kami bertaut.

dia mengalih pandangannya memandang ke arah lain. Aku tahu dia terasa hati denganku.

Sudah 2 minggu berlalu, tapi aku masih belum mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah menghantar kereta ku ke bengkel. Dia lebih peka daripada aku, walaupun aku melayannya teruk..dia tetap membantuku.

Malam itu aku rasa tak sedap hati..diri aku terkinjal-kinjal mahu menghubunginya.
Tetapi bila aku call..panggilan ku tak diangkat..
'busy kot' aku sedikit kecewa.

Keesokan pagi, aku dapat call dari Adam. Namun yang bercakap adalah Ikram,,pada awalnya aku ingatkan Adam sudah tidak mahu bercakap dengan ku.. Ikram memberitahuku bahawa telefon Adam ada dengannya kerana semalam Adam kemalangan dan sekarang ada di hospital.
Bagai mahu pecah dadaku mendengar berita itu.
Cepat-cepat aku bersiap dan bergegas ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience