BAB 12- KEBENARAN YANG TERUNGKAI

Romance Series 14528

Sedar tak sedar, esok adalah hari Syafi akan menjadi isteri Niyaz. Fika masuk ke bilik hanya untuk melihat Syafi termenung sendiri.

"Syafi, kau ok tak ni? patutnya orang nak kahwin ni ceria, excited. Tapi aku tengok kau ni macan nak tak nak je kahwin. Kau ok tak?".

Syafi mengangguk perlahan.

" Aku keliru dengan perasaan sendiri. Aku cuba gembirakan hati aku dengan persiapan ni semua tapi aku tak dapat". Luah Syafi.

"Kau masih tak dapat lupakan Firdhan? ke kau sebenarnya masih lagi ada perasaan tu dekat Firdhan sampaikan kau macam tak tenang nak buat semuanya?".

Syafi mengangkat kepalanya memandang Fika. Dia terdiam.Terkedu. Dia tidak tahu apa jawapan yang dia harus berikan.
Melihatkan Syafi yang hanya berdiam tak berkata apa², Fika mengeluh sendiri. Perlahan lahan dia duduk di sebelah Syafi.

"Syafi, ni keputusan kau. Kau yang tentukan semua ni. Yang selebihnya kau serah pada Allah, insyaallah segalanya akan di permudahkan untuk kau. Aku tak nak kau rasa terpaksa nak kahwin dengan Niyaz ni sebab dia akan jadi suami kau tau. Terikatnya sebuah ikatan, bukan ke ianya perlukan cinta dari kedua dua pihak untuk jadikannya kuat?".

Syafi hanya menundukkan kepala mendengar Fika ' berceramah" di sebelahnya. Dia tahu semua yang Fika cakap adalah untuk kebaikkannya juga.

"Yakini hati kau sebelum berbuat sesuatu. Perkahwinan bukannya satu permainan. Kalau kau rasa kau tak mampu cinta kn Niyaz, jangan bagi harapan. Elakkan lh semua tu terjadi selagi kau ada masa. Aku akan selalu sokong kau Syafi".

Mendengarkan kata² itu, Syafi terus memeluk Fika. Dia bersyukur kepada Allah kerana di kurniakan kawan seperti Fika. Insyaallah, Fika akan mendapat balasan yang setimpal dengan sikapnya..

"Abang Fir, Abang kat bilik ke? Niyaz ada nak cakap ni". Panggil Niyaz namun, sunyi sepi.
"Mungkin dia tak ada kot". Bisiknya sendiri..

Niyaz masuk ke bilik Firdhan. Dia berjalan melihat kesuluruhan bilik itu. Dia belum pernah masuk ke bilik Firdhan selama ini. Sedang dia melihat lihat bilik itu, dia terlihat satu kotak yang menarik perhatiannya. Dengan rasa ingin tahu, dia membuka kotak itu. Wajah Niyaz tiba² berubah menjadi pucat. Segala pemberian Syafi terhadap Firdhan berada dalam kotak itu. Nama si pemberi jelas tertera nama Syafidatul Aisyah.

Niyaz menjadi takut dengan kebenaran yang akan dia ketahui.

Diari milik Firdhan segera di ambillnya. Setiap muka surat di bacanya. Dia ingin tahu adakah Syafidatul Aisyah yang Firdhan cintai sama dengan orang yang dia fikirkan. Semakin dia tahu, hatinya seakan di tusuk dengan pisau. Pedih hatinya.
Air mata yang dia tahan akhirnya menitis di pipinya. Paling menyakitkan apabila Syafidatul yang di maksudkan adalah Syafidatul Aisyah yang akan dia kahwini esok.

Dia bagai tidak percaya dengan semua ini...

Firdhan yang baru sampai di depan pintu terkejut melihat Niyaz yang sudah pun membaca diarinya. Terbeliak matanya. Niyaz sudah tahu segalannya..

"Niyaz". Panggil Firdhan.

Niyaz melihat Firdhan sudah berada di pintu. Perlahan dia berdiri.

"Niyaz, abang boleh jelaskan Niyaz. Biar abang jelaskan semuanya".
"Niyaz rasa tak perlu abang, semua barang dan diari abang dah jelaskan semuanya. Niyaz cuma nak minta maaf sebab buat abang terpaksa happy bila tahu Niyaz nak kahwin dengan Syafi. Maafkan Niyaz".

Niyaz berlalu meninggalkan Firdhan keseorangan di situ. Firdhan tidak tahu apa yang harus dia lalukan sekarang . Kebenaran yang selama ini dia simpan akhirnya terbongkar juga...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience