BAB 11 - TERHENTI DI SINI

Romance Series 14528

Matahari sudah mula terbit namun Firdhan masih tidak dapat tidur. Dia betul² terganggu dengan apa yang sedang berlaku sekarang.
Firdhan seperti hilang akal. Fikirannya tidak tentu arah.

Kini semua orang sudah tahu tentang lamaran Niyaz terhadap Syafi. Apa yang buat Firdhan terkedu, Syafi menerimanya.

Pada saat Syafi menerima lamaran Niyaz, saat itu juga lah hati Firdhan hancur berkecai. Sakit hatinya pada masa itu hanya Allah yang tahu. Kini dia tahu sakitnya melihat orang yang dicintai menerima lamaran orang lain.

Dan orang itu ialah adik tirinya sendiri..

Dia tahu yang dia tiada hak untuk menyalahkan takdir, kerana berubahnya hati Syafi adalah kerana dia. Kerana kesombongannya 4 tahun yang lalu.

Dia terpaksa ' bertopengkan' wajah tenangnya ketika melihat Syafi dengan Niyaz di butik pengantin..

Segala persiapan sedang di lakukan. Alhamdullilah, segalanya berjalan lancar buat Niyaz. Terasa seakan dia bermimpi sekarang.
Seminggu yang lalu ayahnya datang merisik Syafi. Hanya saudara mara Syafi yang menjadi wakil Syafi ketika di risik.

Kedua dua pihak setuju untuk melangsungkan terus perkahwinan kerana pada saat Niyaz dan Syafi setuju untuk hidup bersama, mereka sudah pun di kira bertunang. Bagi Syafi, itu pun sudah cukup.
Sekurang kurangnya mereka tidak perlu membazir duit untuk bab bertunang.

Apa yang membuatkan Syafi setuju dengan lamaran Niyaz?

Dia ada berbual dengan Fika tentang hal ini. Dari apa yang dia dapat dari perbualannya dengan Fika ialah dia patut memberi peluang kedua. Siapa tahu mungkin ada hikmah di sebaliknya?
Namun, jauh di sudut hatinya dia merasa seperti ada yang tidak kena. Perasaan yang tidak mampu dia jelaskan dengan kata².
Akan tetapi, demi menjaga perasaan Niyaz, dia buangkan perasaan itu..

Firdhan cuba sedaya upaya bertahan supaya dia kelihatan seperti biasa di cafe.

Semua pekerja tidak habis² mengucapkan tahniah terhadap Syafi.
Syafi menyambut kembali dengan senyuman lebar di wajahnya dan itu sudah cukup untuk menyakitkan lagi hati Firdhan yang terluka..

Membuatkan Firdhan berfikir, jika peluangnya memang betul² sudah tiada, dengan izin Allah dia redha dengan apa saja yang akan jadi .

Segalanya terhenti di sini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience