Bab 10- PERMULAAN KISAH MEREKA

Romance Series 14528

Syafi duduk di atas sejadahnya selepas habis menunaikan Kewajibannya Iaitu solat Subuh.
Dia termenung sendiri, fikirannya tidak tentu arah. Dia telah mengenali Niyaz di hari Niyaz balik ke Malaysia. Niyaz yang memulakan langkah mulai berkenalan dengan Syafi.
Niyaz seorang yang ceria, suka bergaul dan seorang yang peramah. Juga pemurah.
Syafi masih lagi tidak dapat melupakan kejadian pahit 4 tahun yang lalu. Namun, harus dia akui yang dia terhibur dengan sikap Niyaz yang selalu mengusiknya selama 2 bulan mereka berkenalan. Adakah hati Syafi mulai terbuka kembali?..
Syafi buntu dengan perasaannya sendiri. Firdhan pula akan cuba mencari peluang untuk meminta maaf dengan Syafi dan itu membuat Syafi agak rimas. Syafi mengeluh sendiri.

Jam 10 pagi Cafe sudah mula beroperasi dan semua pekerja sudah bersedia untuk melalui hari kerja. Pintu berbunyi mengalihkan perhatian Syafi. Syafi cuba untuk menyembunyikan rasa yang dia alami apabila melihat kehadiran Firdhan.

Sejujurnya dia berdebar melihat Firdhan. Perasaan yang sama ketika dia melihat Firdhan di Kolej dulu. Namun, apabila teringat ketika dia di hina oleh Firdhan membuatkan dia jadi keras hati kembali.

Niyaz yang berada di belakang Firdhan tersenyum lebar saat melihat Syafi yang sedang melihat ke arah Firdhan dan juga dirinya.
Sungguh dia gembira kerana dia dapat mengenali Syafi. Niyaz sedari sesuatu, Yang sebenarnya dia telah jatuh cinta pandang pertama terhadap Syafi dari kali pertama dia melihat Syafi.

Firdhan pula sedar akan situasi yang sedang berlaku. Dia hanya menunggu kata pasti dari mulut Niyaz sendiri. Dia takut. Dia takut jika Syafi juga suka dengan Niyaz. Apa yang akan dia lakukan jika hal yang dia takutkan berlaku?..
5 bulan kemudian...

Syafi dan Niyaz semakin rapat. Hari demi hari berlalu. Firdhan hanya memendam rasa melihat keakraban Syafi dengan Niyaz. Dia merasakan yang ini mungkin balasan atas apa yang dia pernah lakukan pada Syafi 4 tahun yang lepas..

Firdhan melihat barang barang pemberian Syafi yang berada di dalam kotaknya. Dia terfkir, adakah ini pengakhiran kisahnya? Adakah harapannya untuk mendapatkan kembali hati Syafi musnah begitu saja?..

Lamunannya terhenti apabila bunyi mendengar bunyi pintu di ketuk.

"Abang Fir, jom turun kat bawah. Ayah pun ada sekali tu, Niyaz ada benda yang nak Niyaz cakap dengan ayah dan abang Fir. Jomlah kita turun sama²".

Firdhan hanya menuruti ajakan Niyaz dan turun ke bawah.
"Kamu tak tidur lagi ke? pelik juga ayah tengok kamu berdua ni".

"Ni ha, Niyaz ajak turun duduk sekali dengan ayah. Katanya, Niyaz ada benda nak cakap". Balas Firdhan.

"Niyaz sebenarnya ada hajat ayah. Niyaz nak minta tolong ayah masuk meminang seorang gadis ni, boleh tak ayah?" . Dengan penuh berhati hati Niyaz mengajukan soalan itu.

Firdhan pula jadi tak sedap hati mendengar permintaan Niyaz. Dia tahu siapa 'Gadis' yang Niyaz maksudkan dan dia juga tahu hanya Syafi yang rapat dengan Niyaz.
Namun, dia masih berharap jawapan yang akan keluar dari Niyaz adalah sebaliknya.

" Oh yakah, siapa yang bertuah tu, yang telah buat anak ayah yang seorang ni rancang nak kahwin dulu dari abangnya?" Soal Dato Mukhtar.

Dengan gaya yang tersipu sipu malu Niyaz menjawab soalan ayahnya.

"Nama gadis tu, Nur Syafidatul Aisyah ayah. Cantik kan nama tu?". Jawab Niyaz dengan wajah yang gembira.

Berubah raut wajah Dato Mukhtar mendengar nama gadis itu. Namun cepat² dia mengawalnya. Dia tahu kisah hidup Firdhan sebelum ini. Dia melihat reaksi Firdhan. Jelas Firdhan terkejut dan dia juga sedang cuba mengawalnya.

Hancur hati Firdhan mendengarnya. Apa yang dia takutkan sudah pun berlaku. Dia tiba² jadi lemah....

Apa yang akan Firdhan lakukan? mampukah dia redha dengan permulaan kisah mereka ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience