BAB 2-MELUAHKAN

Romance Series 14528

Masih terngiang-ngiang kata Fiqa di minda Syafi. Bukan semudah itu dia akan meluahkan perasaanya terhadap Firdhan.. Walaupun dia tahu risikonya, dalam masa yang sama dia ingin meluahkannya.

"Syafi sayang..". Panggil Ibu syafi.
" Eeh, mak. Kenapa masak?mak tu kan tak sihat. tak boleh buat kerja sangat". Balas syafi apabila melihat ibunya datang dengan dulang yang berisi makanan dan air.
"Setakat masak untuk kamu ni, mana ada kerja berat. Makanlah ya". Balas ibunya.

Syafi tersenyum memandang ibunya. Sungguh, dia amat sayang kepada ibunya. Dialah anak tunggal dalam keluarga. Ayahnya sudah lama meninggal. Syafi hnya dapat menampung ibunya dengan kerja separuh masanya. Dia hanya ingin ibunya sendiri melihat kejayaannya nanti.

Syafi meletakkan kotak susu di meja Firdhan. Firdhan yang baru sampai melihatnya. Firdhan berdehem. Lantas Syafi menoleh dan tersenyum lebar. Firdhan menggeleng kepalanya.
" Apa ni? kotak susu?". Soal Firdhan. Syafi mengangguk
"Dah berapa kali aku cakap. Stop ganggu aku. Apa yang kau tak faham ni?". Gertak Firdhan.

Syafi yang sudah biasa digertak Firdhan hanya tersenyum. Firdhan makin pelik dengan Syafi. Dah bnyak kali dihalau, Siap dihina lagi, tapi tak serik juga mengacaunya.
" Erm, Firdhan. Boleh tak..". Kata Syafi. "Tak boleh". Jawab Firdhan pantas. " Bagilah saya habis cakap dulu..Awak ni..". Syafi membuat muka cemberutnya.
Firdhan yang masih cuba menahan marahnya hanya melihat Syafi. "Cakap cepat". Arah Firdhan.
Kebetulan, pada masa itu, Fiqa baru hendak masuk ke kelas.
" Akhirnya, Dia luahkan juga dengan Firdhan tu". Bisik hati Fiqa.
"Saya..Saya..". Syafi tergagap. Dia kena lakukan sekarang..
" Saya apa?cakap je lah". Marah Firdhan.
"Saya cintakan awak Firdhan Hafizh. Dari awal saya masuk sni, Saya dah jatuh cinta dengan awak. Itulah dia". Ya! akhirnya dia sudah melepaskan apa yang terpendam di hatinya. Dia sudah melakukannya.

Firdhan Cuba mentafsirkan kata2 Syafi. Apabila dia sudah faham, dia ketawa besar. Syafi bingung dengan reaksi Firdhan. Apa maksudnya? Fiqa yang memerhati mulai faham artinya. Dia mulai rasa tak sedap hati. Firdhan memandang Syafi dengan tajam.
" Hei perempuan murahan, berhenti suka kat akulah. Dengan rupa yang macam sampah ni, kau rasa kau layak dengan aku? hei, sedar diri tu. And you know what, aku harap sesiapa yang kau paling sayang, mak kau tu.. harap2 dia cepat mati. Biar kau dah tak ganggu aku lagi". Balas Firdhan dengan senyuman mengejeknya.

Syafi terus menampar pipi Firdhan dengan sekuat hatinya. Air mata mula membasahi pipi Syafi. Sungguh dia tidak menyangka begini jawapan Firdhan. Firdhan sudah melampaui batas. perit hatinya bila Firdhan sanggup berkata begitu. Firdhan menyentuh pipinya. Fiqa pula terkejut melihat Kejadian di depannya..

Sungguh Syafi kecewa dengan Firdhan ..

"Kalau awak tak suka saya sekalipun, sanggup awak cakap begitu tentang mak saya, Firdhan? Saya sedar siapa saya. Saya masih boleh terima awak nak caci maki saya. Tapi, Dengan mengharap mak saya mati cepat, Awak dah melampaui batas, Firdhan". Jawab Syafi dengan nada yang sangat marah.

Giliran Firdhan pula yang terdiam. Yang paling buat Firdhan terkedu, mata yang dulu memandangnya dengan gembira..kini mata itulah yang sedang melihatnya dengan kebencian..

" Mulai pada saat ini, saya dah tak kenal siapa itu Firdhan Hafizh. Dia dah tak wujud bagi saya". Kata Syafi dengan rasa benci lalu beredar keluar dari kelas itu..

Fiqa terus pergi mengekori Syafi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience