BAB16

Drama Series 5827

Cuti sakit Adam sudah tamat. Dia sudah boleh mula bekerja, mereka menetapkannya di dalam pejabat. Menguruskan hal keluar masuk besi,, tidak lagi membuat urusan welding besi. Tambahan pula ingatannya belum pulih sepenuhnya.

Aku mula nampak perubahan padanya, kembali ceria..namun dia hanya ceria apabila bersama dengan rakan kerjanya. Dia sudah jarang berada di rumah, masuk kerja pukul 8 pagi.. Dia juga sudah jarang makan malam bersama ku. Pukul 10 malam baru balik, itu pun mandi dan terus tidur. Kalau pulang awal dia akan keluar pulak..dalam erti kata sebenar caranya seperti hidup bujang. Aku sudah cuba berusaha untuk membantunya untuk kembalikan ingatannya ..namun dia sedikitpun tidak berusaha untuk mengingati. Dia tidak pernah berkasar dengan ku cuma caranya yang langsung tidak mempedulikan aku sebagai isterinya sedikit sebanyak telah menguriskan hatiku.

Aku terlalu bosan berada di rumah melayan perasaan..sedih..kerap sekali air jernih ini jatuh kerana Adam..adakah takdir telah menentukan hidupku begini. Tidak ada rasa sedikitpun bahagia di saat ini, namun aku tersedar bahawa 'dia' hanya akan memberikan ujian kepada hambanya yang kuat..cepat-cepat aku beristighfar.. aku perlu keluar,,!

Aku berjalan-jalan di mall untuk mencuci mata sambil melepaskan stress..perutku yang sudah berusia 5 bulan namun tidak kelihatan terlalu menggunung.
aku melihat bahagian baju bayi..'comelnya,,,.. Ibu belikan sayang baju banyak-banyak tau' ujarku sambil memegang perutku.

"Iman.....heyyy"
bahuku ditepuk perlahan.

"eh Fairuz" terkejut dengan kehadirannya aku terus memeluknya..

"kau sihat ke,,wey makin berisi"
soalnya sambil memandang ku dari atas sampai ke bawah..

Fairuz adalah kawan masa universiti dan dia adalah 1 team praktikal dengan ku suatu masa dulu.. Sekarang dia dah menjadi orang berjaya.. dah ada butik sendiri,, orang yang pergi ke butiknya bukan calang-calang orang tau.. set-set anak dato,, malahan baju perkahwinan Aeril zafril dan wawa zainal turut membuat tempahan dengan butiknya.

Aku mengambil tangannya dan membawa ke perutku. "5 month" ujarku sambil menjongket keningku sebelah. Dia terkejut sambil membuka luas mulutnya "alhamdulillah,,wey bapak arhhhh..aku jadi aunty la tak lama lagi" ujarnya keriangan. Setelah membuat pembayaran kami melangkah keluar.

"kau sorang jer ke.." ujarnya sambil mata meliar sekeliling.
"haa aa sorang jer kenape"

"kalau sorang boleh la aku belanja kau makan..jom" ujarnya sambil menarik perlahan tangan ku.. Meletus ketawa ku mendengar alasannya. .

Dengan Fairuz aku meluahkan segalanya yang tertanggung di dalam dada. Dia hanya menggeleng mendengar ceritaku..
"thas why aku tak kahwin sampai sekarang"
ujarnya.. cuba untuk mengubah topik.

"Apa kata kalau kau datang butik aku..part time ke..suka hati kau lah..asalkan kau tak terperap dalam rumah tu.." aku tersenyum terdengar pelawaannya..

"serious laaa" aku mula teruja dengan tawarannya..
dia mengangguk..

"aku bincang dengan suami aku dulu ehhh"

..

.

Malam ini aku perlu membuat perhitungan dengannya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience