BAB 16- KEMANISAN BERSAMA

Romance Series 14528

Sedar tak sedar, sudah masuk sebulan perkahwinan Syafi dengan Firdhan. Biarpun penuh dengan situasi yang hambar di antara mereka, Firdhan utuh dengan niat asalnya..
Selama sebulan jugalah mereka tidak pernah tidur sebilik. Inikan pula nak solat bersama, akan ada alasan Syafi untuk mengelak dari berada satu ruang dengan Firdhan.

Ketika berada dengan ayah mentua, Syafi banyak menyibukkan diri di dapur. Dia akan mencari alasan untuk mengelak 'bersoal jawab' dengan Dato Mukhtar.

Firdhan faham dan cuba sedaya upaya agar tidak terlalu ketara jurang mereka di depan ayahnya.

Firdhan sentiasa cuba untuk memberitahu kebenaran di sebalik Kejadian Niyaz menghilangkan diri kepada Syafi namun hampa apabila Syafi tidak memberikan respon.

Tempoh hari Firdhan ada menjelaskan sebab sebenar Niyaz menghilangkan diri kepada Syafi. Di antara penjelasan Firdhan, dia ada mengatakan soal sebuah kotak. Kotak yang menjadi punca utama Niyaz pergi.

Syafi tertanya tanya tentang kotak itu. Bila di tanya tentang kandungan kotak itu, Firdhan jadi diam. Dia belum dapat beritahu Syafi tentangnya kerana takut dengan reaksi Syafi.

"Awak masakkah Syafi? untuk kita?". Soal Firdhan apabila melihat meja di terhidang makanan.

"Apa yang ayah cakap hari tu buat saya terasa. Dan Fika sendiri nasihat kat saya, tak kira benci saya pada awak setinggi langit, tanggungjawab seorang isteri kena saya jalankan". Balas Syafi.

Firdhan terdiam namun terbit senyuman di wajahnya..

Makan malam antara mereka berlalu dengan keadaan yang sunyi.. tanpa bicara kata, sunyi berlalu.. Firdhan banyak menatap wajah Syafi sambil makan...Ingin dia bertanya satu soalan yg sudah Lama ingin dia tanyakan kepada Syafi..

"Syafidatul Aisyah, masih benci kh awak pada saya? ". Soal Firdhan perlahan.

Suapan Syafi terhenti. Seingatnya, ini adalah kali pertama nama penuhnya di panggil begitu oleh Firdhan.. Entah kenapa dia merasa jantungnya seakan kembali berderbar debar...

TIDAK...Dia sudah bertekad tidak akan jatuh ke lubang yang sama untuk kali kedua.. bukan sekarangg. Dia buat seperti biasa.

"Saya tak nak dan saya malas nak jawab. Suka hati awak nak fikir apa. Saya dah kenyang.. Awak makan kalau rasa nak makan lagi. Saya nak naik atas. Nanti tinggalkan pinggan awak kat sini. Saya akan kemas turun nanti". Balas Syafi.

"Saya nak Isyak nanti, kita solat sama²".

Kata kata Firdhan menghentikan langkah Syafi yang baru saja ingin melangkah pergi.

Syafi merenung Firdhan. Firdhan juga merenungnya kembali.

"Saya selesa solat sendiri. Saya tak perlu imam pn untuk ketuai solat ni". Balas Syafi.

"Saya suami awak, Syurga awak berada di bawah telapak kaki saya, saya rasa awak pun tahu hal tu kn? ". Kali ini, Firdhan kena jadi berani.

Dan kali ini, Syafi yang terdiam memandang Firdhan.

"Bila dah terlafaznya akad nikah antara kita, saya dah pun jadi imam awak. Sebulan kita kahwin, sebulan kita dirikan rumah tangga, kita belum pernah solat pn bersama".

Firhan menundukkan kepala ingin mengawal emosi. Perlahan dia mengangkat kepala dan menyambung kembali bicaranya.

"Awak naik atas dulu, Siap sedia dn ambillh wuduk. Tunggu saya datang dn kita solat sama sama kalau betul awak jalankan tanggungjawab seorang isteri. Saya yang akan kemas semua ni. Tak Lama pun. Kejab lgi saya menyusul". Kata Firhan sebelum dia berdiri membawa pinggannya ke dapur dan mengemas apa yang patut.

Syafi hanya menurut dan perlahan lahan dia menaiki tangga menuju ke bilik atas. Sejujurnya, hatinya terasa sayu mendengar² kata² Firdhan tadi...

Jauh di lubuk hatinya, dia tertanya..

Akan adakah kemanisan mereka bersama dalam perkahwinan ini?..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience