Bab 42 part 2

Action Series 46664

kalau fina sayangkan Lara ,Fina mesti Tak nak tengok Lara sakitkan,

"yelah mestilah mama...balas Fina ringkas..

"Dah tu,Fina tahukan tubuh orang dewasa ni dengan bayi berbeza ,kalau Fina pegang Lara dengan keadaan Kotor Tak bersih macam ni nanti mesti Lara akan sakit ,"Fina nak tengok Lara jatuh sakit ke...ugut Datin suraya dengan keadaan berpeluk tubuh..

"ye okey,Fina Mandi...."Mama pun jangan main dengan Lara tau ,mama pun kena mandi jugak...
balas Safina dengan spontannya sebelum berlari menuju masuk ke bilik kakak sulungnya itu..

eh..eh..budak ni Kita nasihatkan dia,dia sekolahkan Kita balik...

Annisa tertawa bahagia melihat sikap Safina Dan Ibu mertuanya itu..
"Fina...Fina... hmmm... nama anak gadisnya itu disebut sebanyak dua kali sebelum mengalihkan pandangannya kearah menantunya Annisa..

"sabar jeelah mama dah memang si safina perangainya macam tu...
"betui memang perangai dia Tak boleh nak ubah dah Nisa sebab tulah mama tengah kumpulkan sepenuh tenaga dengan sabar ni...

hahahaha...
hampir pecah ketawa Annisa dek mendengar kata-kata yang diungkapkan oleh ibu mertuanya itu..

"Mama...mama pun mesti penatkan ,mama pergilah mandi berehat dulu ,sekejap lagi Kita makan malam sama-sama ye,Nisa dah masakkan lauk special untuk Kita semua...

"yelah Nisa ,mama pergi mandi kejap yee "lepas tu Kita makan sama-sama.....balas Ibu mertuanya sebelum Mula mengatur langkahnya..

***********

"SAYANG SAMPAI MATI"

"Aku sayang sampai mati segenap hati ini,Rasa ku membahana getarkan jiwa.... (#-2)

"wey Zaf , angkatlah fhone kau tu dulu,dah bernanah telinga Aku ni dengar ringtones fhone kau ni....

"Tulah pasai sham,ni kerja Nisalah ni,tukar ringtone fhone Aku ,Ari tu elok jee Aku pilih lagu ,semalam dia duk pegang Fhone Aku habis semua dia tukarnya ..Bebel Zafran sebelum telephone touch skrin dipocket seluar belakangnya itu dikeluarkan setelah berbunyi beberapa kali

"Aduihhh ....alamak Nisa call lah sham..?

"lepaskan Akulah...wey lepaskan Aku ...jerit lelaki itu dengan nada suara yang kuatnya ...

sham..ko tolong tutup mulut mamat gila ni kejap ,Aku nak jawab panggilan Nisa ni dulu.....ujar
zafran kearah Hisham yang sedang memengang kuat tubuh seorang gengster yang baru sahaja berjaya mereka menangkapnya ..

okey..balas Hisham ringkas sebelum menyuruh seorang lagi kawannya itu untuk membantu dia menutup mulut gengster itu Sepanjang zafran menjawab panggilan dari Annisa..

"Hello Assalamualaikum...ada apa Nisa..

"waalaikumusalm...abang,abang dekat mana ni ,
papa dengan mama daripada tadi cari abang tau..
apa Nisa nak jawab ni ...

"Aduihhh sayang.. abang ada kerja ni ,abang kena settled kerja abang malam ni jugak.."sayang cakap jeelah yang abang busy ke apa ke..balas Zafran sambil mengaru kepalanya .?

" dah abang ....?
"tadi Nisa dah cakap abang busy dekat resort ,papa cakap kerja apa yang abang buat sampai Masa untuk bersama keluarga pun terabai,dia siap cakap lagi kalau dalam Masa Setengah jam lagi abang Tak balik rumah ,dia akan datang ke resort "macam mana ni abang.

huhhhhh...
Zafran mengeluhh panjang ...
okey sayang lagi 15 minit abang sampai...balas Zafran sebelum kembali mematikan talian telephone dari isterinya itu..

"ehh lepaskan Akulah ..
jerit gengster itu kearah zafran setelah mulutnya itu dibuka ikatannya...

"lepaskan kau...? hmmmm...
baiklah...Aku pun Tak suka bagi kau derita jadi Aku lepaskan kau sekarang ni jugak...

"sham ,lepaskan gari dekat tangan Dia ni,

"wey Zaf...ko gila ke haa...susah payah Kita tangkap dia ni tau ,kau boleh suruh Aku lepaskan dia macam tu jee...

"kau tahu Tak berapa banyak rekod jenayah yang dia ada ,dia seorang pengedar dadah ,penculik Dan juga perogol bersiri ...
"ikutkan dari segi undang-undang dia memang dah sepatutnya mati...
jelas sham dengan nada kerasnya...

"lepaskan dia sham...Aku tahu apa yang Aku buat..
balas Zafran ringkas.. sebelum menuju masuk kedalam kereta,

setelah gari ditangannya gengster itu dibuka,
Hisham dengan Marahnya Mula mengatur langkahnya kearah kereta milik Zafran,

tingkap cermin kereta perlahan -lahan di turunkan oleh zafran...

"uikkkk ..marah kee,

"untuk apa Aku marah,kau bukan nak hargai pun apa yang Aku dah buat Selama ni ,kau selalu akan cakap kau tahu apa yang kau buat ,jadi apa lagi yang Aku boleh cakap...balas Sham dengan nada acuh Tak acuhnya .

"udahlah tu sham oiyy benda kecik pun hang nak berangin biarlah dia hidup ...balas Airil perlahan sambil menyuruh kawannya itu masuk kedalam kereta..

"masuk sham...jom balik rumah papa and mama dah ada dekat rumah dah sekarang ni...

"lah ye ke Zaf,kau Tak bagitau Aku pun yee ,mama ngan papa balik Malaysia....

"sorrylah Sham,Aku bukan sengaja Tak nak bagitau hang ....
"cuma lately ni Aku busy sikit sebab tulah terlupa nak bagitau kau yang mama and papa balik Malaysia Hari ni..

it's okey Zaf ,Aku faham kau busykan ....
balas sham Ringkas sambil menjeling kearah lelaki gengster yang sedang berlari di hadapan kereta mereka saat ini..

jelingan tajam diwajah sham kini jelas kelihatan, seolah-olah lelaki itu masih merasa tidak puas hati setelah melihat lelaki gengster itu dilepaskan dengan bergitu mudah..

senyuman kecil sempat juga zafran ukirkan sebelum mengarahkan Hisham untuk menembak mati lelaki yang sedang berlari di depan kereta mereka saat ini..

"sham...kau tembak mamat ni sekarang,kawasan ni memang strategi..

"kau biar betul Zaf...soal Hisham kearah zafran yang sedang menghalakan sepucuk pistol kearahnya saat ini sambil dalam posisi memandu...

"betullah Tak kan Aku nak tipu pulak,

"tapi Zaf .... bukan ke tadi,kau yang beria nak lepaskan dia ni ..?
soal Hisham lagi untuk kepastiaan...

"sebenarnya sham , Kes mamat ni Aku dah Tak dibenarkan untuk handle, ni amaran keras dari ACP Azman ,sebab tulah Aku Tak nak orang lain tahu ,yang Aku bunuh dia...

Hisham terdiam seketika tanpa berbicara ,
"ouhh.. macam tu,Aku dah faham sekarang , jadi Zafran sengaja Tak nak bunuh Dia ni tadi sebab Inspector izuan turut berada di lokasi kejadiaan,bisiknya didalam hati ...

Hisham segera menoleh kearah zafran setelah berjaya meneka kemahuan kawan baiknya itu....

" sekarang kau dah fahamkan sham ..

Hisham menganggukkan kepalanya tanda faham..

zafran mengenyitkan matanya kearah Hisham .
sambil memberi arahan

"tembak dia Sham ,Now...?

Senyuman Manis Mula terukir di bibirnya Hisham sebelum Mula menembak mati lelaki dihadapan mereka saat ini...

banggg...banggg...

********

setibanya mereka dirumah banglonya Zafran ,
Hisham sepertinya tidak mahu keluar dari kereta ...

"wey ,sham...jomlah masuk...ajak zafran sambil membuka pintu kereta buat kawannya itu..

"ermmm...Zaf, Aku datang esok jeelah yee ,jumpa mama ngan papa..?

"Aikkk kau ni dah kenapa sham...Kita dah sampai depan rumah ni ,tertiba pulak kau cakap nak datang esok ni pasal apa...?

arrrrrr....sebenarnya Zaf Aku rasa Tak baik pulak singgah rumah dengan tangan kosong macam ni , nanti apa pulak mama ngan papa cakap...

"laah,sham nikan rumah kau jugak ..apa yang mama ngan papa nak cakap ,
dah jom masuk Tak payah nak bagi alasan lagi yee ..

"Assalamualaikum..

"waalaikumusalm...
"ya Allah sham...masuk nak,

papa...sihat pa,
Alhamdulillah papa sihat ...tangan papanya itu disalam ,lalu dipeluk juga tubuh lelaki itu sebelum kearah Datin suraya yang sepertinya sudah pun menunggu giliran untuk menyambut anak angkatnya itu...

"ma...mama sihat..
"Alhamdulillah mama sihat ,sham macam nak sihat..?

"Alhamdulillah ma ,sham sihat ...sham mintak maaf ye maa ,sebab Tak jemput mama ngan papa dekat airport tadi...

"Ehh tak peelah ,mama faham sham pun sibukkan ,uruskan resort dengan Zafran...

"kamu kemana tadi Zaf,hantar je kami depan pintu rumah ni ,terus kamu lesap...

"erghhh.. sebenarnya papa tadi Zaf ada perbincangan dengan ketua resort dekat Bali sebab tulah Zaf Tak sempat nak balik temankan papa ngan mama ,

"betul Tak sham,
Hisham hanya mengangguk mengerti tanpa banyak bicara...
"ouhh....kalau busy kerja tu papa Tak kisah tapi zaf kena ingat ..."Zaf tu dah berumah tangga kenalah jaga hati isteri dengan anak jangan selalu biarkan mereka sendiri dalam rumah ni,dahlah papa tengok orang gaji pun kamu Tak ambik untuk tolong Nisa mengemas Rumah besar ni..

"sebenarnya papa. Seminggu sekali zaf dah arahkan staff Zaf untuk kemas rumah ni,
lagipun Zaf Tak naklah ada orang dalam rumah ni ,
sebab Zaf rasa macam Tak da privacylah papa..

"hurmmm..ikut suka kamulah Zaf ,

"papa ...abang nasi dah Nisa sendukkan ni ,jomlah Kita makan..
ajak Nisa dari arah dapur .

"Haa..jom le Kita pie makan ,papa pun dah lapar ni ,

dengan rasa malunya Hisham melabuhkan punggungnya di Kerusi bersebelahan dengan kak Ayu..

"Hi sham... lama dah Kita Tak jumpakan ,sham sihat..

"Alhamdulillah kak Ayu..Sham sihat..jawab Hisham dengan malunya.

"mama...Fina mana Tak makan sekali ke,
tanya Zafran sambil mencuci tangannya di dapur ..

"ouhhh..dia ada jee dekat bilik kamu tu tengah main dengan si Lara..
"tadi mama ajak dia makan ,dia cakap Tak nak sebab Tak puas lagi main dengan Lara ...

"Habislah anak Zaf di gomolnya mama ,..sat lagi kalau Lara menagis pastu kelam kelibutlah tu dia lari turun bawah sebab Tak tahu cara nak memujuknya..

belum pun sempat Zafran ingin menjamah sesuap Nasi ,
suara Safina sedang menjerit memanggil namanya sudah pun didengari..

"Abang...Abang Zaf...
Lara menagis ni ,tolonglah Fina Tak tahu nak pujuk...

"errrr...sabar Zaf..sabar...

semua yang berada di meja makan Mula ketawa berdekah -dekah setelah apa yang di katakan oleh zafran tentang adiknya itu kini sudah pun menjadi kenyataan..

"Mama..tengoklah tu,zaf baru je cakap ,
dia dah buat Hal dah .... sekarang ni siapa yang nak pergi pujuk ni...

"Abang makanlah ,jangan risau biar Nisa yang pujuk Lara yee..
bahu suaminya itu sempat juga disentuh dengan manjanya sebelum menaiki anak tangga ..

"Akak kenapa Lara menagis macam tu,Fina Tak marah dia pun...Fina cuma kiss dia jee..jelas Safina dengan takutnya...
"biasalah babykan mudah mengantuk ,mungkin Lara dah penat main dengan Mak su dia ni kot sebab tu dia merengek...ujar Nisa sambil tersenyum kecil dibibir.

"Tak pee,biar akak tidurkan Lara ..."Fina pergi makan yee "..."okey terima kasih akak .'sorry tau sebabkan Fina akak Tak boleh nak makan ...

"ehh..Tak pelah Fina akak Tak marah pun, biasalah kalau ada anak kecik ni memang kadang makan pun kena gilir-gilir dengan abang .jadi Kak Nisa dah terbiasa dah...balas Nisa sebelum kembali menaiki anak tangga..

"Abang nikan jahat tau kesian Kak Nisa baru dia nak Makan dah kena pergi pujuk Lara ,
Zafran yang baru sahaja ingin menyuapkan nasi kedalam mulut segera meletakannya kembali kedalam pinggan..

"eh .eh...budak ni ,abang yang buat Lara menagis atau Fina ,kat sini siapa jahat sebenarnya ...
usik Zafran dengan jelingan tajam...

"papa...? tengok abang Zaf ni ,Fina bukannya reti pujuk baby dia sindir Fina..
suara Fina Mula bertukar menjadi manja dengan mengadu kepada papanya Yang zafran sengaja menyindirnya saat Ini .

"sudahlah tu zaf,kau bukan Tak tahu SI Fina ni kalau diusik makin mengediklah suaranya...
ujar Dato zulkifli sambil tersenyum kearah putrinya itu...

"errrrr...papa ngan abang Zaf sama jee ... jahat...Tak nak cakap dengan papa lagi..
"hahahaha.,Fina ...Fina .memanglah kami sama dah kami ni kaum Adam kamu tu Kaum Hawa...

"Fina...meh sini tolong mama angkatkan Udang ni kejap ..jerit Datin suraya dari arah dapur...
"kejap maa...pantas dia menyahut.

Fina bangun dari Kerusi ,sempat juga dia menoleh kearah Hisham yang sejak dari tadi seolah-olah sedang memerhati gerak gerinya .

"ehh abang Shamlah ,bila abang sampai....
dah lama Kita Tak jumpakan...ujar Fina kearah Hisham dengan nada selambanya..

"Baru jee ,abang sampai Fina...Fina sihat
"Alhamdulillah Fina sihat ,

"Fina....
"ye ma...Fina segera menoleh setelah mendengar suara Datin suraya yang kini telah pun berada
dibelakangnya saat ini...

"Mana Tudung kamu,Soal Datin suraya dengan nada kerasnya..
"Ala maa..Fina malaslah nak pakai Tudung lagipun bukan ada orang lain ,abang sham jee..
"Abang shamkan anak angkat mama ngan papa jadi Tak salah punkan kalau Fina Tak pakai Tudung betul Tak Kak Ayu..

"Fina...mama Tak suka ulang banyak kali , sekarang masuk bilik pakai Tudung...
"ye memang abang sham kamu tu ,anak angkat mama ngan papa tapi dia tetap bukan muhrim Fina jadi bila Fina dedahkan aurat macam masih jatuh dosa nak.."cuba tengok kak Ayu tu,dia pakai Tudung,Fina kenalah belajar dari Kak Ayu sayang.. ..

"yee mama ...okey "Fina masuk bilik sekarang..jawab Fina dengan nada geramnya..

Datin suraya mengelengkan kepalanya sebelum menoleh kearah Hisham

"Sham...tambah Nasi tu nak ,mama baru je siap masak udang masak merah tu kamu,
"ye mama ,jawab Sham Ringkas..

"haa..sham , mama ada dekat Malaysia ni May be dua Bulan Dan dalam tempoh Masa dua Bulan tu mama nak kamu pindah masuk dalam rumah ni balik yee..

"tapi maa ,kesian Kaka Ayu dengan Fina Tak selesa pulak diorang asyik nak kena pakai Tudung.....

"tak da tapi -tapi mama nak Kita semua berkumpul satu family macam dulu..."Ayu okey je kan dengan cadangan mama ni ...soal Datin suraya kearah anak sulungnya itu...

"Ayu okey je maa.. balas Ayu sambil tersenyum..
haa tengok tu sham Kak Ayu okey jee,yang kalau SI Fina ni tak usah nak ditanya pun .."esok pagi mama nak semua beg baju kamu dah ada dalam rumah ni balik tau..

"okey maa..esok sham pindah balik masuk sini..

wajah Datin suraya Dan seluruh keluarga zafran yang sedang duduk makan bersamanya dimeja makan itu diperhatikan dengan titisan air mata...sungguh dia tidak menyangka bahawa zafran sanggup menjadikan dia sebahagian dari keluarga..
walaupun kini sudah hampir 10 tahun tempoh perkenalan namun kasih sayang mama Dan papa padanya masih juga tidak berkurangan .

seawal jam 5.30 pagi lagi , zafran sudah pun bangun ..
setelah selesai solat Subuh lelaki itu segera ke balkoni biliknya itu ..

belum pun sempat Zafran ingin melompat pantas sekali tangannya dipegang oleh Annisa .

"Abang . abang nak buat apa Ni. soal Anisa dengan panicnya..
"ya Allah bila sayang bangun...

"Abang jangan tukar topic...Nisa tanya ni abang nak buat lompat dari tingkat dua ni...
soal wanita itu lagi sambil Mula memandang kearah bawah..

"hurmmm.. sebenarnya sayang , ACP Azman call abang tadi ..dia cakap geng 08 yang abang duk cari Selama ni dah ada dekat sekitar kawasan Putrajaya .
"sebab tulah abang kena cepat ni...

"Laah ..dah tu untuk apa abang nak melompat jadi Tarzan kan boleh jee ikut pintu depan."bahayalah abang lompot dari ketinggian ni ..balas Nisa .

"hahahaha..sayang ni lawaklah pipi isterinya dicubit manja .

"memanglah ikutkan hati abang nak ikut pintu depan sayang ,tapi dah kalau pagi-pagi buta ni papa dah tercongok dekat depan pintu tu ,abang nak buat macam lagi kan..keluh zafran sambil memeluk bahu isterinya itu..

"ala sayang... janganlah Risau abang okey jee lompat dari sini..."lagi pun abang kena cepat ni sebab inspector Izuan dan ahli kumpulan abang yang lain tengah tunggu abang dekat hujung jalan ni..

"hmm..abang pergilah ,hati-hati tau abang,ujar Annisa sambil melihat suaminya melompat dari ketinggian dua tingkat itu...

"haihhh...tulah Nisa kecik-kecik suka sangat nak jadikan Tarzan tu suami ,haa ambik dapat kau suami seakan -akan perangai macam Tarzan..bisik Annisa dihati sebelum kembali masuk ke bilik tidurnya itu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience