Sementara menunggu shuhana menguruskan Mak Anum,
Airil masuk kedapur terlebih dahulu,lelaki itu mahu menyediakan makan malam buat semua yang berada di dalam kondominiumnya itu..
"ikan metah dikeluarkan dari peti sejuk .
"sayur -sayuran yang sempat dibeli di pasar raya tadi juga turut dikeluarkan dari bag plastic..
kelibat Roslan yang masih sedang meneguk air Putih di tepi dapur itu disapa oleh Airil..
"Roslan..kamu dah solat ..
"Ermmm..Boss..
boss buat apa dekat sini,
"saya tanya Awak..Awak tanya saya balik
"Awak Tak nampak ke apa yang saya nak buat ni..ujar Airil dengan selambanya..sambil menunjukan ikan metah Dan sayur -sayuran yang masih dipegang ditangannya itu..
"ouhhh.boss nak masak yee..?
boss nak masak apa boss..soalnya pada Airil yang sedang sibuk mengupas bawang dimeja..
Kerusi meja makan yang berhadapan dengan bossnya itu ditarik perlahan ,lalu dilabuhkan punggungnya seketika ,
"saya pun Tak tahu nak masak apa
lagi Roslan ..ikan tu masih beku lagi..
tadi saya dah pesan dekat Haikal jangan masuk peti beku..
dimasukan jugak dekat peti beku tu.. haa sekarang ni dah keras ikannya..Bebel Airil sambil mengupas bawang merah dah Putih diatas meja ..
Ouhhh...angguk Roslan sambil membantu Airil mengemas kulit bawang yang agak bersepah diatas meja ..
"haa..yang Awak ni Roslan,tadi saya ada tanya Awak sesuatu ,Awak masih Tak jawab lagi soalan saya..
"boss tanya apa tadi boss.. sorry saya Tak ingat..
senyum Roslan sambil mengaru kepalanya..
"saya tanya Awak,Awak dah solat belum..
"ouhhh..saya uzur boss saya Tak boleh solat..
jawab Roslan dengan nada selambanya..
uzur...bulat mata Airil memandang wajah Roslan dengan bingungnya..
"kamu ni lelaki ke wanita ..soal Airil sambil memandang wajah Roslan dengan lamanya...
hahaha..hahah.. lawaklah boss ni..
mestilah saya ni lelaki takkanlah saya ni wanita pulak.. jawabnya sambil tertawa .
"dah tu datang mananya lelaki uzur haa..
jeling Airil sambil memotong sayur kubis ..
"saya cakap saya uzur ,dengan boss sebab saya
tak boleh nak solat berdiri ,sebab kaki saya sakit..
wajah Roslan ditenung seketika,sambil tersenyum
sayur yang dipotongnya itu dimasukan kedalam bakul,
"Roslan .Awak merokok Tak..
soal Airil untuk memecahkan kesunyian diantara mereka berdua..
"ye boss..saya merokok,tapi Masa dalam rumah saya Tak merokoklah . jawabnya ringkas..
" ouhhhh..Roslan boleh tak kalau saya nak pinjam pemetik api Awak sekejap..
"boleh boss..sekejap yee..
pemetik api yang berada dikocek seluarnya itu diberikan pada Airil..
"Nah..boss.
tanpa berlengah lagi Airil Mula memetik api ,
Roslan.. sekarang ni cuba Awak letakkan jari Awak dekat api ni..
"aikk boss ni dah gila kee..kenapa Aku kena letakkan jari Aku dekat api yang panas ni pulak ..bisik Roslan dihati dengan bingungnya..
bulat mata Roslan memandang wajah Airil yang sedang menyuruhnya meletakan jari diatas api itu..
"panaslah boss..nanti tangan saya boleh terbakar kalau saya letak jari saya dekat api ni....
jawab Roslan dengan lajunya..
dengan senyuman wajah Roslan dipandang..
"ouhhh panas..
"Roslan..Awak tahu benda ni panas..Dan Awak sendiri Tak berani pun cuba letakkan jari Awak walaupun sekejap..
jadi macam mana nanti Awak nak tahan seksa api neraka..
"Roslan sedikit tersentak dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Airil padanya saat ini..
"kalau Awak Tak boleh solat berdiri..
dalam Islam ada ajar untuk solat duduk,
kalau Tak boleh solat duduk Kita dibenarkan solat baring jugak tau,
jadi jangan pernah bagi alasan untuk tidak solat..
sekarang ni..Awak bangun ,mandi lepas tu solat yee Roslan ..
"Maaf boss...saya janji lepas ni ,saya Tak kan tinggal solat lagi..jawab Roslan dengan senyuman sebelum Mula berlalu pergi ...
Alhamdulillah..jawab Airil didalam hati ,sebelum Mula memasak ,
setelah selesai memasak ,lelaki itu menyuruh semua orang suruhannya untuk makan malam.
sepinggan nasi Dan Air teh o telah disediakan didalam dulang..
dulang yang berisi sepinggan nasi Dan Air teh o itu di bawah masuk ke dalam bilik Mak Anum..
"Mak Anum yang sepertinya baru selesai solat itu disapa oleh lelaki itu dengan lembutnya..
"Mak...jom Kita makan malam..
Airil melabuhkan punggungnya disipi Katil,
Mak Anum Mula menaggalkan telekungnya lalu membetulkan scarf di kepalanya itu..
"mak..malam ni Kita makan Sup sayur dengan ikan goreng tau..Suib masak special untuk mak malam ni..
"Mak makan yee..
kedua tangan Airil dipegang dengan eratnya..wanita tua itu seperti tidak mahu makan saat ini..
"Airil sepertinya memahami akan keadaan itu lalu dia Mula meletakan Dulang itu di meja yang berhampiran dengan katil Mak Anum..
"kenapa ni mak..mak okey kee..
soalnya Dengan lemah lembut pada Mak Anum ,
wajah Airil dipegang, perlahan wanita itu Mula mengusap rambut Airil..
"Kamu bukan Suib ....kamu bukan Suib nakk..
bercucuran air mata Mak Anum mengatakan ayat itu pada Airil..
Share this novel