BAB 1

Drama Series 5827

"mak su" terdengar suara kecil memanggil ku. Aku tersenyum lebar, "macam mana sekolah, ok?"
soalku kepada sikecil Akim,anak sedara ku yang baru berumur 5 tahun. "ok,hari ni kan mak su,Akim seronok sangat..sebab Akim dapat kawan baru" jawabnya riang. "oh ia? siapa nama nya" soalku bersahaja..seronok betul melayan karenah si kecil..tambah-tambah yang banyak celoteh aku lagi suka menyakat. "Nama dia Ecah, Akim suka sangat kawan dengan Ecah sebab Ecah bagi Akim pinjam pensil tadi sebab Akim tertinggal bekas pensel". ujarnya panjang.
"mak su,ibu kerja ke?" soal Akim "haa aa,ibu kerja,kejap lagi ibu balik ye sayang" jelasku sambil berjalan ke arah lif di bawah kuarters tersebut. " Ibunya,merangkap kakak iparku merupakan seorang jururawat manakala abangku, seorang tentera. Oleh kerana ibu bapa Akim orang bekerja, sikecil itu perlu dihantar ke taska yang berada di bawah kuarters 6 tingkat tersebut.Mereka meminta aku untuk menjaga Akim memandangkan aku baru lepasan SPM dan tidak buat apa-apa di rumah. Kerja aku mudah, hantar dan ambil Hakim di taska. Pintu lif terkuak dan kami berdua selamat masuk kedalam perut lif..hampir pintu tertutup aku ternampak kelibat lelaki dengan kanak-kanak perempuan mahu memasuki lif. Cepat-cepat aku menekan tombol 'buka pintu'. Nasib sempat " thanks" ujar lelaki tersebut. Aku cuma berbalas senyum.
"Hi ecah" suara Akim si kecil mematikan suasana sunyi di dalam lif tersebut. "Hi Akim, rumah awak kat sini juga ke" soal kanak-kanak perempuan itu kepada Hakim "Haaa aaa,ibu kite kerja dekat dekat hospital sini" jawabnya sambil tangannya turut main peranan bergerak menunjuk ke pintu lif. "samalah dengan ibu kite" ucap Ecah gembira. 'ting'! pintu lif terkuak. "bye Ecah" Aku dan Akim berlalu sambil melambai- lambai tangan kepada Ecah.

Seperti biasa rutin pagi aku iaitu menghantar si kecil Akim ke taska. Awal- awal lagi aku sudah sediakan pakaian Akim,kalau aku dirumah,seusai solat subuh pasti aku sambung tidur balik. Sejak tanggungjawab ini diletakkan di atas bahuku, aku terpaksa mengubah hobi ku yg satu itu. Setelah selamat sikecil Akim melangkah ke dalam taska, baru aku rasa selamat untuk melangkah kaki untuk pulang.

Pada waktu tngah harinya aku turun sedikit awal dari biasanya. Memandangkan hanya ada seketul meja batu di kawasan itu, aku jadikan meja itu 'port' untuk aku melepak sambil menunggu si Hakim. Aku menyambung pembacaan novel ku yang tertangguh semalam. "cinta pertama ! mesti cik suka berangan kan " tiba-tiba aku dikejutkan dengan 1 suara, dan aku paling pantang pembacaan aku terganggu dengan sesuatu. "boleh saya duduk" soalnya sambil tersenyum sumbing. Aku cuma mengangguk senyum dan sambung pembacaan aku yang tertangguh. "saya tak pernah nampak cik di sini. cik orang baru ke? " soalnya lagi. Aku menyimpang selendang ku yang terjatuh dari bahu dengan kasar, tanda protes. 1 minit, 2 minit keadaan sunyi. Aku tiba-tiba rasa tidak selesa. Terasa diri sedang diperhatikan.Aku mengangkat muka dan 'bingo' dia tengah senyum elok sambil memandang ke arah aku. "Betulkan saya cakap cik ni suka berangan, senyum sorang-sorang"
Ya, malu yang teramat. Aku menutup novel dan belek telefon pintar. Tak keruan aku jadinya. "Soalan saya langsung tak dijawab. cik sombong atau cik memang bisu" Nampaknya dia tidak mudah putus asa. "Tak salah kalau seorang perempuan bersikap sombong" ucapku perlahan sambil tersenyum. "ya, ada betulnya saya sokong cik, tapi sikap itu perlu bertempat dan saya cuma nak kenal ....." belum habis dia bercakap aku sudah memintas "ha aa, macam sekarang. Ibu saya pesan jangan terlalu ramah dengan orang asing" aku bingkas bangun apabila terdengar pintu grill taska di sebelah ditolak. Aku menanti di kawasan menunggu dengan sabar. Terasa bahuku ditepuk perlahan dengan sesuatu yang keras. "cik tertinggal cinta pertama cik" dia menghulurkan novel ku yang tertinggal. "tq" tak betah aku untuk berkata panjang.

Malam itu tekak aku terkinjal kinjal mahu makan spaghetti carbonara. Mahu masak barang pulak tak ada. Nasib aku malang pizza hut berdekatan tidak boleh 'delivery' kerana line tak berapa elok. Memandangkan baru jam 8.30 aku membuat keputusan untuk mendapatkan carbonara jugak malam itu. Malas mahu mengajak abang dan kakak iparku mereka pasti penat kerana baru pulang kerja. Sampai sahaja di 'port' kereta aku terasa diriku diekori. Aku berhentikan langkah dan pusing belakang. Sunyi...! tiada sesiapa. Cepat-cepat aku melajukan langkah menuju ke kereta abangku. Tiba-tiba tanganku direntap dari belakang dan barang di tangan ku ditarik. Adegan tarik menarik bermula sambil aku menjerit meminta tolong, namun apakan daya khudrat dia lebih kuat. Dengan hanya sekali tarik aku terjatuh melutut. Aku amat terkejut dan takut, kejadian itu terlalu pantas. Tak aku duga, rupanya suaraku didengari oleh dua orang lelaki yang kebetulan lalu disitu. Dua lelaki itu mengejar peragut tersebut mujur sempat tangkap. setelah digertak untuk melaporkan perkara Ini dengan pihak polis,,terus pucat mukanya "ssssaa saya....mintak maaf bang jj..jangan report polis bang..saya jannji takkan masuk lagi kawasan sini" ujar peragut tersebut. setelah membuat pertimbangan aku melepaskan dia. Bukan mahu menunjuk diri aku baik. Tapi aku tak nak panjang cerita memandangkan barang aku sudah selamat berada di tangan lelaki yang telah selamatkan aku tadi. "cik ok?" soal salah seorang dari mereka. "ok" jawabku perlahan sambil mengelap sisa air mata
"ni barang-barang cik" terketar-ketar tanganku menyambut huluran rakanya. "cik seorang sahaja ke? " sambil mata meliar melihat sekeliling. "bahaya cik keluar seorang diri, kawasan sini sunyi sikit malam-malam." ujarnya lembut. "tak pe lah kalau cik tak nak jawab,,mungkin cik masih terkejut,, mari kami hantarkan cik kerumah" ujarnya lagi. Aku tersenyum nipis tanda setuju. Mereka menghantar ku sampai depan rumah. Bila Izat,abangku tahu tentang perkara ini, parah telinga ku mendengar bebelannya. Abangku berterima kasih kepada mereka berdua kerana telah membantu ku. Sejak hari itu aku ditegah untuk keluar seorang diri di waktu malam. Atau dalam erti kata sebenar tiada lagi keluar di waktu malam..

"Assalamualaikum" sapaku kepada hamba Allah itu. Aku beranikan diriku untuk menyapanya apabila ternampak dia keluar dari kereta di bawah kuarters. Dia kelihatan terkejut dan menjawab salamku diiringi dengan senyuman. Manis ! "cik dah ok?" soalnya. "ya..erm.. terima kasih sebab awak erm..encik dah tolong saya malam tu.." ujarku sedikit gugup. Dia hanya ketawa kecil "tak ada apalah,, kalau sesiapa pun ada di tempat saya, saya yakin dia akan buat benda yang sama..oh,ya ! janganlah berencik dengan saya, rasa macam formal pulak,,panggil saya Adam je." Aku mengangguk kecil
"saya Iman.. erm sekali lagi saya nak ucap terima kasih kepada awak dengan kawan awak yang sorang lagi tu" ujarku ikhlas. "ya sama-sama, kebetulan saya dan Ikram lalu di situ baru balik dari jogging" aku hanya mengangguk tanda mengerti. situasi menjadi janggal. otakku menjadi beku tidak tahu apa lagi mahu diucapkan kepadanya sedangkan sebelum turun tadi telah ku atur satu persatu ucapan khas untuknya. "Awak tunggu Akim ka?" soalnya sambil kakinya melangkah ke meja batu yang berada berhampiran taska. "Haa aa,," balasku pendek sambil melabuhkan punggung di atas kerusi bertentangan dengan Adam. "Boleh saya tanya?" aku mengangguk. "awak orang baru kat sini? " aku tergelak kecil. soalan ini yang diutarakannya tempoh hari masih belum terjawab. "saya duduk rumah kakak ipar saya di sini, jaga Akim. Akim tu anak buah saya, lepasan SPM kan..cari kerja tak dapat-dapat. Alih-alih saya duduk la sini." panjang lebar aku bercerita. Lain yang ditanya lain yang dijawab. "awak peramah rupanya " ujar Adam sambil tersengih.
"excuse me?" soalku hairan. "iyalah, haritu kan saya pernah tegur awak. Tapi awak tak layan, hari ni baru saya tahu awak ni seorang yang ringan mulut." aku cuma mengangguk tanda mengiakan kata-katanya. "atau awak hanya akan bercakap dengan orang yang berbuat baik pada awak?" tambahnya lagi sambil mengecilkan matanya. Pecah gelak aku apabila terdengar kata-katanya. "Ada betulnya, iya lah tak kan la saya nak bersikap terbuka dengan orang yang saya sendiri tak kenal. Entah baik, entah jahat. saya tak tahu " ujarku sambil mengangkat kedua dua bahuku.

Mungkin benar setiap apa yang berlaku pasti ada asbabnya. Sejak kejadian malam itu, aku dan adam makin rapat. Pantang terjumpa, pasti ada saja benda yang mahu diborak. Aku rasa selesa bila dengan dia. Mungkin dengan sikapnya yang ramah, membuatkan aku tidak bosan apabila denganya. Sebulan aku dikuarters kakak iparku, hari-hari menjadi indah bila mahu
menghantar dan mengambil Akim. Adam juga telah perkenalkan aku dengan keluarganya. Aku amat senang dengan kakak dan ibunya. Kadang-kadang kakaknya,Aina menjemputku kerumah di tingkat atas kuarters rumah kakak iparku apabila mengetahui aku juga kaki novel sama sepertinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience