Airil Dan Hisham tiba di Kampong halamannya di Ipoh sekitar jam 11 pagi ,
Sepanjang perjalanan menuju ke Kampong hinggalah tiba di Ipoh , Airil hanya menatap kearah telephone touch skrinnya sahaja ,mata lelaki itu seakan-akan tidak berkedip langsung ...
Hisham yang tadinya memandu jeep Wrangler Airil juga ikut hairan akan sikap bossnya itu yang sedang berlari anak masuk kedalam rumah sebaik sahaja ejin kereta dimatikan ...
"ya eleh ..? boss ni ....
kalau ye pun rindu dengan rumah ni buat-buatlah bersabar,janganlah berlari macam tu ,kalau jatuh tersungkur tadi Tak ke pasai Aku kena bawak gie Hospital lagi ...
kepalanya itu digaru beberapa kali setelah melihat sikap Airil yang makin aneh sambil berbisik..
"Sham...masuklah, buat apa Awak tercegat dekat situ...suara Airil kedengaran agak sedikit terjerit..
"ye boss...sekejap nak masuklah ni..
balas lelaki itu perlahan ..
sebaik lelaki itu Mula melangkah masuk kedalam rumah , Airil bergegas menyuruh Hisham untuk menutup pintu..
"sham tutup pintu tu,
arah Airil sebelum kembali mengalihkan pandangannya kearah laptop yang sudah pun dibuka olehnya kini..
"huhhhhh....keluh sham panjang ..
"dah kenapa pulak boss suruh Aku tutup pintu siang -siang macam nie. erghhhh....bisiknya perlahan.
"sham... apa yang Awak ngeluhkan tu ,soal Airil tanpa memalingkan wajahnya kearah Hisham..
"ermmm...Senyuman Manis dibibirnya itu cuba diukirkan walaupun terpaksa,
"ehh mana ada saya mengeluhlah boss ,
Airil yang tadinya masih duduk di meja sambil bermain dengan laptop kini segera berdiri lalu memalingkan wajahnya berhadapan dengan Hisham..
"syam...saya nak tanya Awak ni...
"tanya apa boss tanyalah...
"Awak sedar Tak ,dalam geng Kita ada yang sedang cuba bermain dengan saya..
"Haa...apa maksud boss ni "saya Tak faham,
siapa yang cuba permainkan boss nie..
bertimpa -timpa soalan yang diajukan oleh Hisham kepada Airil saat Ini..
"saya Tak pasti siapa orang tu sebenarnya sham ,sebab tulah saya ajak Awak balik Kampong ni ,"sebab saya nak tengok CCTV yang ada dekat rumah saya ni...
"CCTV dalam rumah ni boss ...soalnya lagi
"tapi bukan ke Ari tu boss cakap CCTV rumah boss ni dah dirosakkan oleh orang suruhannya Botak, Masa Roslan diculik tempoh Hari ingat Tak boss...
"saya ingat sham ... sebenarnya ,saya sengaja cakap semua CCTV dalam rumah ni telah dirosakkan oleh orang suruhan Botak,dekat semua ahli geng Kita , "Dan hakikatnya hampir semua rakaman tu saya Tak boleh nak dapatkan semula...
"dah tu ,rakaman CCTV yang mana boss maksudkan ni...
sebenarnya sham ,ada satu lagi rakaman CCTV yang tak da siapa pun yang mengetahuinya termasuk Awak.."saya sengaja pasang ni dekat betul -betul penjuru lampu luar rumah saya...
"ouhhh , patutlah boss ...
saya pun Tak tahu,
"tapi boss...siapa ahli geng Kita yang cuba bermain dengan boss sekarang ni..soalnya lagi dengan harapan bahawa Airil akan menerangkan segalanya .
"saya pun Tak tahu sham...
sebab tulah saya tengah cari rakaman CCTV tempoh Hari tu dalam laptop ni.,"tapi masalahnya sekarang kepala saya tengah sakit ni..
" sham..Awak tolong saya carikan file rakaman CCTV tu ,saya nak pergi buat air kejap...jelas Airil sebelum meluru kearah dapur..
"baik boss...
hampir semua file di laptop bossnya itu dibuka,
"Aduihhh ..manalah pulak boss simpan file rakaman CCTV Ari tu ni..
"Boss.....Boss...
suara jeritan sham ,telah mengejutkan Airil yang sedang menikmati minuman panas didapur..
hishhh ,Tak tenang Aku dibuatnya dengan si sham nilah..bisik lelaki itu dengan Marahnya ..
" Awak ni dah kenapa ni sham jerit macam tu ,nasib baik saya sempat telah Panadol tadi sebelum mulut saya melecur..
"maaf boss...
tapi saya rasa ,boss kena jugak tengok rakaman CCTV ni...
Yelah saya nak tengoklah ni sham ,tapi kalau Awak berdiri macam ni ,macam mana saya nak nampak laptopnya..
"sorry boss..
sebaik sham beralih kearah kanan ,
kelopak mata Airil Mula berair setelah melihat rakaman CCTV tersebut .,lelaki itu sungguh tidak menyangka bahawa Ryan Dan Kamal merupakan orang yang telah bermain dengannya Selama ini..
seketika Airil telah pun menjadi lemah ,perlahan -lahan Kerusi dihadapan meja laptopnya itu ditarik.....
setitis demi setitis air mata Mula mengalir dipipinya..
"sham...apa ni,
"betul ke apa yang saya nampak ni ..
"jadi Selama ni ,Botak dah tahulah kedudukan saya melalui mereka berdua ni ..Owhh shit..
suara jeritan Airil telah membuatkan banglonya itu bergema...
"sham....call Roslan ...
call Roslan sekarang sham..
suruh dia bawak mak keluar dari rumah tu sekarang jugak...arah Airil dengan panicnya .
"tapi boss...
"sham...Ryan Dan Kamal belum sedar yang saya dah tahu tentang mereka berdua ,jadi tolong Selamatkan mak Anum dulu..
"saya tahu boss,tapi Shahirah macam mana,
"langkahan kaki Airil terhenti setelah nama Shahirah disebut oleh Hisham..
"yang paling penting sekarang ni ,nyawa Mak Anum sham...
"soal Shahirah Awak jangan susah hati ,
saya akan cuba Selamatkan dia...
******
setelah mendengar arahan dari Airil ,Hisham segera menghubungi Roslan Dan mengarahkan lelaki itu untuk membawa Mak Anum keluar dari kawasan tersebut..
"sham...macam mana ,Roslan dah bawa Mak Anum keluar dari rumah tu ke,
"dah boss... kebetulan Mak Anum nekad nak pergi melawat kubur Arwah Suib dan Roslan telah menipu beliau dengan membawa beliau keluar rumah..
huhhhh... alhamdulillah.. bisiknya perlahan..
sham...
Jom Kita gerak sekarang ,Kita kena cepat sampai KL, sebelum matahari tenggelam saya kena hapuskan Kamal Dan Ryan..
" apa maksud boss sebelum matahari tenggelam ni ,kan Ryan Dan Kamal belum sedar yang Kita dah tahu tentang mereka berdua.....
"sham...
Kamal Dan Ryan dah tahu , mereka berdua Dan geng Kita yang lain dah Mula kempong rumah banglo saya tu,
"Haa...cepatnya berita ni sampai boss..
"sebab CCTV lagi satu telah disambungkan pada laptop saya dan salinannya ada pada Ryan sekarang ni..
"habis tu macam mana sekarang ni boss..
"Awak Tak perlu risau sham...kerana pertempuran antara saya Dan Botak akan bermula pada malam ni ,Dan saya cukup yakin Botak pasti telah memberikan imbalan yang banyak pada Ryan Dan Kamal untuk menangkap saya,..
"tapi boss...
"sham.. please ,ini bukan Masa untuk Kita bincang ,saya kena cepat sampai KL sekarang ni ,Awak tolong bawak kereta kerana saya rasa mengantuk sangat akibat penangan Panadol yang saya makan tadi..
"Airil cuba melelapkan matanya seketika ,
wajah Airil yang kelihatan bergitu mengantuk saat ini ditatap dengan lamanya...
"tak guna punya Ryan...Aku percayakan kau ,
kau boleh berpaling tadah dengan Aku ...
"kau tunggu Ryan ,Aku yang akan hapuskan kau Ryan...bisik Hisham dengan riak wajah Marahnya..
sebaik tiba di Lorong Rumah banglonya Airil di Kuala Lumpur,
Hisham telah mengejutkan Airil yang masih sedang Lena tidurnya ketika ini..
"boss... boss Kita dah sampai ni..
"Boss..
wajah pucat lesu Airil dipandang dengan lama,
tangan kanannya itu segera diletakkan didahi Airil..
"ya Allah panasnya..
"boss ...boss ..okey Tak ni ,boss .
"saya okey sham,jawab lelaki itu perlahan sebelum Mula mencapai pisau belatinya di sit belakang kereta ,
"tapi badan boss panas macam mana boss nak berlawan ni ..
" boss ...saya rasa lebih baik boss jangan masuk boss,
bahaya boss ...jelas sham dengan reaksi wajah bimbangnya..
reaksi wajah bimbang dari Sham kini diperhatikan oleh Airil sambil tersenyum ..
pisau belatinya itu di letakkan di stoking kaki belah kanan ,
dua pistol yang telah diisi pelurunya itu juga disematkan di jacket belakang seluarnya..
bahu orang suruhannya itu sempat juga ditepuk sebanyak dua kali...
"sham...jangan risau,orang yang saya perlu hadapi sekarang ni pun adalah orang suruhan saya jugak ,
jadi saya tahu apa yang patut saya buat...
"boss...saya Tak kisah kalau boss okey ,
tapi sekarang ni boss demam panas...
"jadi mana mungkin boss mampu berlawan dengan 16 orang sekali gus...
"insyaallah saya mampu sham...Awak lakukan sahaja seperti yang Kita bincangkan tadi .
tepat jam 7 petang kalau saya Tak keluar juga dari banglo ni , saya nak Awak arahkan geng Kita yang berada di shah alam untuk turun pandang..
"faham...
"ye boss..saya faham...
Share this novel