BAB15

Drama Series 5827

Aku keluar dari bilik mandi yang berada di dalam ruangan tidur. Mataku meliar memerhati sekeliling mencari suamiku. Malam itu aku hanya mengenakan baju tidur kain satin merah terang yang dibeli oleh Adam,,aku mengepit rambutku yang panjang itu tinggi. Lalu aku turun ke bawah, dia sedang menonton tv..aku mendekatinya..aku ketawa kecil..'tv yang tengok dia' aku menampar perlahan lengannya. "abang,,,bangun,,mandi"
dia membuka mata perlahan-lahan. "bangun la..abang mandi dulu eh,,Iman masak kejap nanti kita makan sekali" tanpa banyak bicara, dia bangun memanjat tangga. Aku mengikutnya dari belakang, smpai di bilik,aku sediakan pakaian nya. Dia hanya memerhati tindak-tandukku dan berlalu ke dalam bilik mandi.

Semasa makan pula suasana sunyi. Tidak seperti sebelumnya,,riuh dengan suaranya..air mataku bertakung..rindunya aku dengan Adam..

"sayang!! abang sakit tangan ni,, tolong suapkan "
rengek Adam manja..

"Tu haaa nak ayam..suapkan abang,,baru boleh jadi isteri mithali.."

"sayang dah masak,,sayang dah suapkan untuk abang..now biar abang yang cuci pinggan ye.."

Dia pernah masak nasi namun nasi menjadi bubur..sudahnya aku mengolah bubur itu menjadi bubur ayam. Sejak itu dia kerap meminta aku masakkannya bubur nasi..

"kenapa kau senyum sorang-sorang"
suara garau itu mematikan lamunan aku.
Aku menyeka air mata,,
"tak de apa-apa" aku kaburinya dengan senyuman palsu.

"sapa nama kau" aku tidak terkejut dengan soalan itu,,namanya sendiri pun dia tidak ingat apatah lagi aku..aku mengeluh kecil dan senyum..
"Nur Iman binti Johari"
dia hanya mengangguk.
"aku panggil kau Iman la eh" aku hanya mengiakan dengan mengangguk.

Setelah habis makan,,dia mengambil pinggan dan berlalu ke sinki.
"tinggalkan je di sinki..kejap lagi saya basuh"

"takpe..aku boleh basuh" ujarnya tanpa perasaan.
aku hanya memerhati dari jauh.

...

Dia menonton tv di sofa.. aku melabuhkan punggung di sebelahnya..
"abang tengok cerita apa tu"
sambil menyandarkan kepalaku dibahunya.
Dia hanya mengeraskan diri,,
"ntah" jawabnya pendek.

"aku ada benda sikit nak tanya kau ni"
dia bercakap tanpa sedikitpun memandangku.

"apadia..tanya lah" aku hanya menanti dengan sabar.

"kita kahwen atas dasar apa eh..maksud aku..
atas dasar family ka apa" soalnya sambil berpusing menghadap aku.

aku hanya mengikut rentaknya.

"tak..bukan atas dasar family.."
dia terdiam.."kita suka sama suka" aku menanti reaksi nya dengan sabar.

"seriously" ujarnya dengan riak terkejut.
Aku mengangguk. "macam mana kita kenal arh"

"abang nak tahu ke?"
dia mengangguk lagi..
aku bangun dan menuju ke kabinet di bawah tv. Di situ ada 2 album. Pada kulit album itu ada tulisan yang tertulis
' A&I wedding'
'A&I vacations'

aku meletakkan album itu diatas meja dan melabuhkan punggung ke lantai di sisinya.
"apa maksud A&I" soalnya bingung..
"Adam & Iman" jawabku ceria.
Aku membuka satu persatu..dia melihat dirinya di dalam gambar tersebut terlalu gembira. Dia menatap satu gambar..'Adam sedang memegang cincin di atas katil hospital dalam keadaan tangan berbalut.
"Kenapa tangan saya berbalut waktu tu..saya pernah kemalangan ke sebelum ni?" soalnya lagi sambil membelek tangannya yang mempunyai parut jahitan yang kian tenggelam kedalam kulitnya.

"awak terkena pisau semasa potong besi di tempat kerja awak." ujarku sambil menggosok perlahan tempat lukanya yang lama itu.
"sebab luka ni laaa..awak boleh pujuk saya tau"
ujarku lagi. Dia mengerutkan dahi,,
"awak berkomplot dengan Ikram..kononnya awak kemalangan teruk,,sampai tengkuk awak kena pasang korset,,kaki tangan awak berbalut.. saya tengok keadaan awak masatu saya sedih..saya takut..takut sangat
,,saya takut hilang awak,,tanpa saya sedar..saya confess perasaan saya pada awak dan awak terus ajak saya kahwen....." aku hanya menatap gambar diatas meja..Aku menyeka air jernih yang jatuh ke pipi. "Tapi..bila pagi tu..saya nampak awak terkaku atas katil..saya haraaaaap sangat..ni semua tipu..saya hampir tidak boleh
terima kenyataan bahawa Allah telah menarik ingatan suami saya...tapi... takpe..saya akan tolong suami saya untuk dapatkan balik ingatan dia.." aku mengangkat muka mahu berpaling ke arahnya. Kedudukan muka kami terlalu dekat..dia hanya memerhatiku,,aku tersenyum lalu mendekatkan wajahku dengan wajahnya dan melagakan hidung kami berdua. Drastik dia menegakkan badannya. Dia memegang kepalanya sambil memejam mata rapat seolah -olah sedang menahan sakit.,, "abang...."
"abang ok tak" 'ya Allah kenapa ni'
"dah la..aku nak berehat" ujarnya lalu cuba untuk berdiri..aku memapahnya naik ke bilik.

Malam itu dia tidur membelakangi aku.. aku hanya membiarkannya..'aku tak boleh pentingkan diri sendiri,,dia masih cuba untuk mengenali diriku dan kehidupannya. Aku akan membantunya semampu aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience