Bab 31 part 2

Action Series 46664

"Mak.. Kita dah sampai dekat medan selera ni,
dekat sini ada macam -macam Jenis makanan.."mak cakap jee "mak nak makan apa ,suib pergi belikan yee ?
lembut sekali tutur bicara Airil pada Mak Anum,dia melayan Mak Anum seperti ibunya sendiri..

"Suib ,beli apa pun untuk mak ,mak Makan nak"
sebab Hari ni mak ada selera nak makan dengan Suib ,lama dah mak Tak makan dengan Suib ..

"entah mengapa lelaki itu merasa sebak setelah mendengar kata -kata dari mak Anum..

"yelah..mak tunggu sini yee, "Suib pergi oder makanan kejap ,Kalau mak nak apa -apa
mak tanya jaa ,dengan Hisham Dan Roslan tau..
diorang berdua ni ada jaa dekat belakang mak ni tengah minum-minum..

"yelah...nanti mak tanya yaa Suib ,
kalau mak nak apa-apa nanti..

selang beberapa minit Airil datang dengan sedulang makanan yang berisi Nasi ayam sepinggan Dan Air teh o suam buat Mak Anum..

"mak..Ni makanan untuk mak yee,dalam dulang ni ada nasi ayam dengan teh o suam,"mak okeykan makanan ni,ke mak nak Suib tukar..

dengan senyuman Mak Anum menjawab
"yee mak okey jee dengan makanan ni, Tak payah tukar..

"Mak Anum Mula meraba-raba Nasi ayam,
hampir tertumpah nasi ayam itu didulang ,
"alamak ..tertumpah pulak..jawab Mak Anum dengan bersahajanya..

"Maafkan mak Suib ,mak Tak nampak nak makan Nasi ayam ni...selalu dekat pusat jagaan tu ,mak mintak bubur nasi jaa dengan penjaga dalam pusat jagaan tu.

Airil merasa hairan seketika lalu dia Mula bertanya pada Mak Anum lagi..

"Mak..sebelum ni mak makan apa jee dekat pusat jagaan husna Arrashid,Tak kan diorang semua cuma bagi mak makan bubur nasi jee..

"ouhh.. ,diorang Tak dalah bagi mak makan bubur nasi jaa kadang tu ada jugak mak makan nasi ayam Suib , cuma kadang tu ayam yang dalam pinggang mak makan tu jatuh kelantai "yelah mak kan Tak nampak,

kalau ada rezeki ,dapatlah mak makan ayam
kalau Tak ayam tu rezeki kelantai jawabnya.
jelas Mak Anum dengan nada tersenyum..

Astagfirulahalazim...Airil Mula beristigfar dengan nada perlahan..
air mata yang Mula menitis dipipinya itu cuba diseka sebaik mungkin...

"Mak...tangan Suib baru jaa Suib cuci Dan dijamin bersih ,baru jaa tadi Suib bersihkan ,

"mak nak Tak kalau Suib suapkan mak nasi..

Dengan senyuman Mak Anum menganggukkan kepalanya..

"tanpa berlengah lagi Airil segera menyuapkan nasi kedalam mulut Mak Anum..

"sedap mak..
"air mata Mula mengalir dengan lajunya di pipi Mak Anum..

"sedap ..mestilah sedap ,anak mak yang suapkan mak makankan.

"Mak..kenapa ,mak menangis ni...
pedas sangat ke nasi ayam ni..soal Suib dengan nada panicnya..

"tak dalah..nasi ayam ni tak pedas pun Suib ,tapi hati mak yang tersentuh sangat dengan sikap kamu nak..
"mak dapat rasakan yang kamu dah banyak sangat berubah nak .. Alhamdulillah..

terasa sayu sekali hati Hisham Dan Roslan melihat Airil yang bergitu akrab dengan mak Anum ,meskipun mereka berdua baru sahaja berjumpa siang tadi..

"Airil Mula merasa aneh akan kelibat tiga lelaki yang sedang melihat kearah mejanya saat ini..
dengan senyuman sinis Airil memandang kearah tiga lelaki tersebut.

"mak...lepas makan ni,mak keluar naik kereta dengan Hisham Dan Roslan yee..

"kenapa Suib...suib Tak balik ikut mak sekali ke nak..
soal wanita tua itu dengan nada sayunya..

"ya Allah..mak..suib akan balik..
"cuma Suib nak pergi beli ice cream jap,

"beli ice cream..untuk apa " mak Tak makan ice cream Suib...

ehh..bukan..
yang ni ice cream bukan untuk mak tapi untuk Roslan ni daripada tadi dia nak sangat makan ice cream..
" tu yang Suib nak gie beli ni..

"ouhh..untuk Roslan..
yelah ,mak tunggu Suib dekat kereta yee..

Airil memberikan signal mata pada Roslan untuk membawa mak Anum menuju kearah kereta

tubuh Hisham ditarik perlahan kearah penjuru dinding..
"sham...Awak tolong pastikan mak Anum dalam keadaan Selamat,
Dan tolong call Ryan Dan geng Kita yang lain ,untuk datang ke shopping mall ni sekarang..arah Airil sambil mengeluarkan pistol dari belakang seluarnya..

pistol itu segera dimasukan kedalam jacket hitam milik Hisham..
"sham..ingat jangan takut untuk lepaskan tembakan..
Dan jangan risau ,semua yang terjadi dalam shopping mall ni..Aku yang akan handle..

"baik boss.."

belum sempat Hisham Dan Roslan Mula mengatur langkahnya bersama Mak Anum..

Airil Mula berlari laju menuju kearah pintu lift, untuk membuatkan tiga orang lelaki itu mengalihkan pandangan kearahnya ,

Setelah melihat Airil dalam keadaan bahaya, Hisham segera mengarahkan Roslan untuk membawa mak Anum menuju kearah kereta dengan keadaan Selamat .

"Lan...ko bawa mak Anum ke kereta yee..arah Hisham
"tapi sham..hang nak pie mana..

"shusss...Hisham menyuruh Roslan untuk berdiam diri Dan tidak panic ,kerana Mak Anum yang masih sedang mendengar perbualan mereka ketika ini..

"Aku nak pergi oder ice cream vanilla jaap
tadi Suib pergi beli ice cream untuk hang jaa ,
untuk Aku dia Lupa nak tanya..jelas Hisham sambil Mula berlari anak membontoti tiga lelaki yang sedang mengejar Airil saat ini..

"semua suka Makan ice cream yee..
tapi jangan makan selalu tau Roslan ,
tak baik untuk kesihatan...
kata Mak Anum dengan nada spontannya.

yee..Mak Anum,kami Tak makan selalu pun.
Hari ni jaa...semua kempunan nak makan ice cream
yelah musim panaskan..

"tulah..jawab Mak Anum singkat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience