"Ryan..jerit Airil perlahan kearah Ryan yang baru sahaja keluar dari bilik pengurus jagaan husna Arrashid,
"laju sekali lelaki ini mengatur langkahnya kearah orang suruhannya itu..
"macam mana Ryan diorang bagi ke saya ambik Ibu Suib balik dengan saya Hari ini ,
soal Airil dengan tegasnya..
Ryan mengelengkan kepalanya
"Tak boss.. diorang Tak percayakan saya,duit yang tawarkan pun puan shida ni tak nak terima ,sebab puan shida cakap tadi..dia mulai rasa takut ..
"takut..kenapa perlu takut..
"yelah boss takutlah..sebab dia risau yang Kita akan apa-apakan puan Hanum...
" haa Dan lagi satu boss ,sebelum Kita datang tadi ,ada dua orang lelaki yang menyamar sebagai abang sepupu arwah Suib untuk mengambil ibu arwah pulang bersamanya..
"apa Ryan... ada dua orang lelaki yang datang menyamar ke pusat jagaan ni tadi..?
"yee boss..puan shida yang cakap dengan saya tadi..
jelasnya dengan yakin..
menyirap darah Airil ketika ini ,kerana ada yang cuba menyamar sebagai abang sepupu untuk menculik ibu arwah Suib..
dan saya yakinlah boss ,kemungkinan besar puan shida Tak percayakan saya kerana geng Botak telah lebih dahulu datang kepusat jagaan ni sebelum Kita sampai lagi..
jelas orang suruhannya lagi.
"huhhhh...
Airil menghelakan nafas panjang sebelum meluru masuk ke bilik tersebut...
"Boss .Boss..
belum sempat tangan bossnya yang baran itu dipegang pantas sekali lelaki itu menguak pintu bilik pengurus jagaan husna Arrashid..
"Allahuakhabar..kenapalah boss ni tak da sifat sabar langsung..baru je Aku nak bagitau rupa sebenar puan shida tu macam mana.." dah dia main serbu masuk dalam office orang tua ni macam tu jaa ,Tak tanya Aku pun..
" walhal tadi Masa jumpa puan shida ni lagi Aku sendiri rasa gerun tengoknya ,dahlah rupa guru besar upin -ipin.tembam..muka bukan main ganas .
"huhhhhh...Ryan menghelakan nafas panjang
lantak bosslah..
boss yang beria nak handlekan.."Aku tunggu dekat luar ni jeelah..kalau Aku masuk nanti terjadi perkara diluar jangkaan susah nanti...
"puan..boleh saya nak berbincang sedikit dengan puan..
setelah melihat penampilan Airil yang rapi Dan cukup segak dengan berpakaian serba hitam itu .
wanita tua berlikungan umor 50 tahun itu menyuruh Airil duduk berhadapan dengan mejanya..
"boleh apa salahnya..
duduklah Encik.....?
"Airil..jawab Airil
"ada apa -apa yang perlu saya bantu Encik Airil..
"puan saya datang ni,sebab saya nak bawak ibu saya balik.."boleh...
" apa Encik cakap tadi, Encik datang ni nak ambik ibu Encik ..ibu Encik Airil tinggal didalam pusat ni juga ke..kenapa saya Tak tahu yee..soal wanita itu dengan sinisnya..
"Suib bin saifullah ,umur 23 tahun.
dia Baru sahaja meninggal dunia pagi tadi.
sekarang ni nyawa ibu dia dalam bahaya puan
saya terpaksa sebagai abang mengalas tanggungjawab untuk menjaga ibu saya salah ke permintaan saya ni puan..soal Airil dengan matanya yang Mula kemerahan...
Allahuakhabar... inanilahiwainanilahirojiun,
maaf Encik Airil saya Tak tahu pulak yang Suib dah meninggal dunia..
dia sakit apa, Encik Airil..?
"ya Allah buat pertama kalinya "Aku terkaku untuk menjawab soalan ini...
maafkan Abang Suib kerana terpaksa menipu..bisik Airil dihati .
"dia ada sakit jantung berlubang puan dah doctor dah sahkan yang dia meninggal dunia pagi tadi jam 11 pagi...
"ya Allah Suib...mak cik ingat ,kamu yang akan jaga mak kamu, sebab kamu janji lagi dua Bulan kamu nak datang bawak mak kamu keluar dari pusat jagaan husna ni,tapi mak cik Tak sangka umor kamu semuda ini telah dijemput oleh ilahi..bisik wanita itu sendiri...
puan muda atau tua ,satu Hari nanti Kita tetap akan menghadap ilahi..
cuma Suib telah kembali selamanya, sekarang ni Kita hanya mampu selitkan doa ,tanpa lagi berjumpa ..
wanita tua itu menganggukkan kepala tanda memahami nasihat dari Airil saat ini..
"puan.. soal perbelanjaan pusat jagaan ni,Dan segala keperluaan harian mereka yang menginap disini saya akan tanggung,tapi satu jee,yang saya harap dari puan,
tolong izinkan ibu saya untuk pulang bersama saya sekarang..
wajah Airil yang bergitu tulus untuk mengambil ibu Hanum pulang bersamanya itu telah meluluhkan hati puan shida..dengan senyuman Manis wanita itu menyuruh Airil membawa ibu Hanum pulang..
"baiklah kalau itu permintaan Encik Airil,saya akan biarkan puan Hanum pulang bersama Encik Airil Hari ni .
"terima kasih puan..terima kasih..
balas lelaki itu dengan titisan air mata..
"jom ikut saya encik Airil saya tunjukan dimana katil puan Hanum..
Airil Mula membontoti puan shida ke katil ibu arwah Suib .
"inilah puan Hanum Encik Airil,tapi
Encik Airil tahukan keadaan beliau yang buta Dan lumpuh membuatkan beliau susah untuk menguruskan dirinya..jelas wanita itu dengan nada perlahan..
Airil tidak mampu menyeka air matanya setelah melihat keadaan Ibu arwah Suib yang agak tidak terurus..
wanita tua itu hanya memakai baju Dan Kain batik yang agak lusuh..
"Mak ....
secara tidak langsung lelaki itu terus memanggil ibu arwah Suib dengan sebutan mak..
Airil melabuhkan punggungnya disipi Katil..
perlahan -lahan dia cuba mengejutkan Puan Hanum..
"Mak .bangun Mak..
"siapa tu ,Suib kee..
"ya Allah..."macam mana Aku nak jawab sekarang ni .
Airil cuba menahan dirinya untuk tidak menitiskan air mata ,namun dia tidak mampu menahannya lagi setelah mendengar ibu arwah Suib mengelar dirinya sebagai Suib..
"Suib..ini kamu ke nak..
"ye mak.. ni Suib datang mak ,Hari ni Suib datang nak bawak mak balik,
jom Kita balik rumah Kita ye mak..
"ya Allah ..Suib dah datang..
Suib...wajah Airil dipegang ,lalu wanita tua itu Mula menitiskan air mata..
"mak..kenapa mak menangis ni,
soal Airil dengan lemah lembutnya..
"Suib. dah dua tahun ,suib tinggalkan mak..sekali pun suib Tak pernah datang jenguk mak..
Hari ni suib datang sebab nak putuskan hubungan silaturahim dengan mak ke nak..
ujar wanita itu ,dengan titisan air mata yang mencurah -curah..
ya Allah ampunkan suib mak..mak tolong
"maafkan ,suib mak..
"maafkan suib..
suib berdosa sangat..
suib berdosa sebab buat mak ternanti -nanti ,mak maafkan Suib yee..tangan wanita itu dicium dengan penuh kasih sayang..
"lepas ni Suib janji Tak kan biarkan mak tinggal dalam rumah orang tua ni lagi yee mak..
air mata diwajah puan Hanum dikesat dengan tangannya..
"mak janganlah nanggis lagi yee..
"Suib...mak dah lama maafkan kamu nak,
mak cuma rindu dengan kamu ,terlalu rindu sangat ..
rindu yang tanpa penghujungnya..
terima kasih mak..
".suib pun rindu sangat dengan mak..
maafkan suib ye Mak,sebab suib lambat jemput mak balik kerumah Kita...
puan Shida yang berdiri disamping mereka berdua turut menitiskan air mata ,wanita itu juga merasakan kesedihan yang sama yang dirasai oleh Airil saat ini ,namun dia tidak mampu menjelaskan pada puan Hanum bahawasanya Suib telah pun meninggal dunia,kerana Airil melarangnya untuk menceritakan Hal yang sebenarnya pada puan Hanum saat Ini..
Share this novel