BAB 15- DOA SEORANG SUAMI

Romance Series 14528

Sampai ke perkarangan rumah, Syafi masih duduk di dalam kereta biarpun Firdhan sudah membuka pintu. Perasaan berdebar Firdhan masih belum hilang. Jantungnya berdegup kencang berada dekat dengan Syafi.

"Syafi, jom keluar. Takkan nak duduk dalam kereta tu je? marilah masuk rumah ni". Ajak Firdhan.

"Kemana encik bawa saya sekarang ni? saya nak balik rumah saya" Syafi berkeras.

"Syafi suka atau tak, ni lah rumah syafi sekarang. Rumah kita. Kalau Syafi berdegil juga, saya kena paksa Syafi masuk rumah sekarang".

Syafi ketawa. Ketawa dengan sinisnya..

"Encik siapa nak paksa saya? mentang2 encik dah jadi suami saya, jangan fikir encik boleh arahkan saya sesuka hati wahai encik Firdhan Hafizh".

Firdhan terdiam dengan jawapan Syafi. Nampaknya ini akan menjadi salah satu cabaran terbesar sepanjang dia hidup dengan memikat hati Syafi. Banyakkan lah bersabar wahai hati...

Masa berlalu di rumah itu. Hanya kesepian menemani Syafi dan Firdhan. Sudah puas Firdhan cuba memanggil Syafi keluar untuk makan malam, namun apa yang dia dapat hanyalah jawapan kosong...

Firdhan sendiri tidak menyangka akan berlaku seperti ini. Sungguh dia tidak dapat menyangka takdir Tuhan. Dia sendiri buntu memikirkan tentang Niyaz..

Dimana Niyaz berada sekarang?. Firdhan masih dengan rasa bersalahnya terhadap Niyaz. Di sebabkan dia, impian Niyaz yang ingin menikahi Syafi bertukar kepada satu kejadian yang tidak di sangka sangka.

Syafi hanya merenung kosong ke luar biliknya. Syafi melihat cincin di jari manisnya yang di sarung oleh Firdhan. Dia harus dapatkan penjelasan di atas semua ini.

Kenapa Niyaz berbuat begini? Syafi berfikir adakah dia akan melalui kejadian yang pernah dia lalui empat tahun yang lalu? luka yang telah dia pendam selama ini, akankah luka
itu terbuka kembali?

Walau apapun yang terjadi, dia harus dapatkan kebenarannya..

"Aku kena telefon Fika sekarang". Bisik Syafi.

Namun, ketika tangannya baru ingin memegang telefon yang berada di sebelahnya, niatnya terhenti di sebabkan perutnya
yang sedang bernyanyi dengan kuat. Syafi menyentuh perutnya.
Baru dia ingat, ketika resepsi tadi, dia hanya makan sedikit kerana 'PENGANTIN LELAKI' yang tiba² tertukar ketika akad nikah.

Dengan perlahan lahan dia membuka pintu dan menjenguk ke luar. Ok Line clear. Dengan gaya seperti pengintip dia melihat kanan kirinya. Terjongkat jangkit kakinya melangkah turun dari tangga.

Perlahan lahan dia melihat ke arah ruang tamu. Nampaknya Ini green light baginya kerana Firdhan tiada di ruang tamu. Dia melangkah pula ke dapur untuk mencari makanan. Sampai di dapur, dia melihat makanan yang sudah tersedia di atas meja. Siap ada nota sekali .

"Nur Syafidatul Aisyah, tak kira awak marahkan saya sampai tak nak tengok muka saya ni, awak masih ada perut yang kna awak jaga. Awak makanlah. Saya dah masakkan. Jangan risau, saya tak ada letak racun pun. Sejahat jahat saya, saya tak bodoh nak bunuh isteri sendiri. Dan maafkan saya Syafi. Sya betul² ikhlas nakkan kemaafan dari awak".

Kata² yang di tulis Firdhan Syafi baca perlahan. Entah kenapa, Hati Syafi terasa sejuk dengan kata² itu.

Dengan rasa ingin tahu yang tiba² tentang Firdhan, Syafi berjalan perlahan lahan mencari kelibat Firdhan.
Akhirnya dia berhenti di depan bilik Firdhan yang bersebelahan biliknya.

Pintunya yang tidak tertutup rapat membuatkan Syafi tertanya tanya. Syafi melihat ke dalam melalui celah pintu yang tidak tertutup. Apa yang dia lihat dan dengar membuatkan dia tersentak dan terdiam.

Firdhan yang sedang berdoa selepas selesai solat tidak menyedari Syafi sedang melihatnya. Melihat Firdhan kusyuk berdoa membuatkan Syafi tersentak. Siapa sangka? Firdhan yang dulunya angkuh dengan kekayaannya, yang langsung tidak ambil kisah tentang orang lain sedang berdoa sehingga menitiskan air mata.

Dan apa yang membuat dia terkejut, Di dalam Doa doa Firdhan, ada terselit namanya.

Firdhan tak pernah lepas berdoa tentang Syafi. Harapannya sekarang agar Syafi dapat menerimanya sepertimana perasaan Syafi kepadanya empat tahun yang lalu walaupun Hal Niyaz masih belum selesai.

Firdhan berharap doa seorang suami sepertinya akan di dengari Allah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience