BAB 17- AKU ADA UNTUKMU

Romance Series 14528

2 bulan kemudian...

Jiwa Syafi terasa sayu tatkala Firdhan menjadi imam kepada solat mereka berdua malam ini. Jujur Dia katakan, sungguh Syafi idamkan saat ini. Saat dimana dia dan jejaka yang dicintainya bersama sujud kepada Allah.
Namun, hatinya berbelah bahagi kerana masih ada kesakitan lalu yang tidak dapat dia lupakan Dan penyebabnya kini sah menjadi suaminya.Syafi tahu apa yang dia lakukan Sekarang adalah salah kerana mengabaikan suaminya sendiri..

Syafi jelas akan hal ini dan sejujurnya terselit rasa berdosa terhadap Firdhan. Dia perasan dan tahu Firdhan tidak pernah berhenti memenangi kembali hatinya biarpun sudah hampir 2 bulan menikah dengan Firdhan. Untuk kali ini, Dia secara sendirinya terbuka hati berdoa kepada Allah agar bukakanlah hatinya kepada Firdhan.

Sudah semestinya Syafi tidak akan terus menerima Firdhan. Dia ingin lihat sejauh mana Firdhan betul betul berusaha ingin memilikinya sehinggakan Dia sanggup menjadi pengganti pengantin lelaki tatkala Niyaz tiba tiba menghilang. Syafi juga mungkin sudah mulai menyukai Firdhan.
Sampai Sekarang Dia masih tertanya di mana. Niyaz? apa sebab Niyaz menghilangkan diri? mengapa Syafi ditinggalkan tanpa ada apa apa penjelasan?

Firdhan berpusing ke belakang untuk menghadap Syafi. Perlahan Syafi mengangkat kepalanya. Firhan kini bersilah menghadap Syafi.

"Syafidatul Aisyah isteriku". Panggil Firdhan.

Seakan terjentik hatinya, Syafi tersenyum sebentar mendengar panggilan Itu. Entah mengapa Dia merasa bahagia, seolah olah dia benar benar dihargai sebagai isteri. Adakah dia sudah mula menyayangi Firdhan?

" Terima kasih kerana Syafi beri saya peluang untuk hidup dengan Syafi di dalam bilik yang sama walaupun saya tahu Syafi belum dapat terima saya". Ucap Firdhan

" Saya ada janji dengan ayah yang saya akan cuba buka hati saya untuk awal. Tapi awak kena tahu, luka yang awak buat kat hati saya beberapa tahun lepas tak akan hilang dengan mudah". Balas Syafi.

Kini, mata mereka bertentangan, Firdhan memberanikan diri memegang tangan Syafi. Entah mengapa, Syafi hanya membiarkan.

"Saya tahu saya silap besar kerana mengeluarkan kata2 tu kat Syafi dulu. Saya berdosa besar Syafi. Dan tak ada apa yang saya inginkan selain Dari kemaafan Syafi sebagai isteri saya".

Mata Firdhan berkaca, menahan agar turunnya air mata memandang Syafi. Selama 2 bulan bersama, baru hari ini Firdhan kuat untuk mengakui segalanya di hadapan Syafi. Kini, sudah tiada apa untuk dia sembunyikan.
Dan, malam ini, dia nekad untuk jujur ke Syafi sebab Niyaz menghilangkan diri...

" Sumpah demi Allah isteriku, saya betul betul menyesal dengan apa dah terjadi di tambah dengan kematian mak"...

Firdhan menarik nafas perlahan sebelum menyambung kembali..

"Hanya Allah yang tahu betapa rasa berdosanya saya pada masa tu. Hanya satu yang berada dalam kepala saya masa tu, saya kena cari awak Dan saya nak minta ampun dekat Syafi".

Mengalir air mata Syafi mendengar pengakuan Firdhan. Sungguh, dia merasa sakit ketika Arwah ibunya di sebut, namun pengakuan Firdhan menghilangkan kesakitannya selama ini...
Air mata Firdhan gugur jua melihat air mata Syafi jatuh menitis ke pipinya yang mulus itu..

"Saya sanggup buat apa saja untuk Syafi maafkan saya Dan terima saya sebagai suami di hati Syafi. Saya tak akan biarkan Silap lama berulang, dan itu janji saya. Allah saksinya". Firdhan melepaskan apa yang terbuka di hatinya.

Tiba tiba, Firdhan bangkit dari posisi dan berdiri pergi mengambil sesuatu. Syafi yang masi menangis Hanya memerhari gerak geri Firdhan. Kembali Firdhan membawa sebuah kotak. Duduk kembali menghadap Syafi.

Syafi melihat kotak Itu dan mula memikir sesuatu..bukan kah Itu kotak yang dulu Firdhan pernah ingin tunjukkan kepadanya?

" Kotak apa ni? bukankah ni kotak yang pernah awak pernah nak tunjukkan kat saya?". Syafi bersuara.

"Betul. Saya dah tak nak sorok apa apa dari Syafi. Syafi berhak untuk tahu semuanya.Tapi satu Syafi kena tahu, saya sayang dan cintakan Syafi .Apa yang terjadi, saya tak akan lepaskan Syafi".

Syafi mengelap sisa air mata yang sudah mengalir di pipinya. Dia merasa terharu dengan kata kata Firdhan. Dia merasa makin tenang ingin membuka hatinya untuk Firdhan. Kemudian perhatiannya teralih kepada kotak Itu.

Firdhan melihat Syafi yang tekun memerhati kotak di tangannya. Dia mengucap bismillah sebelum menyerahkan kotak itu di depan Syafi.

" Dalam kotak ni, ialah sebab utama kenapa Niyaz pergi tanpa tinggalkan apa apa kata dan kenapa saya sanggup gantikan tempat dia untuk menjadi suami kepada Syafi". Ucap Firdhan.

Syafi melihat Firdhan perlahan sebelum tangannya kini membuka kotak itu. Sejujurnya hati Syafi berdebar kerana akhirnya dia kini akan tahu sebab kepada kejadian lepas.

Alangkah terkejutnya Syafi bila melihat isi kotak itu. Segala barang pemberiannya ke Firdhan 5 tahun yang lepas Ada dalam kotak ini, bahkan masih utuh seolah olah ia masi baru.
Surat surat, segala barang masih disimpan rapi boleh Firdhan.

Dengan wajah bingungnya, Syafi melihat Firdhan mengharapkan penjelasan dari Firdhan.

"Saya tak pernah buang satu pun barang pemberian Syafi, Surat Syafi saya jaga dan masih saya kenang sampai sekarang. Syafi mungkin nampak yang saya buang barang dari Syafi, tapi saya tak pernah buang. Cuma Ego saya kuat masa tu dan saya tak nak kelihatan lemah lagi lagi depan Syafi".

Syafi memerhati setiap bibit kata yang keluar dari bibir Firdhan. Dia dapat rasakan keihklasan Firdhan berbicara.

" Tapi, kotak ni juga penyebab kenapa Niyaz pergi secara tiba tiba. Dia dapat tahu pasal kotak ni dan dia dah tahu dulu apa isi kotak ni. Dia kecewa sebab saya Syafi. Cuma saya tak sangka yang dia akan pergi tinggalkan Syafi pada hari yang patut jadi hari pernikahan Syafi dan dia".Jelas Firdhan.

Syafi terdiam kerana akhirnya dia mengetahui penyebab Niyaz pergi.

Sebab isi kotak ini. Kerana Niyaz kecewa mengetahui gadis yang ingin dia nikahi ialah gadis yang Abangnya cintai. Kerana Niyaz akhirnya dapat tahu apa yang selama ini Firdhan sembunyikan. Niyaz kecewa dan patah hati. Bagaimana dia harus meneruskan pernikahannya dengan Syafi di atas penderitaan abangnya? bagaimana dia ingin meneruskan hidup yang seterusnys dengan di ulit rasa bersalah seumur hidup di atas derita Firdhan?

Dan diamnya Firhdan makin membuatkan Niyaz kecewa dan sakit hati. Sakit hati kerana tidak mampu untuk terus memiliki Syafi, sakit hati kerana bahagianya dia di atas derita darah dagingnya sendiri... Sungguh Niyaz terlalu kecewa sehingga dia pergi membawa diri sedangkan dia masi belum lama berada di Malaysia..

Dan kini Syafi tahu kebenarannya. Dan Syafi juga kini tahu akan perasaan sebenar Firdhan terhadapnya. Jadi selama ini Firdhan tidak berbohong. Firdhan tidak pernah sesaat pun berputus asa terhadap Syafi.

Dengan air mata masi mengalir. Firdhan membelai perlahan kepala Syafi yang msi bertelekung.. Dia perlahan lahan memberanikan diri mencium dahi Syafi buat Kali pertama..

"Sumpah demi Allah, saya tak pernah berhenti sayang Syafi. Saya akan Cuba jadi suami yang terbaik untuk Syafi..izinkan saya Syafidatul Aisyah"...

Kerana Aku Ada untukmu....

Haluu Guyss

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience