BAB 7- APAKAH TAKDIR KITA?

Romance Series 14528

Syafi dan Fiqa akhirnya makan tengahhari di restoran.
"Sekarang kau ckap dengan aku. Macam² alasan kau bagi dari tadi". Kata Fiqa.

Syafi hanya tersenyum melihat raut wajah Fiqa menahan geram.

"Aku cuma nak tenangkan diri. aku sambung belajar kat luar negara tu. Dengan duit yang arwah mak aku kumpul dulu". Balas Syafi.
"Tapi Syafi, kenpa kau hilang macam tu je? kau tau tak yang aku ni risau smpai tak tidur malam. Merata tempat aku ca ri kau".
"Maafkan aku sebab buat kau risau. Setelah apa yang berlaku dekat aku ni,aku cuma nak kan ketenangan. Lupakan semua memori pahit ni". Balas Syafi.

Fiqa memegang erat tangan Syafii. Sungguh dia merasa lega apabila dia dapat bertemu kembali dengan Syafi setelah sekian lama dia menghilang. Dia berharap, selepas ini, biarlah apa yang akan berlaku dalam hidup Syafi, semuanya yang baik² saja..Aamin.

Syafi memasuki kondiminium yang baru di belinya. Dia memang sudah dari awal membeli kondominium sejak dia di luar negara lagi. Dia berpuas hati dengan rumah barunya ini.

"Ya Allah, berikan aku kekuatan ya Allah..Untuk mulai hidup baru. Biarlah apa yang jadi pada masa lepas menjadi kisah silam Ku ya Allah..Aamin"..Bisik Syafi perlahan. Mulai besok, dia akan bekerja sebagai Manager Dan Barista di sebuah cafe yang menjadi tumpuan ramai.

Firdhan baru siap solat subuh. Sedang dia duduk di lantai sambil berzikir, dia terpandang sebuah kotak yang berada di atas laci. Dia berdiri perlahan lahan dan mengambil kotak itu. Firdhan merenung isi² di dalam kotak itu. Ianya adalah Surat, gelang dan sebuah keychain teddybear yang pernah di beri Syafi dulu. Bukan itu saja, ada lagi pemberian Syafi.

Setiap kali Syafi memberinya sesuatu, Firdhan sebenarnya tidak membuangnya, sebaliknya dia hanya meletakkan semuanya di dalam kotak ini. Dia pernah berniat ingin membuang kotak ini, namun siapa tahu pada akhirnya, Firdhan sendiri telah jatuh cinta pada orang yang memberinya semua ini.

Firdhan hanya mampu berdoa. Berdoa bahawa dia akan di pertemukan dengan Syafi semula walau apa pun yang terjadi. Ayah Firdhan iaitu Dato Mukhtar bersyukur dengan perubahan anaknya ini. Betapa dia mengharapkan yang Firdhan akan berubah, Dan akhirnya doanya termakbul. Firdhan kini mendengar kata. Alhamdullilah..

Matahari telah terbit, tanda untuk bangun. Syafi tersenyum puas. Masa untuk bersiap..
Syafi dengan pakaiannya yang cukup menutup aurat memasuki sebuah cafe. Tempat di mana dia akan bekerja dan mulakan hidup baru. Untuk hari ini, dia akan berjmpa dengan pemilik kepada cafe ini. Seorang pekerja membawanya berjumpa dengan pemilik cafe.

Sebaik saja dia melihat pemiliknya, dia seakan akan menjadi mayat hidup..

Namun, siapa tahu yang detik ini akan menjadi permulaan kisah² yang tak dapat di duga? Apakah sebenarnya takdir yang telah di tentukan untuk mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience