perlahan -lahan Airil Mula melangkah masuk ke halaman belakang rumah banglonya ,
kelibat dua lelaki yang sedang berjalan dengan senjata api ditangan itu , diperhatikan oleh Airil dari balik pokok besar..
"aduih...kenapalah diorang berdua ni berjalan sekali ni , susah Aku nak buat kerja macam ni..
"Airil kau kena cepat bertindak , ,Masa kau untuk selamatkan Shahirah sangatlah tipis..
bisiknya perlahan.
lantas Batu kecil yang berada dibawah kakinya itu diambil ,lalu dicampakkan kearah salah seorang lelaki yang sedang berjalan kehulu ke hilir dengan senjata api....
Aduihhh...sakitnya kepala aku ,
sape yang campak Batu ni dekat Aku ni,
bisik salah seorang lelaki itu kearah kawannya..
"Batu...Batu apa wey ..
"Batu nilah ,Cuba kau tengok..besarkan wey ...
ah ahh...besarlah ..sape yang campak..
tulah pasai ,"Aku rasa ada yang campakkan Batu ni dekat akulah dari pokok ni..lelaki itu meneka..
"tapi sape...soalnya lagi,
perlahan -lahan dua lelaki itu Mula menghampiri pokok besar tersebut..
"besar sangat ke Batu yang saya baling dekat Awak tu fendy,ujar Airil sepontannya..
"ehh boss...jawab dua lelaki itu serentak ..
fendy Dan kawannya itu segera menghalakan pistol yang dipegang oleh mereka kearah Airil..
"boss buat apa dekat sini...soalnya lagi kearah Airil sambil menarik picu pistol yang dipegang olehnya itu..
" apa Fendy Awak panggil saya Boss ..
betul ke saya ni boss Awak fendy..sebab kalau saya boss Awak Tak kanlah Awak sanggup nak tembak saya kan..
sinis Airil sambil tersenyum..
"maaf boss..kami terpaksa halakan pistol ni dekat boss ,jika boss tidak mahu berkerja sama dengan kami..
"wow....kerja sama, Airil mengulang perkataan yang diucapkan oleh Fendy sambil menganggukkan kepalanya...
tak sangka yee fendy , rupanya Selama ni saya bela ular yang berbisa dalam rumah saya sendiri .
pedas sekali ayat yang diucapkan oleh Airil namun tidak juga dihiraukan oleh Fendy Dan kawannya itu..
"boss ikut kami ,kami akan pastikan boss Selamat..
ujar Fendy lagi dengan penuh keyakinan..
"kalau saya cakap Tak nak ..."Awak nak buat apa ,bunuh saya...
balas Airil sambil tersenyum..
Mungkin...
balas lelaki itu singkat...
ouhhh...mungkin..
baiklah..Sekejap yee fendy ..Tali kasut saya terbukaklah ,ujar Airil sambil mencangkuk ,
Dua lelaki itu masih juga tidak berganjak ,pistol ditangan mereka masih dikekalkan posisinya dihadapan Airil..
"maafkan saya fendy,lantas Airil segera berdiri dengan mengerat leher kedua orang suruhannya serentak ,dengan menggunakan pisau belati yang berada di stoking kaki belah kanannya itu..
mereka berdua mati ditempat kejadiaan.
tubuh Fendy Dan kawannya yang masih mengelupur
itu diperhatikan seketika dengan sebaknya...
"Aku jaga kau fendy ,Aku tatang korang berdua seperti minyak yang penuh sanggup kau berpaling tadah dengan Aku..." hey fendy ,Aku masih boleh maafkan korang berdua ,tapi Aku Tak sangka kaulah penyebab Haikal meninggal dunia..
Dan Hal itu yang telah membuatkan Aku Tak boleh maafkan kau Fendy...
ujar Airil lagi sambil menarik mayat fendy Dan kawannya itu disandarkan mayat mereka berdua dibalik pokok besar..
tinggal 14 orang lagi,
Aku harus hapuskan mereka secepat yang mungkin..
bisik Airil...
dengan siulan Airil memanggil anjing peliharaannya..
selang beberapa minit anjing peliharaannya itu berlari menuju kearah Airil...
"John...tolong abang ,bisik Airil sambil memasangkan camera kecik dirantai leher anjingnya itu .
"go...John..badan anjingnya itu tepuk perlahan..
telephone touch skrin dipocket seluar belakangnya itu dikeluarkan,setiap pergerakan Orang yang berada disekitar rumahnya itu dapat dilihat dengan jelasnya oleh Airil melalui camera kecil yang berada di rantai leher anjingnya itu...
dengan bantuan anjing peliharaannya itu ,
"Airil berjaya menumpaskan ,semua orang suruhannya yang berada di luar rumah ,
kini hanya tinggal 6 orang sahaja..
"namun tubuh badannya saat ini sudah pun merasa bergitu lemah, langkahan kakinya Mula terhuyung -hayang..
"aduihh...kenapalah effect Panadol itu kena sekarang,Aku kena selamatkan Shahirah jugak sebelum matahari terbenam.bisiknya lagi sambil Mula mengagahkan langkahan kakinya....
"Airil yang masih kelihatan mamai akibat penangan Panadol yang dimakan olehnya itu tidak dapat menyedari bahawa ada dua orang lelaki yang sedang menuju kearahnya saat ini,
"ehh..bosslah...
boss buat apa dekat sini boss..
suara sinis dari Kamal Mula kedengaran..
Kamal...ujar Airil dengan lemahnya..
"pistol dipocket seluar belakangnya itu sempat juga dikeluarkan,belum pun sempat Airil menghalakan pistol itu kearah Kamal ,
pantas sekali pergerakan tangan Kamal yang manarik kedua tangan Airil kebelakang dengan menggarinya..
kini lelaki itu sudah pun kelihatan seperti penjenayah sebaik digari tangannya oleh Kamal...
John yang melihat keadaan itu segera mencakar Dan mengigit tangan Kamal...
"John..no, listen to me don't do that..,..arah Airil kearah anjingnya itu..
arahan Airil sepertinya tidak didengari oleh John..
"John masih juga tidak melepaskan gigitannya di lengan baju Kamal.
"dengan Marahnya kamal menolak Anjing peliharaan bossnya itu sambil melepaskan satu tembakan kearah John...
"tak guna punya binatang...dah lah Haram ada hati nak gigit Aku...
jerit Kamal kearah John..
"anjing Peliharaannya Airil tersungkur Dan Mula menjerit dengan nyaringnya..
aw...awwwww...awww..
John...
jerit Airil ,mata lelaki itu kini Mula berair,
dia tidak menyangka bahawa anjingnya itu akan ditembak oleh Kamal...
"Kamal...apa yang kau dah buat ni,jerit Airil dengan Marahnya..
"buat apa boss..haa,
dah memang betul pun anjing Haram ni tak guna ,
sebelum ni saya pernah je kot bagi dia makan ,Tak kira diuntung punya binatang memang inilah pengakhiran hidupnya..
"apa Awak cakap...Haram... hey...kamal dia dengan Awak ,dia lebih mulialah Kamal ..
sebab dia setia dengan saya bukan macam Awak yang hanya dambakan pangkat Dan harta saya jee..
suka hati bosslah nak cakap saya apa pun ,yang penting saya dah dapat apa yang saya nak..
jelas Kamal sambil tersenyum dengan sinisnya..
"Aku Tak kan lepaskan kau Kamal...kau tunggu..kau tunggu Kamal ..
jerit Airil dengan titisan air mata,sambil kembali memandang kearah anjingnya yang masih menjerit kerana kesakitan...
"sorry John...bisik Airil perlahan..
hishh..menyampah pulaklah Aku dengan mamat ni,
pantas sekali lelaki itu mengetuk belakang badan Airil hingga lelaki itu pengsan..
"Kamal,nak bawak boss masuk bilik mana ni..
soal kawannya itu kearah Kamal yang masih sedang memerhati John yang sepertinya sedang nazak itu..
"bawak jeelah ,masuk bilik wartawan TV tu,ada juga perempuan tu kawan.. jelas lelaki itu sambil membantu kawannya itu memapah tubuh Airil..
pintu bilik Shahirah dikuak ,
wanita itu terkejut seketika setelah melihat Airil yang telah longlai di tolak keatas katil sambil diikat tangan Dan kakinya...
sebaik dua lelaki itu beredar...
wajah Airil diamati seketika..
"aikk..bukan ke dia ni yang boss..
Dah kenapa pulak kaki Dan tangan dia ni yang kena ikat ni..bisik Shahirah yang masih turut bersandar di sipi katil,
"Airil...bangun...wey Airil...bangunlah..
erghhh..lemah betullah jadi lelaki,baru kena hentam sikit jee dah pengsan..
wajah Airil yang pucat lesu itu ,disentuh dengan tangannya yang masih bergari ..
"ya Allah panasnya tubuh mamat ni..,"apa Aku nak buat ni...
"kalau Aku kejut dia sekarang ni pun belum tentu dia akan bangun,jadi lebih baik Aku biarkan dia rehat dulu..bisik wanita itu perlahan ...sambil mengangkat kepala lelaki itu Dan diletakkan diatas ribanya yang dialaskan dengan bantal lembut...
Share this novel