Bab 22 part 2

Action Series 46664

Hisham masih merasa sangsi dengan kelakuan bossnya itu,
kereta yang dipandu olehnya itu dihentikan dihujung jalan..

"Aku peliklah dengan sikap boss ni ,dia macam ada rahsiakan sesuatu dari Aku,tapi apa yee..kedua wajahnya itu diraup dengan keluhnya..

" Aduhhh...Tak boleh jadi ni..Aku mesti ambik tahu..bisiknya dihati..
Hisham yang masih didalam dunianya itu tersedar sebaik mendengar suara Johnny seperti meminta makanan ...

"Meow..Meow..
alamak..sorry sayang abang Tak perasan ,kamu lapar yee...

"meow...meow..

"yee..kejap yee Johnny .abang syam bukak kan makanan kamu ni yee..
selesai sahaja lelaki itu memberi kucing peliharaan bossnya itu makan..matanya Mula tertancap kearah sebuah jeep dihadapannya itu...
alangkah terkejutnya lelaki itu sebaik sahaja lmelihat number plat di jeep tersebut..

JJN7651.."aik..ni bukan jeep boss ke..
apa yang boss buat dekat hujung jalan ni..
bingkas lelaki itu keluar dari keretanya menuju kearah jeep Wrangler kuning milik bossnya itu..

"laah..mana pulak boss pergi ni..
kunci dalam jeep ni..pun still ada haa..
bisiknya perlahan sambil memandang kearah sekeliling...
"telephone touch skrin dipocket seluarnya itu segera dicapai,
numbers telephone Airil cuba didail..
namun tidak dapat disambungkan..

lelaki itu Mula panic ,dia segera menuju masuk kedalam kereta ,dengan menghidupkan enjen kereta,
Bluetooth headphones itu sempat juga dipasangkan. ke telinga..

sambil mendail nama Ryan..
"Hello Ryan..
"Hello ye sham..

"Ryan..sekarang Aku nak kau arahkan dua orang daripada geng Kita yang berada disekitar kawasan ni datang rumah Aku sekarang.. jelas Hisham dengan gelabahnya...

" haaa...dua orang daripada geng kita..
"wey Sham..ko okey ke Tak ni.suara Ryan juga kedengaran gelabah sedikit..

"Aku okey..kau jangan risau pasal Aku..
"sekarang ni kau dah sampai ke belum dekat villa boss..
soal Hisham lagi...
"dah ..Aku dh sampai jam 4 petang tadi..
"baguslah kalau macam tu...
" Haa..Ryan lagi satu .Aku nak kau sentiasa berwaspada..
tolong jagakan Roslan Dan Shahirah..esok petang Aku akan datang sana..
jelas Hisham lagi...

"okey sham..kau pun jaga diri..
orang suruhan Aku dalam perjalanan kerumah kau dalam Masa 10 minit lagi diorang berdua akan sampai rumah kau..

"okey terima kasih...Ryan..
"sama-sama sham..
"kalau Tak salah Akulah.."mesti boss dalam rumah Aku sekarang ni...bisik Hisham dengan yakinnya..
kereta persona putihnya itu diparking diluar rumah..
dua orang suruhan Ryan juga telah tiba tepat pada waktunya..

"Hisham sempat juga memberi arahan masuk melalui pintu belakang..
jari terlunjuknya itu diletakkan dimulut...

"shusss..
kamu berdua ikut saya daripada belakang jangan buat bising...arah Hisham dengan tegasnya..
"baik...jawab mereka serentak..

pistol di seluar belakangnya itu Mula dikeluarkan
setiap sudut didalam rumahnya itu diperhatikan dengan telitinya...

"Hisham tergumam seketika setelah melihat
Airil sedang duduk menyilangkan kaki di hadapan tiga mayat lelaki yang telah berjaya dibunuh oleh bossnya itu...

"Boss...Boss okey Tak ni..
Hisham berlari anak menuju kearah Airil..
tangan Airil yang berdarah itu ditarik kearahnya..
gelabah sekali lelaki itu melihat keadaan tangan Airil yang berdarah ketika ini...

"Hisham.. please don't panic..
saya okey..jawab Airil sambil berdiri ,
"macam mana Awak tahu saya dalam rumah ni sham .soal Airil dengan nada suara garaunya...

"saya Tak tahu pun boss ada dalam rumah ni,
saya cuma Tak ikut arahan boss Follow Ryan balik ke villa .Dan saya sengaja parking kereta dekat hujung jalan ni,sebab saya rasa boss ada rahsiakan sesuatu dari saya..dan saya terkejut tengok jeep Boss pun parking disitu..

"saya cuba call ,boss cari boss dekat sekitar kawasan tu ,tapi Tak jumpa Dan feeling saya mengatakan pasti Boss ada dalam rumah saya saat ini..sebab tulah saya datang sini..
jelasnya dengan panjang lebarnya...

jelingan tajam sempat juga dilemparkan kearah Hisham...
"lain kali dengar arahan saya sham..Awak tahukan saya Tak suka orang langgar arahan saya..

"saya tahu boss,tapi saya Tak sedap hati nak tinggalkan rumah ni tadi...maaf boss..

"Tak pe...ada baiknya jugak Awak ada dekat sini..
sham..tolong arahkan beberapa geng Kita untuk bersihkan rumah ni..sebaik sahaja selesai mereka bersihkan rumah ni..saya nak Awak pindah dari rumah ni faham...
sebab Helmi dah berjaya mengesan Awak..

"Haa.. bulat mata Hisham mendengar penjelasan dari Airil..
"yee..Tak payah nak muka terkejut sangat..
diorang ni dah mati pun..so berita tentang Awak tidak akan diketahui oleh Helmi..
cuma saya nak Awak lebih berwaspada lagi selepas daripada Hari ni..

"baik boss..jawabnya perlahan dengan lirik senyuman dibibir...

"Idris..Awak tolong call beberapa geng Kita lagi untuk bersihkan kawasan ni..Dan arahkan dua orang dari geng Kita untuk buang mayat ni ke laut seperti biasa..

"baik syam..

"John..John...
suara Airil diluar rumah seperti sedang menjerit memanggil nama anjing peliharaannya itu didengari oleh Hisham ...

"laah..dah kenapa boss jerit-jerit itu...

Langkahannya laju menuju keluar rumah,
kenapa ni boss..soalnya setelah melihat reaksi wajah Airil yang agak sedikit panic saat ini...

"Tak..saya pelik.. daripada tadi saya panggil John Tak muncul -muncul..selalu bila panggil jee dia orang pertama yang akan datang..jelasnya lagi..

" Hisham..saya rasa Tak sedap hatilah..
saya akan keluar pergi cari John..Awak tolong suruh Idris jagakan Johnny ..nanti Awak follow saya yee..
sebab saya nak ambik jeep saya sekali ni..
jelas Airil sambil Mula melangkah laju keluar dari pagar rumah..

"baik boss...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience