BAB 5- SYAFIDATUL AISYAH

Romance Series 14528

Kini, genap 4 tahun Syafi menghilang. Menghilang dari semua orang. Termasuk Fiqa. Pada malam Fiqa membawanya pulang, Syafi mengemas semua baju dan keperluannya. Buku bank yang telah ibunya simpan Syafi ambil. Dia ingin pergi jauh. Dari semuanya...

Firdhan yang dulunya ramah kini menjadi pendiam. Sungguh dia terkilan apabila dia mengetahui yang Syafi telah menghilang. Dia sangat menyesali segalanya. Ini berpunca dari dia.. Dari kata-katanya.Yang paling membuat dia menjadi hilang akal, Semuanya terjadi selepas dia berkata begitu dengan Syafi.
Dari saat dia tahu Syafi menghilang, Firdhan terus mencari Syafi. Semua tempat. Firdhan hanya berdiam dan menerima apabila Fiqa menyalahkannya. Ya! memang Ini salahnya. Dan, Dia yang kena perbetulkan segala kesilapan yang berpunca dari dia..

Syafi kini kembali ke Malaysia setelah menghilang selama 4 tahun. Kembalinya dia ke bumi Malaysia ini dengan harapan agar dia boleh melupakan segala kesakitannya. Dan kini, Dia sudah mula lupa akan jejaka bernama Firdhan hafizh.
Fiqa yang tidur terbangun dengan bunyi Dari telefonnya. Dengan payahnya dia mengangkat.

"Assalamualaikum, Cik Fiqa". Kedengaran suara.

Fiqa memeriksa nombor yang menelefonnya. Ni nombor baru. Macam mana dia namanya?..
"Amboi Fiqa, suara kawan sendiri pun dah tak cam ke?". Kara Syafi.

Fiqa yang mulai faham menjerit keriangan. Syafi hanya ketawa mendengar.

"Waalaikumsalam Syafi..Weh, kau dekat mana skarang ni?..bagitahulah aku". Desak Fiqa.

"Ambil aku di airport ni dulu. Balik nanti aku cerita dekat kau". Balas Syafi.

Tanpa membuang masa, Fiqa bergerak Ke airport...
Akhirnya, Syafidatul Aisyah dah kembali...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience