Get the app for full experience
perlahan sekali langkahan kaki lelaki ini menuju kearah jeep Wrangler kuningnya itu...
sebelum mengeluarkan anjingnya (John)
sempat juga lelaki itu mengunci pintu Pagar...
"John...jangan main jauh-jauh main dalam kawasan rumah ni jaa tau..ujar Airil kearah anjingnya itu sebelum Mula melangkah masuk kedalam rumah bersama kucing kesayanganya itu....
pintu rumahnya itu dikunci ,lalu dibiarkan sahaja kucingnya Johnny itu bermain -main didalam rumah..
ikutkan hati ingin sahaja dibiarkan Johnny bermain bersama anjingnya (John),namun apakan daya dengan sikap kucingnya yang terlalu garang terhadap Anjing peliharaannya itu telah membuatkan lelaki ini takut mengambil risiko untuk membiarkan mereka bermain bersama-sama...
"Johnny...main sini okey..abang Airil nak mandi japp..
sempat juga kepala Kucingnya itu digelus lembut
sebelum menuju masuk kebilik tidurnya itu...
selang beberapa minit selesai sahaja mandi dengan masih bertuala basah Airil melangkah perlahan menuju kearah tingkap ,
langsir bilik tidurnya yang tertutup agak rapat itu diselak sedikit...
"huhhhhhh..Airil menghela nafas pendek sambil memandang suasana diluar kawasan rumahnya itu..
kelibat Anjing peliharaannya yang masih sedang bermain-main itu diperhatikan dengan lamanya,
"John..John suka benor yee kamu bila tak dirantai lehernya tu..bisik Airil perlahan ...
Tak peelah sehari ni biarlah dia main puas-puas..
Aduihhh mengantuknyalah mata Aku ini...
perlahan sekali langkahan kaki lelaki itu menuju kearah katilnya,direbahkan tubuhnya di atas tilam seketika,
matanya Mula memandang ligat di siling bilik,
tidur kejaplah bisiknya perlahan,selang beberapa minit Airil telah pun terlena dibuai mimpi,
hampir dua jam lelaki itu tertidur dengan lenanya tanpa menukar pakaiannya sama sekali ..
hanya tuala basah itu sahaja yang dipakai oleh Airil..
bunyi salakan anjing peliharaannya itu mula kedengaran dengan kuatnya,pantas sekali Airil terbangun..matanya digosok beberapa kali,
"itu macam bunyi suara John menyalak je tu..
dia cuba meneka suara anjing peliharaannya itu..
Siapa pulaklah yang datang Time ni..
hishhh... dengusnya perlahan sambil mencapai seluar dialmari kainnya ..
baju di birai katil itu disarungnya sahaja.. , pistol di meja berhampiran katilnya itu sempat juga dicapai...