Bab 36 part 2

Action Series 46664

Sebelum Airil dibenarkan masuk kedalam rumah Botak,
seluruh tubuhnya haruslah di check terlebih dahulu oleh orang suruhannya Botak..

"tunggu...
kau Tak boleh masuk ,selagi kami belum periksa tubuh kau dengan alat pengesan senjata api ni .,belum pun sempat orang suruhan Botak menyentuh tubuh Airil dengan pantasnya Airil menepis tangan lelaki itu ..

"jangan risau ,Aku Tak bawa apa -apa senjata sekali pun ,
Aku cuma datang sendiri Hari ni Dan Aku ingin berjumpa dengan Botak ,tolong benarkan Aku masuk ujar Airil tegasnya..

Arghhh....
hishh...jahanam punya lelaki berani-beraninya kau tepis tangan Aku ni yee "kau ingat kau bagus sangat kee...soalnya dengan wajah bengis.

"Saiful..biarkan dia masuk..?

"tapi Boss ,...

"lakukan seperti apa yang diminta oleh Botak bukannya melawan saiful.."kau tahu apa akibatnya nantikan kalau kau melawan cakap Botak..

baik boss..balas saiful kearah Jamil dengan wajah tertunduk .
sebaik mendengar arahan dari Jamil yang kuat itu Saiful segera menyuruh Airil untuk masuk..

setiap pelosok rumah banglo milik Botak diteliti dengan lamanya oleh Airil..,
bermacam -macam Mula berlegar difikirannya saat ini..
" ya Allah Aku dah masuk dalam perangkap Botak sekarang ni ,tapi macam mana Aku nak selamatkan mak Dan syam kalau setiap satu sudut di dalam rumah ni ada CCTV ...

"huhhhh...sabar Airil.."sabar..
sekarang ni kau kena belajar tenangkan diri dulu ...Dan kau mesti ada keyakinan diri untuk Selamatkan mak Dan syam bisik Airil perlahan

kelibat Botak yang sedang duduk menyilangkan kaki dihadapannya itu dipandang dengan wajah yang agak sedikit tertunduk..

" Airil..selagi kau Tak dapat jumpa mak Dan syam ,kau kena belajar untuk kawal emosi kau didepan Botak ..
"jangan sampai kau bertindak gegabah , bisiknya perlahan.

Airil cuba menenangkan diri saat berhadapan dengan musuhnya meskipun dendam dihati yang semakin membara setelah melihat wajah sinis lelaki itu haruslah ditangguhkan terlebih dahulu demi keselamatan Mak Anum Dan Hisham..

"duduklah...yang kau berdiri macam tiang kayu depan Aku ni dah kenapa..soal Botak dengan egonya yang tinggi melangit..

huhhhhh..... Airil menghelakan nafas panjang ,sebelum melabuhkan punggungnya berhadapan dengan musuhnya itu, dituruti sahaja arahan lelaki itu saat ini dengan penuh kesabaran ..

" actually ...mana topeng kau Airil,
bukan kee kau akan datang dengan bertopengkan wajah kau .."terlupa nak pakai atau Pura -pura Lupa..

tutur kata -kata Botak saat ini seolah-olah sedang cuba menaikan amarah dalam diri Airil..

sabar.. Airil ...sabar...
syam Dan Mak masih belum kelihatan lagi ,ini bermakna Botak sengaja menyembunyikan mereka berdua di satu tempat yang sukar sekali untuk Aku mencarinya..

dengan penuh kesabaran Airil Mula bertanya kearah Botak..

"Botak...mana mak Aku Dan Sham..

haa...apa... Airil..
Mak kau..kau cakap orang tua tu mak kau..

kau biar betul Airil ,orang tua buta Dan lumpuh tu mak kau..
"hey..ko dengar sini yee..
"dia bukan mak kau ,tapi dia mak Suib orang suruhan Aku yang Aku bunuh sebab dia cuba berpaling tadah pada Aku dengan bercantum dalam geng kau..
jelas Botak dengan bangganya..

"Botak...jaga limit kau,Aku dah cuba sedaya upaya Aku untuk turuti kata kau ,Dan dengar luahan hati bangkai kau ni ,jangan sampai Aku Mula bertindak..

Aku bagi kau Masa Botak , jika dalam Masa 5 minit kau Tak serahkan sham Dan mak Aku ,Aku akan pastikan kau menyesal seumur hidup ..
kata -kata Airil telah membuatkan Botak tergumam seketika..

lelaki itu seolah-olah sudah pun dapat merasakan kan Hal terburuk yang akan terjadi jika dia masih tidak menuruti kata -kata Airil ,namun cepat sekali lelaki itu mencantasnya..

arrr..Aku Tak percaya..kau dalam lubuk Aku Airil ,apa yang kau mampu buat..
kau Tak da senjata pun Dan untuk kau melarikan diri pun dah Tak da gunanya sebab orang suruhan Aku semuanya telah berkumpul dalam rumah ni,jika seinci sahaja kau cuba bergerak dari tempat yang kau duduk tu kau akan mati di tembak oleh orang suruhan Aku.....

wow....so kau dah plan nak bunuh Aku lah ni...
hahahahahah...

yaa..of course Aku akan bunuh kau Airil..
"Aku akan bunuh kau ...
sebab kau dah bunuh adik Aku..Dan Aku Tak kan pernah tinggal diam selagi kau Tak mati....

hahahaha...hahahaha..ketawa Airil saat ini makin kuat..wajah Airil yang pada mulanya kelihatan ketakutan namun kini semua ketakutan diwajahnya mulai hilang seperti debu ditiup oleh angin..

"hey..kau dengar sini baik -baik yee Botak sebenarnya
Aku Tak perlukan pistol atau senapang pun untuk hapuskan orang suruhan kau ni semua ,
"sebab lagi 2 minit kau sendiri yang akan bunuh mereka..
lirik senyuman yang menakutkan dari Airil itu dihadiahkan kearah Botak yang masih sedang berbangga diri saat ini..

"Apa yang membuatkan kau terlalu yakin Aku akan bunuh mereka..

"Masa kau tinggal 1 minit 2 saat sahaja Botak..
jika dalam Masa ni kelibat Mak Aku Dan syam Tak juga kelihatan ,Aku akan pastikan Helmi Dan suhana mati dalam kiraan Masa yang Aku tetapkan ni..
jerit Airil dengan penuh kemarahan..

Botak merasa terkejut setelah mendengar kedua adiknya sedang berada di genggaman tangan Airil..

"tak..Tak mungkin Helmi Dan suhana dalam genggaman kau..

sebab Helmi dah mati...Aku tahu Helmi dah mati Dan Aku dapat rasakanya..kau tipukan..kau cuba tipu Aku kan Airil ..
Dan shu.. shuhana
dekat New York dia masih belum balik Malaysia Tak mungkin..ini tak mungkin..

"kau sengaja tipu akukan Airil ,Tak mungkin adik Aku dalam genggaman tangan kau..
ini tak mungkin..
jerit Botak kearah Airil yang masih tersenyum sinis..

so..kau Tak percayalah ye..okey..Aku boleh buktikannya sekarang Dan kau boleh tengok adik yang kau sayang melalui video call ni..jelas Airil

Airil segera mengambil telephone touch skrin dipocket seluarnya,
nama Kamal yang tertera di telephone touch skrinnya itu segera di dail.

Hello Kamal..
"Hello ye boss..

tolong halakan camera fhone kearah Helmi Dan shuhana arah Airil dengan tegasnya..

"baik boss..

"nah tengoklah puas-puas ,Dan jangan Lupa untuk pastikan itu adik kau atau pun bukan..

telephone touch skrin itu diserahkan kearah Botak

Helmi... shuhana...

"abang ..tolong kami abang .tolong Selamatkan kami ,
"abang. shu takut ..shu takut abang..

"Helmi,shu jangan takut dik abang akan datang..
belum pun sempat Botak berbicara dengan adiknya lantas Airil segera merampas telephone touch skrinnya itu kembali..

Airil...kau memang Tak guna..
jerit Botak sambil kolar jacket hitam milik Airil digenggam dengan kuatnya..

Airil segera menepis kedua tangan Botak..
dari terus menyentuhnya saat ini..

ingat Botak Masa kau tinggal lagi 20 saat sahaja ...jika dalam kiraan ni mak Aku Dan syam masih Jua tidak kelihatan Aku Tak kan segan -segan untuk arahkan Kamal bunuh adik - adik kau dengan kejamnya..

Jamil...suruh Roy bawak syam Dan orang tua buta tu kemari. cepat.
arah Botak kearah orang suruhannya dengan nada panic..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience