BAB 1- SUKA

Romance Series 14528

Syafidatul ataupun Nama pendeknya Syafi kusyuk memerhatikan seseorang.. Sehinggalah Seseorang menepuk bahunya tiba-tiba. "Oh mak kau jatuh".Kan dah melatah, Omel Syafi. Kawannya Fiqa hnya ketawa melihat Syafi.
" Tak reti nak bagi salam ke makcik?".Soal Syafi.
"Dah kau kusyuk sangat tngok si Firdhan tu, mcm mna nak nak jawab salam". Usik Fiqa. Syafi membuat muka menyampah.

" Syafi". Panggil Fiqa. Syafi mengalihkan pandangannya kepada Fiqa. "Sampai bila kau nak usyar si Firdhan tu mcm ni je? Kau tak bosan hari2 asyik duk sni, perhati apa yang dia buat. Tak bosan?". Soal Fiqa yg membuat Syafi terdiam. Fiqa mengenggam tangan Syafi.
" Syafi, aku cuma kesian tengok kau. Dri awal smpai akhir, kau hnya tngok dia. Kenapa kau tak luahkan dekat Firdhan tu?".
Zapp!!..Tersentap syafi mendengar ayat Fiqa itu. Bukan dia tak nak buat, cuma dia takut klau apa yg dia dapat hnyalah penolakan..
Firdhan Hafizh, seorang yang kacak dan tampan, Mempunyai banyak bakat, Anak Dato'. Dia memang berkebolehan. Syafi termenung sendiri. Siapalah dia ini jika ingin dibandingkan dengan Firdhan. Syafi sedar dia siapa. Dia tahu dia tidak cantik seperti perempuan lain di kolejnya. Bahkan, dia merasa yang Fiqa jauh lebih cantik dari syafi sendiri. Sebab itulah, dia hanya mampu pendam sendiri perasaanya.
"Syafidatul Aisyah, kau dengar tak ni?". Soal Fiqa bila melihat Syafi yang hanya termenung. Syafi serta merta tersedar.
" Ermm, Bukan tak nak luah, tapi kau pun tahu peminat Firdhan ni banyak. Cantik pula tu..Nak dibanding dengan aku ni. Memang tak layak langsung". Balas Syafi perlahan. Dia tunduk memandang lantai.
"Kau tak cuba pun lagi, macam mna kau tahu dia akan reject kau?". Fiqa merenung Syafi.
" Syafi, aku cadangkan kau cuba dulu. Belum cuba belum tahu. Manalah tahu, dia tu jodoh kau ke..kan?.". Fiqa cuba meyakinkan Syafi agar dia berani meluahkan perasannya. Syafi terlalu merendah diri. Syafi berdiam.
"Don't worry lah Syafi, If dia reject kau sekalipun, at least kau dah tau jawapan dia. And then, kau boleh buat keputusan sama ada kau still nak suka dia atau tidak. Aku akan selalu di sisi kau..Kalau betul kau suka Firdhan, Then go and confess to him". Setelah panjang lebar Fiqa memujuknya, Akhirnya Syafi telah membuat keputusan. Ya, Dia kena mencuba dulu. Kecewa atau tidak, itu cerita nanti..Kerana dia sukakan Firdhan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience