selesai sahaja kenduri tahlil Dan makan -makan di rumah pak samad ,Airil tidak terburu -buru pulang meskipun jam kini telah tepat menunjukan 9.30 malam,
lelaki itu cuba membantu pak samad ,mengemas meja yang agak sedikit bersepah dengan gelas Dan pinggan polistrin yang berselerak di setiap meja ,
"Rill..Tak pe nak,kamu balik jee,nanti biar pak Cik suruh anak pak Cik kemas semua ni..?
jelas pak samad dengan nada suara yang agak sedikit serak akibat minum -minuman ber Ais sebentar tadi..
"Alah pak Cik ..bukannya susah pun ,Airil boleh tolong kemas lagi sikit jee ni..,nanti dah siap Airil balik ye..ujar Airil dengan riak wajah tersenyum..
"setelah selesai membuang sisa makanan ,Dan membersihkan meja ,lelaki bertubuh Sasa itu mengheyakkan punggungnya di Kerusi bersebelahan dengan pak samad,
"huhhh...Airil menghembuskan nafas lega ,...
"Rill...jom Kita masuk kejap kedalam mak cik kamu ada buat kopi tu ,jom Le Kita minum-minum ..ajak pak samad sambil bahu lelaki itu ditepuk beberapa kali,
"alamak...Aku kena balik ni, John ngan Johnny dekat rumah .tapi kalau Aku Tak masuk Tak Manis pulak ,nanti apa pulak kata pak samad ,
bisik Airil perlahan dihati...
"Rill apa yang kamu termenung lagi tu meh le masuk minum kopi kejap..ajak lelaki tua itu lagi dengan tegasnya..
" aaaa...hmmmm..ye pak Cik nak masuklah ni..
balas Airil sambil tersenyum sedikit...
isteri pak samad mak kiah menuangkan air coffee panas itu di dalam gelas milik Airil , kelihatan jelas sekali wajah Airil yang masih melihat sekeliling rumah kecil milik pak samad,
mata lelaki itu tidak berkedip walaupun sedikit sebaik melihat gambar-gambar yang tergantung dengan kemas didinding rumahnnya pak samad..
"Maaflah Kalau ,..nak Airil ni,
Tak selesa dalam rumah kecik mak kiah ngan pak samad ni ,ujar wanita tua itu sambil memecahkan sunyi diantara mereka bertiga,
pantas Airil memandang sekilas kelibat mak kiah yang sudah lama pun duduk berhadapan dengannya saat ini..
"ehh bukan macam tu mak kiah,Airil terpandang gambar Mak kiah dengan pak samad sekeluarga itu yang terleka sedikit ,maaflah kalau Airil buat mak kiah dengan pak samad terasa hati...
"manalah kami nak terasa hati Airil , kami cuma takut Airil yang tak selesa yelah rumah Kampong kecik pulak tu kan.....balas wanita tua itu kembali dengan senyuman kecil dibibirnya..
" rumah kecik ke rumah besar ke mak kiah ,asalkan rumah, insyallah Airil selesa jee..jelas Airil sambil mengukirkan senyuman kearah kedua pasangan suami isteri itu...
"pak samad Dan mak kiah ada berapa orang anak
maaflah Kalau Airil busybody pulak..
"sebab dalam gambar ni ada tiga orang ,
tapi yang Airil nampak dua orang je ,yang lagi seorang Tak dapat balik yee...ujar Airil sambil menghirup air coffee panas yang dituangkan oleh mak kiah untuknya..
hishhh .. nape cakap macam tu..Airil nak tanya jeekan ,mana ada busybody pun..
memang pak samad ada tiga orang anak Ril..yang sulong namanya Zaid hakimi ,yang kedua Shahid zakuan Dan yang ketiga Natasya ariani
"yang lagi seorang tu bukan Tak dapat balik tapi dia dah lama Tak tinggal sini, Masa umor dia 15 tahun dia larikan diri dari rumah ni ,sampai sekarang pak samad dengan mak kiah cuba cari Tak jumpa-jumpa Ril ,Hari ni Hari jadi dia ,Hari pertama mak kiah Dan pak samad ambik dia dari rumah anak yatim
Masa tu umor dia 7 tahun ,
kami Tak dikurniakan anak lagi Masa tu ,sebab tu mak kiah dengan pak samad ambik anak angkat ,
tapi bila dia dah dapat tahu mak kiah mengandung Dan dah ada anak mungkin dia terasa hati sebab sebelum ni dia anak manja dalam rumah ni,tapi ialah terasa hati dengan adiknya dia larikan diri ke kuala Lumpur, jenuh jugak pak samad cari tapi Tak pernah jumpa -jumpa .. kelihatan sedih sekali raup wajah lelaki tua itu sebaik menjelaskan tentang anak sulong meraka yang masih tidak pulang -pulang kerumah..
sebaik mendengar sahaja butir bicara pak samad yang agak sedikit sebak saat ini ,air mata Mula jelas kelihatan menitis di pipi mak kiah,
"Abang...Airil minumlah yee..saya nak kedalam kejap nak kemas apa yang patut..ujar wanita tua itu dengan titisan air mata..
" Airil nampakkan kalau cakap pasal Zaid jee ..mesti semua sedih Ril ,maaflah yee..
air mata di kelopak mata pak samad juga Mula kelihatan,
"yelah ,nama pun anak kan pak samad mestilah Kita sedih walaupun anak angkat dia tetap anak jugak ...
riba berlapikkan kain pelekat itu disentuh tanda memahami kesedihan yang dirasai oleh pak samad sekeluarga...
hmmm...pak samad dah lewat ni ,Airil balik dululah ye..
"Haa..yelah balik elok-elok yee..jalan Kampong ni banyak kerbau melintas ,jangan bawak kereta laju sangat
nasihat dari pak samad itu di angguk tanda faham..
Assalamualaikum...balas Airil sambil menuju masuk kedalam jeep Wrangler kuning miliknya itu..
waalaikumusalm..balas pak samad di balik pintu...
Share this novel