BAB 3- AIR MATA

Romance Series 14528

Syafi bersembunyi di satu sudut. Dia langsung terduduk sambil bersandar di dinding. Melepaskan semua tangisannya. Betapa kecewanya dia dengan Naufal. Sehingga begitu sekali Naufal membencinya, sampai sanggup menghina ibunya. Syafi menggengam kuat tangannya. Sungguh perit dan sakit.

"Ya Allah, berikan aku kekuatan ya allah". Bisik hatinya.

Fiqa turut menangis di sebalik dinding mendengar tangisan Syafi. Dia rasa bersalah. Jika bukan dia yang menyuruh Syafi meluahkan perasaanya terhadap Naufal, pasti ini semua tidak akan terjadi. Pasti sahabatnya tidak akan terluka seperti sekarang.
Sementara itu di kelas, Naufal hanya berdiam diri. Dia cuba untuk tidak rasa bersalah dengan apa yang di lakukannya tadi. Namun, Dia tidak dapat lari dari rasa bersalahnya. Kejamkah dia kerana berkata begitu?...
Syafi bangkit lalu mengesat air matanya. Dia menuju ke sinki berhampiran lalu membasuh wajahnya. Matanya jadi merah akibat menangis. Dia berlalu pergi dari situ. Dia kena membuat alasan untuk kelas seterusnya. Fiqa hanya menurutinya dari belakang.
Syafi masuk ke kelas setelah berbincang dengan pensyarah.
Naufal melihat syafi. Syafi sedikit pun tidak menoleh ke arahnya seperti biasa. Fiqa duduk di sebelahnya.
" Syafi, aku minta maaf ya". Kata Fiqa.
Syafi hanya membalas dengan senyumannya.
Kelas berjalan seperti biasa, namun Syafi tidak sedap hati. Seperti ada yang akan berlaku.Hatinya rasa tidak tenang..Fiqa yang perasan akan perubahan Syafi menegurnya.
"Kenapa ni? muka tu macam lain semacam". Kata Fiqa.
" Aku tak tau. Aku rasa tak sedap hati". Balas syafi.
Fiqa memberi semangat kepada Syafi. Habis saja kelas, Syafi dan Fiqa yang baru hendak keluar dari kelas, dikejutkan dengan bunyi telefon Syafi. Syafi menjawabnya. Namun, Sebaik saja mendengarkan jawapan si pemanggil, Syafi jatuh terjelupuk di lantai.Telefon yang dibelikan ibunya jatuh ke lantai.
"Syafi, kenapa ni..Heii, kenapa ni?". Fiqa panik melihat Syafi yang sedang menangis teresak-esak.
" Mak aku Fiqa..mak aku..Mak aku tengah nazak. Dia di hospital, nyawanya dah tak lama..Ya Allah Fiqa". Jawab Syafi sambil menangis. Fiqa lantas membawa Syafi ke hospital.

Ya Allah, Janganlah di ambil ibuku selagi aku tidak menemuinya untuk kali terakhir...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience