"Suib..., suib tunggu sekejap yee..saya suruh staff yang lain untuk kemaskan baju Puan Hanum,
puan shida cuba memainkan peranan dengan mengelar diri Airil sebagai Suib untuk menjaga perasaan puan Hanum yang masih belum mengetahui hakikat bahawasanya anak yang di sayang oleh wanita tua itu telah pun meninggal dunia,
belum sempat Puan Hanum memanggil stafnya lantas dengan pantasnya Airil menghalangnya..
"puan .. "puan Tak perlu kemaskan , beg baju ibu saya ,semua baju tu puan boleh buang ,atau berikan kepada orang yang lebih memerlukan..sebab saya Tak nak mak saya ada kenangan apa -apa pun tentang pusat jagaan ni lagi,
ujar Airil...
"okey baiklah..Suib..
tubuh wanita tua itu digendongnya dengan penuh kasih sayang..
wheelchair yang disediakan oleh puan shida juga ditolak oleh lelaki itu...
"kasih sayang yang dicurahkan oleh Airil pada Puan Hanum tampak jelas keihklasannya.."kali ini wanita itu benar-benar yakin bahawa Airil pasti akan menjaga Puan Hanum dengan penuh kasih sayang..
"untung puan Hanum dilayan dengan penuh kelembutan oleh anak angkatnya ini..bisik puan shida dihati sambil mengesat air mata dipipinya..
"Suib .buat apa kamu dukung mak ni nak..,
mak ni berat ..kamu letakkan mak dekat Kerusi roda tu jee,mak boleh tolak rodanya ,Tak dalah kamu susah nak dukung mak macam ni..
kata Mak Anum dengan rasa serba salah pada anaknya itu..
"Mak..Masa kecik ,kan mak dukung Suib,jadi sekarang dah tiba giliran Suib untuk balas jasa mak pulak..
"mak jangan risau tau ,"Suib Tak kan jatuhkan mak kebawah .. insyaallah yee..
"ye nak..mak tahu kamu takkan jatuhkan mak,
sebaik sampai dikereta milik Hisham..
"Airil menyuruh semua orang suruhannya diam,
Dan memanggil dirinya dengan gelaran Suib ,
"sham tolong bukakkan pintu kereta ni..arah Airil dengan sikap bersahaja dengan orang suruhannya itu,
"Hisham tidak mampu membiasakan dirinya untuk menggelar bossnya dengan gelaran Suib,
oleh kerana itu lelaki itu hanya memilih untuk mendiamkan diri..
dengan penuh kelembutan Airil membetulkan kedudukan Mak Anum didalam kereta persona hitam milik Hisham..
"Mak ...Mak ..okey ke mak.?
maaf ye mak kalau Suib ada terkasar Masa betulkan kedudukan Mak dalam kereta ini..
"Ehh tak dalah nak ..,"Suib dudukkan mak dalam kereta ini dengan penuh kelembutan sayang jadi mana mungkin mak Tak selesa..jelas wanita itu sambil tersenyum ,
"suib..Kita nak pergi mana ni Nak,baju mak Kerusi roda mak pun kamu Tak nak bawak sekali..nanti susah mak nak bergerak Suib.
kata Mak Anum dengan nada tertanya-tanya kearah anak lelakinya itu..
"mak..Mak .. jangan risau yee,"Kerusi roda yang mak pakai itu susah nak buat mak bergerak laju
jadi sebab tulah "suib dah belikan Kerusi roda electric untuk mak gunakan nanti,
Dan Kerusi roda itu ada dekat bonet belakang kereta ni,
nanti kalau dah sampai shopping mall
Suib bagi mak guna Kerusi roda electric tu yee..
"yaa lah ,mak ikut kamu yee..
jelas wanita itu sambil menyandarkan dirinya di seat,
"pintu kereta di seat kereta belakang ditutup dengan penuh hormatnya..
"Lan..sham nanti ingat saya Tak nak kamu berdua panggil saya dengan gelaran boss faham..
"tapi boss..macam mana kalau kami tersasul..
Lelaki itu segera melemparkan jelingan tajam pada Roslan..
"kalau rasa benda tu Tak terlalu penting jangan bercakap di depan mak saya ,sebab saya Tak nak mak Anum confused..
"saya terpaksa rahsiakan tentang kematian arwah Suib pada mak Anum kerana ketika ini dia masih menganggap putranya masih hidup ,Dan dia menggelar diri saya sebagai Suib .?
" oleh kerana itu saya berharap sangat yang kamu berdua faham permintaan saya ni..
"baiklah boss kami akan cuba sebaik mungkin untuk panggil boss dengan gelaran Suib...
Share this novel