Bab 9- NIYAZ FAIQ

Romance Series 14528

Masa berganti masa, hari berganti hari, Sudah hampir dua minggu Syafi memulakan kerjanya di Cafe itu. Syafi bekerja di cafe itu sementara menunggu panggilan. Dia memohon untuk mengajar di kolej. Sepanjang di situ, Syafi banyak belajar.

Alhamdullilah, kesemua rakan sekerjanya baik dan selalu bekerjasama dengannya. Dia bersyukur dengan semua ini.

Firdhan akan memerhati Syafi yang kusyuk dengan kerjanya di bahagiannya. Dia bingung dengan diri sendiri, sebelum Syafi berada di depannya, dia tekad untuk memohon maaf kepada Syafi. Namun, kenapa setelah Syafi kini berada dekat dengannya dia pula yang teragak agak? dia mengakui yang dia takut hadapi realiti..
Seorang jejaka memasuki cafe itu. Secara automatik, semua pekerja termasuk Syafi melihat ke arah pintu. Pengurus yang mengenali jejaka itu langsung melayannya.

"Tuan Niyaz, bila tuan balik Malaysia?". Soalnya dengan hormat.

"Tak payah panggil tuanlah, awak buatkan saya ni nampak tua dengan panggilan tuan² tu semua. Panggil Niyaz je lah ya?". Balas Niyaz.

Niyaz Faiq, adik tiri kepada Firdhan yang popular seperti Firdhan sendiri. Ayah Firdhan mengahwini Ibu Niyaz ketika umur Niyaz 17 dan umur Firdhan 19. Niyaz dan Firdhan tidak serapat yang di fikirkan, namun mereka masih bertegur sapa walaupun bukan selalu.

Niyaz melanjutkan pelajaran di Perth selama 5 tahun, dan hari ini, dia kembali ke Malaysia.
Sedang Niyaz melihat suasana cafe sambil duduk di salah sebuah kerusi, matanya terlihat Syafi yang berada di kaunter. Apa yang peliknya, Mata Niyaz hanya melihat Syafi yang sentiasa senyum melayan setiap pelanggan yang datang.

Loceng berbunyi menandakan ada orang masuk, ia menarik perhatian Syafi untuk melihatnya. Syafi terkedu dengan kedatangan Firdhan.
Berkemeja putih, lengan di lipat hingga siku, membuatkan Firdhan kelihatan segak. Namun, cepat² Syafi membuang perasaan itu. Dia tidak mahu terluka lagi. Jadi sebelum itu, baik dia mengelak dulu.

"Niyaz Faiq".
Niyaz menoleh ke belakang . Senyumannya lebar melihat Firdhan sudah muncul. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan Firdhan.

"Assalamualaikum Abang Firdhan, apa khabar?".
" Waalaikumsalam, Abang ok, alhamdullillah. Bila Niyaz sampai ni? kenapa tak bagitau? ni ayah tau tak Niyaz dah ada kat sini?".
"Niyaz nak surprisekan ayah dengan Abang. Yelah, lama tak jumpa kan. Niyaz baru je sampai dari airport. Tu yang terus nak jumpa abang kat cafe Abang ni".

Kini, Niyaz Faiq sudah datang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience