Bab 38 part 2

Action Series 46664

"Boss...Boss..bangun boss
Airil yang masih sedang nyenyak tidurnya di sofa itu telah dikejutkan oleh Hisham..

suara Hisham yang agak garau itu telah membuatkan Airil tersedar dari lamunan Mimpi ..
"matanya digosok beberapa kali sebelum dibukanya..
"ehh..syam..."dah jam berapa ni..
soal lelaki itu perlahan sebelum mula berdiri..

"dah jam 7 pagi dah boss..
balas Syam sambil mengalihkan pandangannya kearah Shahirah yang sedang duduk membaca majalah berhadapan dengan sofa bossnya itu..

"ya Allah ..saya dah terlepas solat subuhlah,

"syam...saya nak qada solat jaap .
Awak tolong pergi Klinik vet bawak John balik kerumah ni yee..

"John dah sembuh ke boss..
soal Syam sambil melihat wajah Airil yang masih kelihatan mengantuk saat ini..

"Alhamdulillah dia dah sembuh dah ,malam tadi doctor Danny call saya suruh ambik John Hari ni,nanti Awak bawaklah Roslan pergi ambik John yee.....
balas lelaki itu lagi sebelum Mula mengatur langkahnya laju Menuju masuk ke bilik tidurnya itu...

"Lan..kau ambik kunci kereta jap ikut Aku ,

" aikk awal lagi ni ,Kita nak pie mana sham,balas Roslan yang sedang mencapai kunci di meja berhampiran dengan sofa yang berdekatan dengan Shahirah..

"Aku nak pergi ambik John dekat Klinik vet ni ,boss suruh Aku bawak hang,balas Syam sambil Mula melangkah laju keluar dari rumah..
langkahan kaki Hisham yang laju tu telah membuatkan Roslan turut berlari anak mengejarnya..

"syam Kita ambik John naik kereta boss ni ke,soalnya dengan nada gembira..
"yelah...naik kereta bosslah ,kereta siapa lagi ,
"kalau naik kereta Aku nanti susah sikit ,Tak kan nak biarkan John tidur dalam bonet belakang kan..
jelasnya panjang lebar..

"Aku bawak boleh kee. sham jeep boss ni .soalnya lagi..
"bawaklah Lan oiyy..kalau hang nak bawak Aku pun tengah malas nak bawak kereta ni..
soalan yang diajukan oleh Roslan saat ini dijawab acuh Tak acuhnya sahaja oleh syam .

Sepanjang perjalanan ,Hisham masih mendiamkan diri ,riak wajah lelaki itu kini kelihatan berbeza sekali..
Hal itu telah membuatkan Roslan sedar lalu dia Mula menegur akan sikap kawan baiknya itu..

"syam...dari rumah tadi Aku duk nak tanya hang ni,
boleh ke,

"yelah hang nak tanya apa,tanya jeelah..

"daklah..Aku nak tanya ni ,apa yang hang duk fikirkan sangat sampai asyik termenung je ni ,
berat sangat ke masalah hang tu,kalau berat meh Le kongsi ngan Aku ,kot-kotlah Aku boleh tolong hang syam..

"tak dalah berat mana pun Lan ,Aku cuma
pelik betullah dengan si Shahirah ,

"kenapa pulak dengan si Shahirah tu ,soalnya lagi..

"yelah...Aku tengok dia macam suka dekat boss Kita jee,.. "mana boss ada dekat situlah dia menyelit..
bisik syam perlahan...

"laah,hang pun perasan ke syam, sebenarnya hang tau Dak , dari ari tu boss Tak balik banglo tu lagi ,dia duk tanya boss ,pie mana ....boss pie mana ..."naik rusing Aku dibuatnya sebab tulah Aku ikut hang balik kondominiumnya boss tuu,

"tulah pasai Lan,sebab Aku perasan lah Aku tanya hang ,tapi lantaklah Aku harap sangat Tak da apa -apa ,sebab last sekali dia yang akan kecewa Dan terluka,balas lelaki itu spontannya..

"laah kenapa hang cakap macam tu syam,biarlah kalau boss nak meniqah dengan dia pun .
"Aku tengok sekarang ni ,dia dh banyak berubah ,baju pun dah Tak ketat macam dulu ,tepat Masa dia solat..
okeylah tu calon yang sesuai dengan boss..
sama padan"sama cantik..

" Lan kau Tak kenal boss tu macam mana Lan,
jadi Aku harap sangat yang Shahirah Tak kan melebih dalam perhubungan ni..

*****

"tepat jam 11 pagi Syam kembali kerumah banglo bersama dengan anjing peliharaannya Airil..

senyuman Airil saat ini tidak dapat digambarkan
lelaki itu terlalu bahagia sebaik melihat Anjing peliharaannya itu telah sembuh Dan Mula berlari -lari dilaman rumahnya...

wajah bahagia lelaki itu dapat dilihat dengan jelasnya
di balik jendela bilik tidurnya,
tanpa diduga senyuman manis Mula terukir dibibir Shahirah,

"Manis jugak mamat ni senyum yee, handsomenya pun Tak boleh nak kata,boleh buat awek kat luar sana semua cair,

"tengoklah tu anjing dia balik pun dia bahagia macam ni ,kalau dapat tengok girlfriend entah macam manalah rupa dia ni entah..

"Shahirah..ko kena pandai kawal Nafsu kau ,kau Tak boleh ada hati dengan mamat ni ,dia ni penjenayah,kalau kau suka dia pun belum tentu kau dapat hidup. bahagia dengan dia ,
"sebab pengakhirannya kisah kau mesti sad ending.
bisik Shahirah dihati sebelum Mula melangkah masuk kedalam biliknya..

"sham...kejap lagi Awak ikat John dekat belakang ,pastu Awak ikut saya balik Kampong ,

"baik boss...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience