BAB 4- HARI PENYESALAN

Romance Series 14528

Syafi terus pergi mendapatkan ibunya di bilik hospital. Namun, Sebaik saja tiba di pintu bilik, dia di sapa dengan pemandangan yang cukup menyedihkan. Selimut putih telah menutupi keseluruhan tubuh ibunya yang menandakan ibunya kini telah tiada. Syafi terduduk di sisi katil ibunya. Dia menangis semahu mahunya. Ibu yang paling dia sayang telah pergi meninggalkannya buat selamanya.

Fiqa yang berada di sisi Syafi turut menangis sambil menenangkan Syafi. Sungguh dia simpati dengan Syafi. Hari ini adalah hari yang malang buat syafi. Tidak cukup dia di caci maki oleh Naufal, sekarang dia kena berhadapan dengan ujian yang berat. Kehilangan orang tersayang.

Syafi hanya merenung kubur ibunya. Air mata yang mengalir di pipinya sudah kering. Ibunya telah selamat di kebumikan dan sekarang semua orang beransur pulang setelah selesai bacaan Yasin. Syafi bagaikan mayat hidup yang tidak berbuat apa-apa.

"Syafidatul, marilah kita pulang. Kau tak boleh lah terua bersedih macam ni. Mesti ibu kau nanti tak suka". Kata Fiqa.

" Aku dah hilang semuanya. Segalanya. Perlukah aku hidup lagi?". Soal Syafi

"Ya Allah Syafi. Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, hidup mati tu di tangan Allah. Segala apa yang jadi ni dah di tentukan Allah". Geram pula Fiqa dengan Syafi.
" Aku dah hilang semuanya. Aku dah tak ada sesiapa di dunia ni lagi". Balas Syafi.

"Habis tu aku ni apa? aku ni tak ada apa-apa makna dekat kau ke? Aku akan selu dengan kau Syafi. Tolonglah jangan macam ni. Fikirkan tentang mak kau yang nakkan kau bahagia". kata Fiqa.

Sekali lagi Fiqa cuba menarik tangan Syafi. Bagaikan patung, Syafi hanya mengikut langkah Fiqa.

Firdhan yang sedang meneliti bukunya terhenti apabila terdengar sesuatu. Dan apa yang telah dia dengar buatkan dia terkejut.
" Aku baru balik dari kubur arwah mak Syafi. Tu pun Fiqa yang bagitau".

"Kesian Syafi. Dia dah tak ada sesiapa lagi di sini. Aku simpati dengan Syafi".

" Moga dipermudahkan segalanya buat Syafi".

Firdhan yang turut terdengar perbualan mereka mula rasa bersalah yang amat sangat. Mana tidaknya, Ianya berlaku selepas dia berkata begitu terhadap Syafi.
Naufal membuat keputusan untuk pergi melawat Syafi 2 hari selepas kerjanya selesai.

Buat pertama kali, Hari ini menjadi hari yang membuat Firdhan menyesal dengan kata-kata seumur hidupnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience