BAB 9

Drama Series 5827

"sayang awak mesti penat kan,,seharian melayan tetamu" ujar Adam sambil merangkul bahuku. Ya,kami telah selamat menjadi suami isteri yang sah dengan berwalikan abang kandungku sendiri.

"hu umm penat la juga.." ujarku manja sambil membuat muka kasihan.
"takpe malam kang saya tolong urutkan ye" ujarnya nakal sambil mengenyitkan mata.
Aku tersenyum sambil mengangkat tangan perlahan-lahan ke lengannya yang sasa lalu pantas cubit geram.
"adeh..deh.. sayang sakit,,sakit" dia mengaduh sambil ketawa kecil.
"haaa gatal lagi padam muka"
ujarku geram.

"tengok korang macam ni buat aku rasa macam nak kahwin esok jee" tiba-tiba Ikram menyapa kami dari belakang sambil tersenyum.
"jeles la tu,,kau kena cepat-cepat kahwen beb.."
ujar Adam sambil tersenyum bangga.

"tu laa..tapi kalau boleh aku tak nak laa lalui fasa parah macam kau..kena berbalut satu badan baru boleh kahwin." meletus ketawa kami bertiga.

...

Badan aku terasa penat dan melekit dengan peluh. Aku memanjat anak tangga untuk naik ke bilik Adam. Rumah banglow 2 tingkat itu mempunyai 4 bilik,, 1 bilik utama yang dihuni oleh mama dan papa Adam. Manakala 3 bilik lagi milik kak Aina,Adam dan adik bongsunya Aishah.

Elok aku membuka pintu tiba-tiba pinggangku dirangkul dari belakang
"awak tak tunggu saya eh" aku hanya tersenyum. Dia ni kan pantang berenggang..bukannya aku nak lari pon. Kami berjalan beriringan masuk ke dalam bilik Adam. Bilik pengantin yang dihias dengan tema warna rosegold.

"saya nak mandi kejap, berpeluh dah badan saya ni" ujarku perlahan sambil merenggangkan pelukannya di pinggangku.
"taknak mandi sekali ke" ujarnya dengan nakal.
Aku berkira mahu mencubitnya lagi namun sempat dielak olehnya.
Aku mengambil tuala dan pakaian untuk mandi dan menuju ke tandas. Bilik ini hanya sederhana besar namun selesa kerana ruangnya tidak terlalu padat dengan perabut.
aku mengeluh. 'Macam mana mahu buka zip belakang baju ni..tak sampai'
Aku keluar pula untuk meminta Adam bukakan zip tersebut. "awak,,awak..Adam tolong saya kejap" kelihatan dia sedang baring di atas sofa. Aku mendekatinya, matanya terkatup rapat. Tapi scren telefon menyala, cis pura-pura tidur ya..
aku menggoncang sedikit tubuhnya. Masih tiada respon. Oh siap awak. Aku melagakan hidungku dengan hidungnya..masih tiada respon. Timbul idea nakal,,,'cup' aku mencium bibirnya dan guess what,, dia terus membuka mata. "awak nakal eh" ujarnya sambil mengoyangkan jari telunjuknya. "tolong saya kejap" ujarku sambil berpusing membelakanginya. Dia yang tidak faham maksudku terus bangun dan memelukku dari belakang. "tolong mandikan awak eh..boleh jom"
"ish..yang awak gatal sangat ni kenapaa.." ujarku geram sambil menggigit manja jari telunjuknya.
"habis tu..tolong ap" soalnya bingung.
"ni haa..tolong buka zip..tak sampai nak buka"
tanganku terkapai-kapai mahu mencapai zip di belakang bajuku.
"ouh jom-jom kita buka dalam bilik air ye.." langsung badanku dicempung ke dalam bilik air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience