BAB 13 - TAKDIR YANG DI TUKAR

Romance Series 14528

Ramai yang sedang menghadiri majlis perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lagi di Masjid. Hanya menunggu masa.

Firdhan dan Dato Mukhtar cemas. Dari semalam Niyaz menghilang. Langsung tidak dapat di hubungi.
Syafi pula masih di persiapkan di biliknya sebelum di bawa ke Masjid. Fika mengenggam tangannya tanda memberi semangat.
Syafi hanya tersenyum kecil.

Syafi sudah sampai di Masjid bersama Fika. Yang lain sudah berada di dalam masjid.
Firdhan dan ayahnya juga sudah sampai.

"Apa kita nak buat ayah, Niyaz menghilang di sebabkan dia dapat tahu rahsia yang Fir simpan selama ni. Semuanya salah Fir".

Dato Mukhtar menyentuh bahu Firdhan perlahan.

'Fir, semua yang berlaku ada hikmahnya. Lambat laun semuanya tetap akan terbongkar. Mungkin ada sebab kenapa semuanya terbongkar sebelum sempat adik kamu dengan Syafi di nikah kan".

"Habis tu, apa kita nak buat ayah, semua sedara mara dari pihak kita dan pihak Syafi dah ada kat dalam masjid tu. Kalau semuanya berakhir dengan hilangnya pengantin lelaki, Syafi yang akan dapat malu ayah. Fir tak salahkan Niyaz, tapi Syafi..". kata² Firdhan terhenti di situ.

Dato Mukhtar terfikirkan sesuatu.

"Siapa kata yang akad nikah ni akan berakhir macam tu je? kita masih boleh teruskan".

Firdhan melihat ayahnya dengan penuh tanda tanya. Apa maksudnya?

"Ayah cakap apa ni? Firdhan tak faham".

Dato Mukhtar hanya tersenyum dan itu membuatkan Firdhan tertanya tanya.

Syafi yang bertemankan Fika di sebelahnya duduk bersimpul di tempatnya. Tiba² Fika berbisik di telinganya.

"Firdhan tiba² chat aku Syafi. Dia kata Niyaz menghilang kan diri".

Gugur jantung Syafi mendengar khabar itu. Apa yang sedang jadi sekarang? mengapa Niyaz tiba² menghilang?

"Jadi majlis ni akan di batalkan?". Soal Syafi.

"Tak, ianya tetap akan berlangsung. Lepas tu, Firdhan dah tak chat aku dah. Senyap je".

Syafi mulai panik. Siapa pula yang akan menjadi suaminya? siapa yang akan menggantikan tempat Niyaz sebagai pengantin lelaki di hari ini?

apa agaknya yang akan berlaku dengan hidupnya selepas ini? Syafi mulai gelisah memikirkannya.

"Pengantin lelaki masih belum sampai?". Tok Kadi sudah mula bertanya.

Sejurus itu, beberapa kelibat kini sedang memasuki Masjid. Kelihatan Dato Mukhtar paling depan.

"Pengantin lelaki dah sampai". Umum Dato Mukhtar.

Perhatian semua orang automatik beralih ke arah Dato Mukhtar. ' Pengantin lelaki' yang di maksudkan sedang berjalan ke arah Tok Kadi.

Sekali lagi Syafi mengalami kejutan yang sangat mengejutkan sehinggakan dia harus berpegang kuat pada Fika.
Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku.

'Pengantin lelaki' kini duduk di hadapan Tok kadi. Syafi tidak tahu apa yang harus dia rasakan sekarang. Perasannya tidak tentu arah.

Sedih? gembira? atau lega apabila akhirnya dia akan berkahwin tapi bukan dengan Niyaz? Sebaliknya dengan orang lain?
Dan jejaka yang akan menggantikan tempat Niyaz itu adalah 'Jejaka Yang Pernah Mematahkan Hatinya 4 Tahun Yang Lalu'?...

Tanpa di sedari, air mata menitis di pipi Syafi, namun tidak dia ketahui sama ada itu air mata kebahagiaan atau yang sebaliknya..

Air mata yang menitis di turuti dengan bisikan kecil di bibir Syafi..

" Firdhan Hafizh"....

Apakah takdir yang akan berlaku selepas ini?
Bagaimana takdir yang di tukar ini akan berjalan setelah semua ini? .....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience