Bab 45

Action Series 46664

"Alo...Alo...sweetnya korang ni .
zafran Dan Annisa terpaksa menahan malu dek melihat kelibat kak Ayu yang sedang menuju kearah mereka saat ini..

" errr.......maaf ekk kak Ayu...
ujar Zafran dengan sedikit wajahnya ditundukkan...
"lah..nak mintak maaf kenapa,
biasalah korangkan dah berumah tangga jadi kalau bermesraan tu Tak salah pun..dah halal..balas Kak Ayu sambil mencuci tangannya...

"Nisa cuba mengawal rasa malunya..dengan mencubit Manja perut Zafran kerana mencium dahinya tadi sehingga terlihat oleh Kakak iparnya itu..

"eerrr...ni semua abang punya pasal lah ni ,tengok kak Ayu dah perasan abang cium dahi Nisa tadi...bisiknya dengan manja...

Arghhh...sakitlah sayang..jangan cubit macam tu...
Hari nikan birthday Abang ,Tak baik tau jadi isteri derhaka...

"laah...kena cubit perut sikit jee ,dah digelar isteri derhaka ekk..."Zaf......
Aduihhh parah ni kefahaman agama adik akak sorang ni......

Kak Ayu tertawa bahagia melihat keletah zafran Dan adik iparnya itu..

"Nisa,Zaf......akak bahagia sangat tengok korang berdua bahagia macam ni tau..."akak doakan moga jodoh korang berdua ni kekal hingga ke jannah...

"Aamin...terima kasih atas doanya akak,moga doanya berbalik kepada kak Ayu semula...

"Aamin...balas Kak Ayu sambil mengusap lembut Tudung adik iparnya itu...

" haa...kak Ayu bila nak khawin,Zaf dah teringin sangat dah ni nak makan nasi minyak Kak Ayu ....
soal Zafran spontan....

"Zaf dah khawin Dan dah ada baby lagi ,...akak bila lagi...ujar Zafran sambil meneguk air mineral di meja sebelahnya itu..

"Abang. .soal jodoh tu kan Kita Tak tahu ,janganlah tanya macam tu dekat Kak Ayu ,biarlah Masa yang menentukan bila Hari bahagia Kak Ayu Dan pasangannya tiba nanti... sekarang ni Kita kenalah doa yang baik-baik buat Kak Ayu ngan Fina semoga jodoh yang mereka temui nanti bahagia dunia akhirat .....
jelas Annisa pada suaminya dengan nada yang penuh sopan..

Ayuni terdiam ....

"khawin....?

ada ke lagi istilah perkhawinan dalam kamus hidup Aku ni....
Ayuni cuba menahan air matanya dari terus menitis..
senyuman Manis cuba diukirkan dibibir sebelum berlalu pergi meninggalkan zafran Dan Annisa yang kini masih dalam posisi sabar menanti.....

"abang...kenapa wajah Kak Ayu macam sedih jee...
abang ada cakap apa-apa yang buat Kak Ayu terasa ke tadi...soal Annisa dengan jelingan tajam...

"entah... mana ada abang cakap apa-apa..?
abang cuma cakap Kak Ayu bila lagi nak khawin ,kan sayang pun ada sebelah abang ni tadi..Zafran menjongketkan bahunya,lalu kembali memandang tepat kearah wajah isterinya itu....

"lepas ni kalau boleh jangan sebut pasal khawin dekat Kak Ayu ye Zaf...

zafran Dan Annisa segera berpaling serentak ,kearah Datin suraya yang sedang menuju kearah mereka dengan sedulang cawan yang ingin dicuci oleh beliau...
Annisa segera menawarkan dirinya untuk mencuci cawan tersebut...

"ehh tak pe ,mama...biar Nisa cuci cawan ni semua mama duduklah dulu berborak ngan abang...
ujar Annisa sambil menarik Kerusi buat ibu mertuanya itu..

"kenapa mama cakap macam tu ..?
Zaf Tak faham..?

"Zaf... sebenarnya...."Kak Ayu kamu tu ,masih belum move onn dari cinta lama dia ..
"cinta lama ...."

"biar betul mama ...kak Ayu pernah bercinta ke mama...?soalnya untuk kepastiaan..

"pernah...cinta dekat Fac...
dia Tak pernah jumpa pun lelaki itu ,diorang cuma bercinta dalam Fac jee..

hahahahaha..."apa ....
cinta Fac...biar betul mama ,zaman bila Kak Ayu duduk ni tak pernah jumpa tapi boleh jatuh cinta macam dah cerita drama dah ...

"Abang ni kan......?
Annisa menampar manja belakang badan suaminya kerana menyampuk cerita yang sedang disampaikan oleh ibu mertuanya itu..

"Okey...okey..Zaf Tak kan sampuk lagi ,mama teruskan cerita ..

"Zaf...cinta ni bukan boleh buat main tau nakk ,kadang Kita Tak tahu siapa yang boleh buatkan Kita selesa bersama dengan seseorang ,Dan dalam kisah ni Mama tahu anak mama dah selesa dengan lelaki tu tetapi apakan daya, lelaki tu pun kini dah bahagia Dan dah ada zuriat pun...

"apa dah khawin...jadi kak Ayu bercinta dengan suami oranglah ye mama...
soalnya lagi dengan wajah seriousnya..

"Zaf ..itu mama Tak pasti ,sebab Kak Ayu banyak sangat berahsia dengan mama ..."jadi kalau Zaf rasa nak tahu sangat tentang Kak Ayu , lebih baik Zaf tanya Kak Ayu sendiri...

ermmm.....ala...Mama ni selalu cerita separuh-separuh macam ni tak best tau...
okey ...Tak pe mama Tak nak ceritakan ,biar Zaf Tanya Kak Ayu sendiri...

mulutnya itu sempat juga di muncungkan sebelum berlalu keluar dari dapur...

kelibat Kak Ayu yang sedang menikmati angin malam diluar sambil duduk dikerusi sandar itu , diperhatikan oleh zafran ,
"Hi....Kak Ayu ,
boleh Zaf duduk sini ..

wajah adiknya itu dipandang ,"ehh Zaf...
boleh apa salahnya....duduklah...ujar Kak Ayu sambil tersenyum...

"kak Ayu okey ..?
soalnya...

"okey...kenapa zaf tanya macam tu ...
"ye ke Kak Ayu okey...

ya Allah... budak ni ,kan akak cakap akak okey... Ayuni Mula tersenyum melihat sikap adiknya itu...

"Akak ...dari kecik akak Tak pernah berahsia dengan Zaf kan..tapi kenapa bila dah besar ni akak suka sangat rahsiakan tentang diri akak dari Zaf...

"Zaf ni tak layak jadi adik akak ke sampai dengan Zaf pun akak nak berahsia...
"ehh Zaf cakap apa ni ,mana ada akak berahsialah ,Dan siapa cakap Zaf tak layak jadi adik akak ni hmmm....?

"ada... ?
akak berahsia tentang cinta Fac akak tu dari Zaf kan....,

''cinta Fac...

" ouhhh...pasal cerita tu kee zaf jadi emo macam ni,.... sebenarnya ,dalam ahli keluarga Kita selain mama kak Ayu Tak pernah cerita dengan sesiapa pun ,sebab Kak Ayu Tak nak sesiapa pun sedih dengan kisah cinta kak Ayu ni ...

"siapa lelaki tu kak,kenapa dia tipu akak ...
kalau dia dah khawin kenapa dia perlu permainkan akak..."akak bagitau Zaf siapa lelaki tu,biar Zaf ajar dia...?

"aik...bukan adik akak ni takut dengan pergaduhan ke,
kalau tengok drama ada gaduh pun kamu tutup TV tu ,ni ada hati nak berlawan dengan orang yee..
sindir Ayuni sambil mengusap lembut rambut adiknya itu..

Mestilah ...Zaf akan ajar dia, sebab dia dah buat Kakak Zaf sedih......tapi kalau bukan Zaf ajar dia pun ,
errr...,Zaf boleh jee upah oranglah Kak Ayu.....

ha...ha...ha...ha..

"Zaf... Zaf ...sebenarnya,bukan salah dia ,tapi salah akak...
sepatutnya dari awal lagi akak Tak bagi hati akak pada dia ...
kelopak mata Ayuni yang Mula berair telah membuatkan Zafran turut bersedih..

Memang betul awalnya dia cuba bagi perhatian ,kasih sayang..tapi lepas tu dia hilangkan diri Selama setahun....akak cuba cari dia , Whatsapp dia tapi malangnya semua media social dia ,dia dah Tak gunakannya lagi..

"sampai macam tu sekali dia hilangkan diri Kak Ayu....?

" yee...Selama setahun tu ,akak memang jatuhlah Zaf...
tapi akak percaya dengan janji dia ,yang dia akan datang pinang akak,Dan Tak sangka lepas setahun tu dia munculkan diri semula dik ..."Dan dia mintak maaf sebab dah tinggalkan akak..dia ajak akak untuk bertunang Dan akak setuju ,tapi lama-lamakan Zaf akak rasa pelik dengan dia ...sebab. dia selalu hilangkan diri...hinggalah. satu hari tu akak dapat tahu rupanya untuk kali kedua dia datang dalam hidup akak kali ni adalah sebagai suami orang ...?

"macam mana akak tahu dia suami orang...
sampuk zafran..
"akak ternampak Fac dia lagi satu dengan isteri Dan anak dia...senyuman masih Jua tidak lekang dari bibir Ayuni...

"Zaf nak tahu Hari kami last chat tu ,dia sebenarnya dah nak bertunang ..dia cuma perlukan bahu sebab. tu dia pilih akak...Dan kali kedua ni pulak dia datang dalam hidup akak pun sebenarnya dia perlukan bahu juga sebab isteri dengan tengah sarat mengandung...

air mata Mula menitis dengan sangat laju dipipi Kak Ayu...wanita itu seolah-olah kini sudah tidak mampu lagi menahan sebak didada..

kejam punya Jantan .berani -beraninya dia mainkan kak Ayu orang macam ni memang Tak layak untuk hidup pun kak Ayu.......

"Zaf...kenapa cakap macam tu Tak baiklah dik ..

"akak ..dia tu yang perangai macam apa entah ..
akak boleh nak back up dia lagi ...

"Zaf....jangan salahkan orang atas kesalahan diri sendiri...Dan dalam Hal ni akak yang bersalah bukan dia, kalaulah dari awal lagi akak Tak dekati dia mesti semua ni tak kan terjadi dik...

"akak cakaplah apa pun Zaf tetap Tak boleh terima ,lelaki tu tetap salah...dia dah sakiti akak ,dia buat akak sampai akak Tak terfikir nak kahwin pun ,orang macam tu akak nak back up haa...Zaf Tak fahamlah dengan akak ni....kemarahan diwajah adiknya kini jelas kelihatan ,perlahan-lahan kedua tangan adiknya itu digenggam dengan eratnya ...

Zaf...pandang sini...
"Zaf...pandanglah sini dik akak nak cakap ni..
wajah zafran ditarik menghadap kearahnya .

"Zaf....
jika Kita mencintai orang tu kerana Nafsu Maka cinta itu akan pudar ,jika Kita mencintai orang tu kerana rupa Maka rupanya akan menua ,tapi jika Kita mencintai seseorang kerana Allah maka cinta itu akan sentiasa kekal disisi Allah hingga Allah mencabut rasa cinta dihati ini....

akak ihklas dik ,disakiti Dan dikhianati tapi akak Tak sanggup menghancurkan hubungan dia Dan keluarganya..."jika akak mendoakan keburukan keatasnya Maka apa bezanya akak Dan dirinya...

tanggisan Kak Ayu kini kedengaran teresek -esaknya..lantas zafran segera memeluk tubuh kakaknya itu....

Jangan doakan keburukan untuk dia Zaf...jangan dik.. sebab akak Tak nak keluarga dia derita kerana doa yang Kita panjatkan pada Allah....

"yee..Zaf Tak doa buruk pun untuk dia... cuma Zaf harap sangat dia menyesal satu Hari nanti kerana kehilangan wanita sebaik kak Ayu...

"Kak Ayu jangan sedih yee..Zaf Dan seluruh keluarga Kita akan sentiasa ada dengan Kak Ayu...
air mata di pipi kakaknya itu disapu dengan lembut...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience